Menyambut musim perayaan ini seumpama tidak lengkap tanpa membeli baju raya baru. Suasana ceria lebih terasa bila ahli keluarga berkumpul dengan gaya sopan dan kemelayuan.
Tapi sebagai isteri dan ibu, cabaran kita tentulah untuk membeli koleksi raya tercantik tanpa membocorkan poket suami. Maklumlah banyak lagi keperluan raya lain yang perlu dibeli, tambah-tambah waktu ekonomi mahal ni.
Kalau ada yang murah, kenapa nak beli yang mahal? Kenapa bayar lebih, belilah di MYDIN.
Yang penting kualiti terjamin dan penampilan di pagi raya mencuri tumpuan mata. MYDIN melengkapkan raya pada tahun ini dengan koleksi baju raya yang penuh gaya bergaya.
Himpunan koleksi lebaran dari MYDIN tahun ini menjanjikan kelainan dengan kualiti fabrik yang lebih selesa ketika menyambut Syawal yang bakal menjelang. Cantik-cantik persis rekaan designer terkenal!
Tampil manis berbaju kurung dengan perincian renda yang kemas. Rona maroon pula menambah ceria di pagi raya.
Nampak manis saat kunjung-mengunjung tatkala menggayakan baju kurung moden bermotifkan flora. Hadir dengan fabrik yang lembut menyuntik elemen selesa kala menyambut Syawal nanti.
Hadir memukau dengan baju kurung sulam bermotifkan flora rona pastel dan skirt potongan A-line.
Himpunan menawan pada harga berpatutan, patutlah saiz cepat habis! Kalau sudah berkenan, ayuh cuci mata dan pilih baju raya kesukaan anda dengan melayari www.mydin.com.my
This website uses cookies.