‘Terliur’ Tengok Hidangan Lamb Chop Bersama Sos Bawang Putih Di RESTORAN QUATET, Kena Cuba Ni!

Aroma kopi yang sedang disediakan oleh barista dari ruang tengah kafe sudah cukup menarik perhatian kami sebaik memasuki Restoran Quatet yang terletak di Lorong Datuk Sulaiman 7, Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Kuala Lumpur ini. Ditambah pula dengan alunan muzik perlahan, ia terus sahaja menjerat kami melayan secangkir kopi sembil meneliti menu yang disediakan.

 

Nuim, pengurus restoran memberitahu Quatet sudah beroperasi sejak tiga tahun lepas dan kini memulakan operasi perniagaan pada pukul 7.00 pagi hingga 7.00 malam sahaja. Selain popular dengan pelbagai cita rasa minuman sejuk dan panas untuk teh dan kopi seperti latte, cappucino dan mocca, minuman chocolate, soda dan jus. Restoran hanya menyediakan masakan barat untuk hidangan sarapan, tengah hari dan juga petang.

“Pelanggan yang datang awal pagi, boleh memilih menu sarapan lebih ringan seperti roti bakar yang boleh dinikmati dengan sapuan seperti mentega kacang, kaya, coklat dan strawberi.  Bagi anda yang datang untuk sarapan lewat pagi , boleh memilih The Big Breakfast yang mengandungi  telur, sosej kacang panggang, tumisan cendawan dan juga pilihan hirisan daging atau ayam panggang.   Ia lebih besar dan boleh merangkap makan tenga hari. Set menu lain untuk sarapan ini termasuklah set Eggs Benedict, Smoked Salmon Bagel dan Beef Breakfirst Bagel.

“Jika datang selepas pukul 12.00 tengah hari, tidak ada lagi menu sarapan dihidangkan.  Sebaliknya hanya menu tengahari kami sediakan. Antara menu pilihan ramai pelanggan di sini ia adalah Lamb Chop.

Daging kambing panggang ini dihidangankan bersama sos bawang putih dan hidangan sampingannya kentangLamb  goreng,” ujar Nuim.

Anda juga boleh mencuba set Grilled Chicken, The Chicken Sandwich The Beef Sandwich atau pelbagai jenis masakan spageti. Antaranya Carbonara, Aglio Olio dan Bolognese. Turut disediakan kudapan ringan, seperti kentang goreng, roti bakar, kek, brownies dan donut untuk pelanggan yang tidak mahukan hidangan berat.

Sesuatu yang menarik tentang Quatet, kebanyakan pelanggan yang datang adalah pelanggan tetap.  Sebahagian besarnya dari kalangan kejiranan TTDI, mereka yang bekerja di TTDI. Malah ada yang sudah berpindah masih datang ke sini dan tidak kurang juga datang atas saranan kawan-kawan.

“Jika hari-hari bekerja, kebanyakan pelanggan yang masuk terdiri dari mereka yang bekerja di sini sama makan sendiri atau meraikan rakan bisnes mereka. Tidak kira pagi, tengah hari atau petang.

“Hari Sabtu dan Ahad, kebanyakan pelanggan dari kalangan kejiranan TTDI. Biasanya mereka datang selepas beriadah dan berjogging bersama ahli keluarga atau jiran-jiran sambil menjamu selera bersama di sini dalam suasana yang harmoni dan selesa tanpa gangguan,” cerita Nuim seronok bila bila pelanggan menzahirkan rasa puas hati bila keluar dari Quatet.

Ceritanya lagi, mereka cuba untuk memberikan kepuasan bukan selera makan, tetapi turut memberi keselesaan dan keseronokan pelanggan sepanjang menikmati hidangan seperti makan di rumah sendiri.  Anda yang belum pernah datang, boleh masukkan Quatet dalam senarai restoran yang bakal anda kunjungi bersama famili dan rakan-rakan.

Share
Published by
Rosmah Idayu