Baharu sahaja menerima pengiktirafan sebagai NONA Best Aesthetician Award, Dr Cute International melangkah setapak lagi sebagai pelopor dalam industri kecantikan dan teknologi perubatan di Malaysia.
Dr Cute International akan melabur sebanyak RM30 juta bagi menjalankan penyelidikan dan pembangunan dalam bidang kejuruteraan sel stem tisu dalam usaha memartabat industri kosmetik di Malaysia.
Menurut pengasasnya, Dr Abdullah Alias atau lebih dikenali sebagai Dr Cute, RM30 juta akan dilaburkan dalam tempoh tiga tahun dan melibatkan kerjasama dengan Cell Tissue Technology iaitu firma kejuruteraan tisu pertama yang ditubuhkan pada tahun di Malaysia oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Saya mempunyai harapan yang tinggi untuk meningkatkan industri kecantikan Malaysia dan tidak mahu lagi produk tempatan dipandang rendah. Melalui kerjasama ini, saya mahu mengembangkan, meningkatkan dan memperkasakan kejuruteraan dan perubatan regeneratif di peringkat tempatan mahupun luar negara.
Ketika ditanya mengenai hala tuju yang disasarkan melalui kerjasama ini, Dr Cute berkata dia mahu merubah persepsi masyarakat tentang keberkesanan produk tempatan yang sering dibayangi bahan-bahan yang mengandungi merkuri dan tidak selamat untuk digunakan.
“Saya mahu hentikan skeptikal pengguna terhadap produk tempatan yang dianggap ‘low class’, yang mungkin selama ini banyak dibayangi produk yang mengandungi merkuri dan tidak selamat digunakan.Menyedari tugas dan tanggungjawab yang digalas amat berat, Dr Cute sentiasa berinovasi untuk menghasilkan produk penjagaan kulit yang premium dan mampu milik untuk keperluan rakyat Malaysia.
“Saya banyak menggunakan platform media sosial untuk memberi kesedaran akan bahaya merkuri kepada tubuh badan. Alhamdulillah sudah ramai yang sedar dan beralih kepada produk kecantikan yang lebih selamat,” katanya pada majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) di sini baru-baru ini.
Pengalaman selama 15 tahun sebagai doktor telah banyak memberi iltizam untuk Dr Abdullah @ Maliq Alias Terus terus komited meningkatkan kualiti produk Malah barisan produk Dr Cute International menjalani prosedur klinikal yang ketat.
Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Cell Tissue Technology, Dr Khairul Idzwan Baharin berkata kerjasama antara dua pihak itu dijangka akan membuka ruang kepada lebih banyak penemuan baharu yang akan membawa industri kecantikan ke tahap yang lebih tinggi.
“Kolaborasi penyelidikan strategik ini diharap dapat mengkaji dan menghasilkan penemuaan terbaharu mengenai kesihatan kulit sekaligus membantu pengguna menjaga dan mengekalkan kesihatan kulit dengan lebih berkesan.
“Sasaran kami agar pembangunan kejuruteraan sel stem tisu ini memberi manfaatnya dapat disebarkan ke pasaran lebih besar,” katanya seraya mengakhiri perbualan.
Terdahulu, Dr Cute International menganjurkan Dr Cute International Gala Dinner bagi meraikan stokis dan kakitangan syarikat tersebut disamping meraikan sambutan hari lahir Dr Abdullah Alias.