Terkenal Dengan Wajah Awet Muda, Lakonan Jang Nara Dalam The Bratty Princess Imbau Memori!

Memang awet muda Jang Nara! Dari drama bersiri The Bratty Princess atau The Mischievous Princess tahun 2005 sampai sekarang, macam tak berubah muka pelakon cantik Korea Selatan ini.

Lebih dua dekad drama tersebut disiarkan tapi Jang Nara kekal muda macam gadis remaja. Hakikatnya, 18 Mac lepas dia genap berusia 42 tahun.

Sekitar Jun 2022, peminat Jang Nara teruja apabila bintang kesayangan mereka akhirnya mengumumkan untuk berkahwin.

Khabar tersebut nyata mengejutkan peminat kerana agak jarang jelitawan ini berkongsi sisi peribadi kepada khalayak.

Malah, dia sangat menjaga privasi diri dan sehingga kini pun dia enggan mendedahkan wajah suami kepada umum.

Mengimbas kembali pendedahan itu, Jang Nara mengaku sedang bahagia menjalin hubungan dengan kenalan lama yang bukan bergelar selebriti.

Apa yang pasti, selepas sah bergelar isteri Jang Nara kelihatan makin bahagia dan ceria.

Menjengah media sosial miliknya, jelitawan ini rupa-rupanya aktif dalam sukan bertinju. Walau fizikal kecil molek tapi pergerakan pantasnya di gelanggang buat ramai terpegun.

Barangkali kerana sukan seperti ini Jang Nara mampu mengekalkan bentuk tubuh ideal dan muda remaja.

Jang Nara sebelum ini pernah terlibat dalam penggambaran filem ‘The Kindness of Others’ dan muncul dalam drama ‘Sell Your Haunted House’ pada Jun 2021.

Meskipun status diri sudah berubah namun Jang Nara masih komited dengan karier seni dan aktif mewarnai industri seni seperti biasa.

Dia sebelum ini pernah popular menerusi lagu Sweet Dreams sekitar tahun 2002.

Antara drama lakonannya yang mendapat tempat di hati peminat termasuk Successful Story of a Bright Girl, My Love Patzzi, The Last Empress dan VIP.

Sebelum ini Jang Nara pernah membuat pengakuan tertekan dan berkecil hati dengan komen peminat yang sering bercerita tentang wajahnya yang kelihatan muda daripada usia.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/berseri-seri-sejak-bergelar-isteri-wajah-awet-muda-jang-nara-sentiasa-jadi-perhatian/

IKLAN
Share