Lelaki punya banyak sebab untuk meninggalkan anda. Lelaki boleh berubah sekelip mata atau mengambil masa bertahun-tahun untuk membuat keputusan. Kunci apabila pasangan sudah tidak mahukan anda, apabila mereka sudah tidak mahu menghubungi persis menjauhkan diri dan kurang memberi perhatian terhadap diri anda.
Sekiranya dalam seminggu hanya anda sahaja yang menghubunginya, anda perlu berhati-hati kerana pasangan mungkin sudah hilang minat terhadap diri anda. Namun tidak perlu berputus-asa jika percaya, ‘jodoh’ anda bukan dengannya.

Ads
  • Apabila wanita cuba mengubah mereka

Setiap individu terbentuk daripada personaliti yang terhasil memakan masa bertahun-tahun. Banyak faktor yang terlibat di dalam pembentukan personaliti ini iaitu genetik, asuhan ibu bapa, pengalaman, persekitaran dan proses pembelajaran. Semua ciri-ciri ini membentuk personaliti dan jika ianya ingin anda ubah, nyata amat sukar sekali dan sudah pasti teman lelaki tidak akan merasa selesa dan lama-lama jadi jemu dengan anda.

  • Kehilangan diri anda yang sebenar

Dalam usaha menerima pasangan, jangan kehilangan personaliti anda yang sebenar, dan anda sendiri tidak perlu berubah semata-mata kerana orang lain. Contohnya jika anda pandai berdikari, anda berubah menjadi individu yang banyak bergantung kepada pasangan.

Terlalu meminta-minta dan kebendaan!  Antara sebab Wanita Ditinggalkan Lelaki…

  • Tidak mahu berkongsi tanggungjawab

Anda didapati seorang yang tidak mahu berkongsi tanggungjawab. Perkongsian hidup bermakna berkongsi segala-galanya, dan jika anda mengabaikan aspek tanggungjawab ini lelaki menganggap anda tidak sayangkan mereka dan tidak mahu memberikan komitmen di dalam perhubungan.

  • Terlalu meminta-minta dan kebendaan

Sikap ini membebankan fikiran lelaki apatah lagi jika pasangan jenis yang sibuk dengan tugas atau tanggungjawab lain. Tatkala dia ada banyak urusan lain yang ingin dilangsaikan, anda pula asyik meminta-minta darinya. Ketika dia tiada untuk memberi, anda asyik mengungkit dan mempertikaikan kredibilitnya.

  • Berhadapan wanita ego

Sukar bagi lelaki menerima keadaan ini kerana dalam diri mereka sendiri sudah terselit keegoan sebagai lelaki. Jangan anda juga ingin setaraf menyamai ego mereka, kerana kerap lelaki akan merasa tercabar dan sakit hati. Lelaki kerap mengkritik wanita begini dan sering ia menjadi penyebab mereka tidak dapat meneruskan perhubungan sedia ada.

Terlalu meminta-minta dan kebendaan!  Antara sebab Wanita Ditinggalkan Lelaki…

Ads
  • Apabila kerap dibohongi

Tiada kejujuran. Pasangan dapat tahu anda kerap membohongi mereka tidak kira dalam aspek apa sekalipun. Menyedari sikap anda begitu, satu kepahitan buat mereka, dan jika mereka menyedari anda pernah membohongi mereka, sukar untuk mereka mempercayai anda lagi di masa yang akan datang.

  • Berpura-pura

Anda merahsiakan identiti yang sebenar dari pengetahuannya. Pembohongan ini berpanjangan. Ada yang dapat menerimanya jika perasaan mereka terlalu dalam terhadap anda, namun ada juga lelaki yang tidak sanggup berhadapan dengan wanita yang berpura-pura.

Terlalu meminta-minta dan kebendaan!  Antara sebab Wanita Ditinggalkan Lelaki…

Ads
  • Tiada keserasian

Apabila mereka mendapati tiada keserasian di antara anda dan dirinya. Konflik yang timbul antara anda dan dirinya, sentiasa boleh diatasi, tetapi jika konflik berganda dan berlaku dengan kerap, hingga anda merasakan tiada keserasian lagi dengan pasangan, tidak mustahil mereka ambil keputusan untuk berpisah. Anda harus mempelajari bagaimana menguruskan konflik yang berkesan agar hubungan sentiasa dapat diperbaiki.

  • Tiada Tolak-Ansur dan Memahami

Anda sering saja pentingkan diri sendiri dan tidak menghiraukan kemahuan pasangan. Sekali dua tidak mengapa, tetapi jika berterusan begitu, akan menimbulkan rasa keliru dan kekusutan pasangan yang mengakibatkan mereka mengambil keputusan untuk berjauhan. Jika tidak saling memahami, hubunan menjadi amat sukar buat mereka.

  • Campurtangan individu

Sama ada wujud orang ketiga atau campurtangan ibu mertua. Perkara ini mengakibatkan hubungan menjadi sulit dan segala keputusan tidak boleh dibuat sendiri sebaliknya membabitkan pihak lain. Orang ketiga bertindak sebagai penghasut yang mampu merubah persepsi mereka terhadap diri anda.

Lelaki juga boleh meninggalkan wanita tanpa sebarang sebab yang munasabah. Seribu satu alasan tidak boleh menutup niat sebenar lelaki untuk meninggalkan pasangan mereka apatah lagi jika anda dan pasangan tiada komitmen yang ketara seperti ikatan anak atau ikatan suami isteri. Faktor ditinggalkan tidak akan wujud sekiranya lelaki benar-benar inginkan komitmen daripada anda. Sekiranya tidak, usah menaruh harapan lagi dan teruskan kehidupan anda di hadapan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI