Ibu mana yang tak sayangkan anak-anaknya. Kalau melihat anak sakit seorang ibu sudah pasti berdoa agar sakit itu dipindahkan kepadanya. Mengenali Jutawan Kosmetik, Dato’ Seri Vida memang terserlah naluri keibuan wanita kelahiran Kelantan ini. Layanan yang diberi oleh Dato’ Seri Vida memang fisrt class.
Namun, baru-baru ini hubungan keluarga ini sedikit goyah apabila ayah kandung kepada Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamileen, 16 tahun dan Kacak atau nama sebenarnya Muhammad Eric Zaquan, 14 tahun membuat tuntutan hadanah. Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman boleh menarik nafas lega apabila Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menolak tuntutan hadanah yang dibuat oleh bekas suaminya.
Jauh di sudut hati wanita yang cekal ini, mahu anak-anaknya berjaya di dunia dan juga di akhirat. Siapa lagi yang akan mewarisi empayar perniagaan Dato’ Seri Vida kalau bukan anak-anaknya. Wanita yang menetap di Ipoh, Perak ini telah mula mendidik anak-anaknya untuk menceburi bidang perniagaan sejak dari awal lagi.
Dato’ Seri Vida langsung tak terkesan dengan kata-kata orang bila anak-anak berniaga ketika masih bersekolah. “Terlalu muda anak-anak saya berniaga? Kalau awak nak tahu, saya dulu darjah 6 pun dah ada bisnes. Tapi keadaan saya dulu sangat berbeza dengan anak-anak saya sekarang. Saya memulakan perniagaan hanya sebatang kara tanpa sokongan daripada sesiapa.
Ramai ibu bapa takut bila anak-anak berniaga dalam keadaan masih bersekolah atau belajar. Sebenarnya bila berniaga sambil belajar akan membuat kita lebih matang dalam pelajaran kita. Sebab itu dulu saya tak pergi sekolah sangat pun tapi masih dapat keputusan yang baik,” kongsi Dato’ Seri Vida atau nama sebenarnya Dato’ Seri Dr. Hajah Hasmiza Othman.
Cik B semakin mendapat perhatian daripada masyarakat apabila sedikit demi sedikit telah berubah menjadi feminin. Memiliki gelaran CEO Termuda, sudah pasti perkembangan Cik BĀ pun turut menjadi perhatian. “Apabila saya umumkan Cik B sebagai CEO Termuda dia kena betul-betul jadi CEO. Bukan bila dah umumkan begitu dia tak buat apa-apa,” tutur Dato’ Seri Vida tentang anak gadisnya itu.
Usia sememangnya bukan kayu pengukur sebuah kejayaan. Dato’ Seri Vida sendiri mengaku bahawa idea anak-anaknya boleh diketengahkan sehingga berjaya. “Saya memang respek dengan idea Cik B, bila ada idea yang brilliant saya cuba realisasikannya.
Sebagai contoh, Cik B suka makan dan apa yang boleh buat dengan kegemarannya itu. Bila tengok trend makanan menjadi viral kami cuba buat sesuatu pasal makan juga. Hari ni cakap, esok terus buat,” ucap Dato’ Seri Vida sambil memandang anaknya yang menjadi CEO untuk menguruskan bahagian Food & Beverage (F&B) dalam perniagaan terbaru mereka, Cik B Vaganza Food Fest, 2019.