Amalan bersedekah dituntut dalam Islam pada bulan Ramadan untuk mengingatkan umatnya agar sentiasa bersyukur terhadap rezeki yang dianugerahkan kepada mereka. Ramadan merupakan bulan yang ditunggu-tunggu kehadirannya oleh umat Islam kerana pelbagai keistimewaan terkandung di dalamnya terutama berkaitan dengan ibadah dan amalan kebajikan.
Fizi Ali
Bagi selebriti dan penyampai radio, Fizi Ali, Ramadan kali ini amat bermakna buat dirinya apatah lagi dapat berganding bahu dalam projek Kasih Ramadan inisiatif Yayasan Ikhlas (YI) meneruskan tradisi dan sisi murni membantu golongan anak yatim, asnaf dan keluarga di Malaysia yang menempuhi kesusahan di bulan Ramadan.
“Tahun ini saya ambil kesempatan untuk berganding bahu bersama Yayasan Ikhlas untuk menghulurkan bantuan kepada pihak-pihak yang memerlukan. Sumbangan tenaga yang tidak seberapa ini banyak membuka mata saya terhadap kehidupan insan-insan di sekeliling yang memerlukan bantuan.
Saya berharap sumbangan kecil ini menjadi asbab pahala terutamanya di bulan Ramadan dan menjadi contoh terbaik untuk satu-satunya anak kesayangan saya, Ameena Sofia.
Meneruskan tradisi dan sisi murni yang diusahakan sejak tahun 2014, projek Kasih Ramadan inisiatif Yayasan Ikhlas (YI) diteruskan Ramadan tahun ini untuk edisi kesembilan. Projek ini diusahakan bagi membantu golongan anak yatim, asnaf dan keluarga di Malaysia yang menempuhi kesusahan di bulan puasa.
Tahun lalu seramai 36,689 penerima manfaat di kalangan asnaf, anak yatim, ibu tunggal, OKU dan pesakit dibantu menerusi projek sama dengan menyasarkan golongan berkenaan untuk pemberian pek barangan asas, tajaan sahur dan berbuka serta sumbangan raya.
Menurut Pengerusi YI Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin, tahun lalu bantuan disalurkan merangkumi 146 buah tempat di seluruh Malaysia serta Sabah dan Sarawak. Katanya lagi, tahun ini sudah 15691 penerima sudah menerima manfaat itu dengan jumlah sasaran keseluruhan 25,000.
Ads
“Tiga bantuan disalurkan termasuk pertama kotak makanan mengandungi barang keperluan harian bernilai RM100 bagi setiap keluarga. Ia termasuklah sekampit beras, sepaket bihun dengan berat 400 gram, minyak masak, tepung gandum, gula, kicap, sos cili, kordial berperisa dan sekotak kurma.
“Kedua, pek Iftar dan Sahur yang siap dimasak diagihkan kepada anak yatim dan keluarga asnaf. Ketiga, set kelengkapan raya bernilai RM200 seperti baju, biskut dan sumbangan duit,” katanya.
Pengerusi Yayasan Ikhlas Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin
Menurut Prof Dr Zainur, nilai yang diagih mungkin kecil di mata kita, namun besar ertinya bagi yang memerlukan.Malah selepas Fizi, beberapa orang selebriti dan pempengaruh akan meneruskan projek amal ini di lokasi berbeza.
“Siapa mampu menyangka dengan bantuan satu beg ini boleh memberi kegembiraan tak terkata kepada mereka. Mungkin bagi kita, ia nampak biasa dan remeh. Tetapi bagi yang menerima, ia amat berharga.
Ads
“Malah Fizi turut mengambil cakna meminta orang ramai menghulurkan sumbangan dan bantuan. Ke depan nanti ada lagi pembabitan selebriti dan pempengaruh melakukan projek seterusnya.
“Untuk menyumbang boleh layari pautan https://yikhlas.news/kasihramadan atau terus hulurkan sumbangan ke akaun bank YI (Maybank) 562834636228 di bawah rujukan kasihramadan23,” katanya.
Dalam pada itu, sejak ditubuhkan pada 5 Mac 2009, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ini terus berbakti meringankan kesusahan mereka yang memerlukan.
Ditubuhkan mengikut Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 (Akta 258), yayasan ini cukup sinonim membantu golongan anak yatim, orang kurang upaya (OKU), fakir dan mereka yang dilanda musibah serta malapetaka.
Malah di samping itu, yayasan yang berpaksikan empat teras iaitu komuniti, pendidikan, kesihatan dan pengurusan bencana ini turut menawarkan biasiswa atau insentif kepada individu mahupun berkumpulan bagi kerja pelajaran dan pendidikan di Malaysia.
Hingga kini sejak penubuhannya, Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin selaku Pengerusi YI berkata, seramai 385,904 orang dan 29 agensi kerajaan sudah menerima manfaat dan bantuan yang disalurkan.
Ads
“Mereka yang dibantu termasuklah pesakit COVID-19, anak yatim, masyarakat pedalaman berbilang kaum dan agama di semenanjung termasuk Sabah serta Sarawak.
“Tak lupa pesakit Cerebral Palsy, OKU, ibu tunggal, mangsa kebakaran, mangsa banjir, pelajar universiti, bekas atlet, bekas wartawan dan ramai lagi.
“Kita mahu terus berbakti menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan. Malah misi kita mahu menjadi sebuah yayasan global yang memberi perkhidmatan tanpa batas waktu dan tempat menjelang 2030,” katanya.
Projek YI rata-ratanya digerakkan menerusi 5783 sukarelawan berdaftar di lapan cawangan negeri termasuk di Ipoh (Perak), Kuching (Sarawak), Sandakan, Semporna dan Kota Kinabalu (Sabah), Bangi (Selangor), Alor Setar (Kedah) selain Johor Bahru.
“Menariknya, YI turut menubuhkan Civil Defence Emergency Response Team (CDERT) di bawah Angkatan Pertahanan Awam (APM) sejak 2019. CDERT YI turut melaksanakan Psychological First Aid (PFA) dengan pelaksanaan Modul Kit Emosi di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
“Malah turut berjaya memasuki sekitar 42 kawasan bencana banjir membabitkan aktiviti PFA selain pembersihan rumah mangsa banjir, mengagihkan dapur memasak dipanggil Dapur Ikhlas serta sumbangan barangan kepada mangsa banjir.
“Pembabitan sukarelawan membabitkan seramai 604 orang rakyat Malaysia termasuk pempengaruh dan artis seperti Bell Ngasri, Farah Lee, Alif Teega, Aisyah Hijanah dan ikon Kementerian Belia dan Sukan, Muhammad Haziq Abd Rahim,” katanya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Perniagaan yang baik menjanjikan masa depan yang stabil dan potensi berkembang yang besar. Di sebalik kehebatan sesuatu produk, sebenarnya ada selaut reputasi dan segunung program pemasaran yang luar biasa di belakangnya. Kembangkan sayap dan terbang tinggilah… ini masanya membina empayar bisnesmu.
Percaya bahawa pemasaran yang baik adalah ‘kunci’ kejayaan bisnes, kini Astro mengajak semua usahawan SME untuk menyertai ‘POWER UP – Exclusive Astro Studio Tour’ bermula 28 Jun hingga 1 Julai 2022 ini.
Buat julung kalinya, semua usahawan SME berpeluang untuk meninjau studio-studio di All Asia Broadcast Centre (ASTRO) yang dibuka secara eksklusif kepada anda. Program selama seminggu ini bertemakan ‘POWER UP! Berdiri Di Tempat Betul Untuk Berkembang’.
PENCARIAN NONA SUPERWOMAN 2021
Antara edisi Nona terbitan TV yang menarik di ASTRO
Selain melihat sendiri suasana di pusat penyiaran ini, pakar-pakar media juga bakal berkongsi info trend terbaharu dan data insights penting. Ini termasuklah jenis pengiklanan paling efektif atau addressable di Asia Tenggara bagi melipat-gandakan ketepatan kuasa pemasaran di kalangan generasi baharu di kaca TV.
Dengan menyasarkan profail pengguna yang tepat di kalangan pelanggan ASTRO di seluruh Malaysia, perniagaan anda pasti lebih mudah mencapai sasarannya dalam ekosistem pasaran negara.
Bukan itu saja, anda juga dapat menyaksikan rancangan siaran langsung di studio dalam sesi interaktif ini. Inilah peluangnya untuk bertemu selebriti kesayangan dan menikmati diskaun eksklusif dalam pakej-pakej pengiklanan yang ditawarkan.
DAPAT TV PINTAR & RM100,000!
Tidak pulang dengan tangan kosong, bawa pulang juga hadiah-hadiah lumayan mencecah RM1 juta untuk pemenang bertuah. Terdapat 10 set hadiah dengan tiap satunya mengandungi sebuah TV pintar Samsung 65″ AU7000 4K UHD serta hadiah RM100,000 nilai pengiklanan airtime untuk dimenangi.
Acara hebat selama empat hari ini akan dibahagikan kepada tiga slot sehari. Usahawan SME yang berminat boleh memilih mana-mana slot masa yang sesuai di antara jam 9.00 pagi, 11.30 pagi atau 2.30 petang.
Apa tunggu lagi, tempahlah slot anda sekarang sebelum kehabisan. Setiap slot terhad kepada 40 orang, jadi secure tempat anda hari ini di quake.com.my. Lebih mudah, tekan saja link di sini.
Alhamdulillah, tahniah buat anak bongsu kepada bekas Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Ashman Najib dan isteri atas kelahiran cahaya mata sulungnya pada 16 Januari lalu. Ini bermakna bekas PM yang juga Ahli Parlimen Pekan tersebut menerima kehadiran seorang lagi cucu yang merupakan cucu keempatnya.
Berkongsi berita gembira tersebut di media sosial, Ashman atau nama sebenarnya Nor Ashman teruja menerima kehadiran permata hati berkenaan. Dalam masa saya bersyukur kerana dia kini sudah pun bergelar bapa.
Ashman Timang Anak Sulung, Cucu Terbaharu Bossku!
Tidak ketinggalan, anak lelaki Datin Seri Rosmah Mansor ini turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada isteri tercinta, Nikola Mulyadi yang berjuang melahirkan anak mereka.
Sambil memuat naik gambar dan memperkenal bayi lelaki kesayangan kepada followers, Ashman turut mengumumkan nama anak yang dipilihnya bersama Nikola.
“Hello world! My name is Ardan Razak bin Nor Ashman. InsyaAllah I promise to fill this world with full of love and kindness. Thank you mummy, Nikola, for her fortitude and courage for bringing me into this world.”
Sedap nama bayi, comel pula tu!
Datuk Seri Najib Luah Rasa Syukur Ashman Jadi Bapa!
Sementara itu, Datuk Seri Najib yang merupakan datuk kepada Ardan tidak melepaskan peluang menyambut kehadiran cucu terbaharunya itu.
Tulis bekas PM itu di laman rasmi Facebook miliknya, “Anak saya kahwin. Saya tidak dapat hadir. Saya dapat cucu baru, saya tak dapat bersama. Mata berair bila mendengarnya.
Tapi kekal tabah, gembira apabila ditunjukkan gambar. Meraikan kedatangan Ardan, kelahiran Ashman dan Nikola.”
Terdahulu, pasangan romantis berkenaan dilaporkan mengikat tali pertunangan pada April 2023 namun tiada kelibat Datuk Seri Najib Tun Razak ketika majlis tunang mahupun perkahwinan.
Apa-apa pun, didoakan agar rumah tangga yang dibina pasangan suami isteri ini kekal bahagia hingga ke anak cucu. Juga kelahiran anak ini menjadi pelengkap perkahwinan dan kedua-duanya cekal dan tabah mendepani ujian pada masa depan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam telah berlangsungnya Majlis Istiadat Angkat Sumpah bagi jawatan menteri dan timbalan menteri di Malaysia dan sekali gus melengkapkan senarai jemaah menteri bagi membantu Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menerajui Malaysia di bawah kerajaan baharu.
Antara yang menarik perhatian ramai ialah semestinya perlantikan YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 25 sebagai Menteri Belia dan Sukan bagi menggantikan Khairy Jamaluddin yang pernah memegang jawatan ini dari 2013-2018. Perlantikan ini turut mendapat sokongan mantan Menteri Belia dan Sukan itu yang popular dalam kalangan netizen dengan panggilan ‘Abah’. Lepas ni, tak ada lagi lah ‘Abah’.
Syed Saddiq juga mencatat rekod baru dalam sejarah kepimpinan negara apabila menjadi menteri termuda yang diberi tangunggjawab menjalankan tugas sebagai seorang menteri. Rekod sebelum ini pernah di sandang oleh Datuk Seri Najib Razak ketika dilantik memegang jawatan Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos pada 1978.
“Sukar ingin diungkap perasaan saya detik ini. Amanah yang digalas sangat besar. Rasa kerdil berbanding anggota-anggota kabinet lain yang lebih senior, namun pada masa yang bangga kerana berjaya memecah ‘siling kaca’ perwakilan anak muda dalam barisan kepimpinan negara sebelum ini”,
“Hari ini ialah kejayaan semua anak muda di luar sana, terbukti kita ada ruang di Malaysia Baharu ini,” tulis Syed Saddiq di laman instagram miliknya.
Jutaan tahniah NONA ucapkan kepada Syed Saddiq dan juga menteri-menteri yang lain atas perlantikan sebagai ahli Kabinet 2018.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap kali Syawal pastinya peminat menanti-nantikan foto dan momen selebriti kesayangan mereka. Salah seorang personaliti yang menarik perhatian NONA, pengacara jelita berstatus VIP iaitu Che Puan Juliana Evans ...