Termeterai Ikatan Suami Isteri, YB Nurul Izzah Sah Diijabkabul Dengan Yin Shao Loong

Sama cantik, sama padan. Bagaikan pinang dibelah dua. Tiba berita gembira tengah malam Jumaat apabila YB Nurul Izzah Anwar mengumumkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hati, Yin Shao Loong. 

Pasangan ini selamat diijabkabulkan pada Jumaat, 5 Ogos 2022 berwalikan bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Berita tentang perkahwinan kedua Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dengan suami, seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute dikongsikan sendiri oleh Nurul Izzah di media sosial, sekitar tengah malam tadi.

 

 

“Pada petang 5 Ogos, berwalikan ayahanda pengantin perempuan, kami telah selamat diijabkabulkan di samping keluarga terdekat.

Kami memohon doa kalian semua agar kita sentiasa di bawah perlindungan Allah SWT.” Nurul Izzah

Kredit: Pinography

 

Untuk rekod Nurul Izzah, 42, yang digelar Puteri Reformasi pernah berkahwin dengan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim pada Mei 2003 namun bercerai pada 2015.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13.

Didoakan semoga perkahwinan Nurul Izzah dan pasangan berkekalan hingga ke Jannah serta mendapat sakinah, mawaddah dan warahmah.

Share
Published by
Norzalina