Nabila Razali, nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Si pelantun lagu Pematah Hati dan Peluang Kedua kini kian ligat dengan karier seninya. Namun begitu, sesibuk mana pun dirinya sepanjang bulan Ramadan ini, Nabila tetap memilih untuk berbuka puasa di rumah bersama keluarga.
Ads
“Detik ini bukan selalu ada memandangkan saya sentiasa sibuk dengan karier. Kesempatan itu saya manfaatkan pada bulan Ramadan. Semoga tahun ini kami sekeluarga berpeluang untuk berbuka puasa bersama. Antara juadah berbuka yang sentiasa saya nanti-nantikan setiap kali Ramadan ialah Murtabak Daging, Puding Karamel, Nasi Beriani Daging dan Kuih Lompang.
Selain Datuk Chef Wan saya juga menjadikan ibu sebagai idola. Ibu bukan saja pandai memasak malah kreatif dalam mencipta menu-menu baru tanpa perlu merujuk buku dan sebagainya. Salah satu menu kreatif ibu ialah Ikan Bilis Goreng Cili yang dicampur dengan anggur. Rasanya sangat sedap!
Menu air tangan ibu yang lain yang turut menjadi kegemaran saya ialah Kari Baba Nyonya, Rendang Ayam dan Ayam Goreng Cili. Bagi saya keenakan rasanya sangat unik.
Nona kongsikan resipi Puding Karamel yang menjadi juadah kegemaran Nabila setiap kali Ramadan.
PUDING KARAMEL
Ads
Bahan-bahan:
Ads
4 biji trelur saiz A
1 tin susu cair
4 sudu besar gula
170 ml air
Sedikit vanila esen
Cara Membuat:
Untuk karamel masak gula dan air di dalam kuali. Kacau sehingga keperangan lalu segera masukkan ke loyang. Ratakan karamel dan biar sejuk. Untuk puding, pukul telur sehingga rata jangan sampai berbuih. Masukkan susu cair, gula, air dan vanila esen. Kacau sehingga gula larut. Kemudian tapis adunan dan masukkan ke loyang yang telah dituangkan karamel tadi. Bungkus loyang dengan kertas aluminium lalu kukus selama 45 minit atau sehingga masak. Biarkan sejuk barulah diterbalikkan loyang. Simpan ke dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
Kredit Foto: Instagram Nabila Razali
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun berada dalam situasi Perintah Kawalan Pergerakan, rakyat Malaysia bertuah kerana masih boleh mendapatkan barangan keperluan harian di pasaraya dan kedai runcit berhampiran kediaman mereka. Walaupun pada permulaan perintah tersebut orang ramai dilihat melakukan panic buying, namun sejak memasuki minggu kedua, keadaan sudah agak tenang ketika keluar membeli barangan keperluan rumah.
NONA kongsikan menu yang sesuai untuk sajian hujung minggu di rumah bersama keluarga. Selain mudah untuk disediakan kerana bahan-bahan tersebut sememangnya ada di dalam dapur anda. Selamat mencuba!
MI KICAP
BAHAN-BAHAN:
150 gm yee mee kering|direbus dalam air panas selama 5 minit
50 gm isi ayam- direbus dan dipotong
24 gm wantan
20 gm tauge
20 gm fucuk
10 gm daun sup
10 gm daun bawang
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng
BAHAN UNTUK SOS:
2 sudu kecil kicap manis
1 sudu kecil kicap pekat
Garam secukupnya
CARA MEMBUAT:
Panaskan minyak. Tumis bawang putih. Kemudian masukkan sedikit air. Masukkan kicap dan perasakan dengan garam. Kemudian biarkan sos ini mendidih sebelum diangkat. Ketepikan. Dalam periuk lain, sediakan sedikit air untuk membuat sup. Rebus air dan masukkan wantan dan fucuk. Perasakan dengan garam secukupnya. Angkat dan ketepikan. Siram sos kicap yang telah dimasak tadi ke atas yee mee yang telah direbus. Hidangkan bersama isi ayam, daun bawang, bawang goreng dan sup tadi. Sedia dinikmati.
JUS MANGGA
BAHAN-BAHAN:
1 biji mangga |Buang kulit dan potong
20 ml susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu kecil vanilla
½ cawan ais
CARA MEMBUAT:
Masukkan mangga ke dalam mesin pengisar. Campurkan bersama-sama susu pekat dan susu cair. Kisar semua bahan-bahan ini. Setelah siap dikisar, masukkan sedikit perasa vanila ke dalam jus ini. Kacau sebati.Tuang jus mangga ini di dalam gelas yang hendak digunakan. Potong sedikit isi mangga dan letakkan di atas jus tersebut. Sedia dinikmati.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kehidupan keluarga diraja Britain ini sememangnya sering mencuri tumpuan seluruh dunia. Daripada kehidupan peribadi kaum kerabat keluarga diraja ini dan juga fesyen yang ditampilkan oleh mereka termasuk Ratu Elizabeth II sendiri.
Ratu Elizabeth II ini telah mencipta sejarah dunia apabila menjadi raja pemerintah tertua di dunia iaitu selama 68 tahun. Baginda telah ditabalkan sebagai Ratu pada 1952 ketika berusia 25 tahun. Seperti yang kita tahu, Putera Charles merupakan pewaris takhta kerajaan ini.
Pada 21 April yang lalu Ratu Elizabeth II telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-94. Namun, sambutan pada tahun ini agak berbeza daripada tahun-tahun yang sebelumnya yang meriah dengan tembakan hormat akibat penularan pandemik COVID-19.
Namun, apa yang menariknya ialah apabila Ratu Elizabeth II telah sudi berkongsi resipi istana cara membuat pancake. Jarang kita dengar atau lihat Ratu Elizabeth II ini berkongsi resipi. Mesti ada keistimewaannya pancake ini. Ratu England ini menggelarkannya, Queen Elizabeth II’s Scotch Pancakes. Jom kita tengok resipi istimewa ini.
Queen Elizabeth II’s Scotch Pancakes
Bahan-bahan;
3 cawan (400g) tepung pelbagai guna
2 sudu teh soda bikarbonat
3 sudu teh cream of tartar
1/4 sudu teh garam
2 biji telur
1/4 cawan gula
1 1/2 cawan (350 ml) susu
2 sudu besar mentega (cairkan)
Cara membuat;
1. Pukul telur, gula dan separuh daripada bahagian susu bersama sehingga kembang.
2. Masukkan tepung dan gaul sebati. Kemudian masukkan lebihan susu tadi.
3. Masukkan soda bikarbonat dan cream of tartar, gaul sebati. Kemudian masukkan mentega.
4. Panaskan kuali dan cairkan sedikit mentega di atasnya.
5. Senduk 2 atau 3 sudu adunan ke atas kuali dan pastikan tidak bersentuhan.
6. Apabila adunan di bahagian atas nampak berbuih terbalikkannya.
7. Pancake siap apabila warnanya bertukar keperangan.
8. Hidang dengan sirap, buah-buahan atau jem kegemaran anda.
Sumber: 10daily.com.au
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ubi ngarku atau lebih dikenali sebagai Arrow Head sering didapati apabila tibanya musim perayaan Tahun Baru Cina sahaja. Sempena kedatangan tahun anjing kali ini, snek ringan ini boleh dijadikan pilihan.
Ubi ngarku mudah diperolehi di kebanyakan pasar raya besar terutama menjelangnya perayaan masyarakat Tiong Hua ini. Ia digunakan di dalam penyediaan makanan dan turut dijadikan hidangan sampingan seperti kerepek.
Nak cuba sediakan kerepek mudah ini? Hanya 4 bahan sahaja diperlukan hasil perkongsian resipi Cef Sue M Arukin.
BAHAN-BAHAN
15-20 biji ubi ngarku (arrow head)
Garam secukupnya
Serbuk lada hitam secukupnya
Minyak untuk menggoreng
CARA-CARA MEMBUAT
Kupas ubi ngarku dan bersihkan. Sagat ubi ngarku nipis-nipis.
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali. Goreng ubi ngarku hingga keperang-perangan. Toskan.
Tabur garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
Setelah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...