Sejak PKP dilaksanakan, kebanyakkan pelajar dan golongan bekerja terpaksa berada di rumah untuk menjalani kelas dan melunaskan tanggungjawab kepada majikan. Bagi anak-anak yang masih belajar, tak kiralah di peringkat tadika mahupun di pengajian tinggi, norma baharu ini sukar dilaksanakan tanpa fokus yang baik. Dan kini, mereka perlu kembali belajar dari rumah.
Ads
Berikutan ini, doktor kesayangan Malaysia, Dr Amalina Che Bakri yang berjaya mencatat sejarah dengan kejayaan meraih keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2004 dan kini bergelar doktor bedah di United Kingdom berkongsi tips untuk fokus ketika menjalani pembelajaran secara atas talian.
“Kebanyakan pelajar kini terpaksa belajar secara online disebabkan penularan wabak Covid-19. Namun perhatian mereka sangat mudah terganggu. Bagaimana untuk mengelakkan daripada ‘penangguhan’ pelajaran dan terus fokus,”tulisnya.
Tutup telefon bimbit dan laman media sosial. Tetapkan had waktu pada skrin telefon dan tablet.
Tetapkan matlamat harian dan mtlamat jangka panjang. Atur jadual serta letakkan tarikh akhir atau deadline.
Berilah reward pada diri sendiri dan berehat selepas setiap matlamat yang sudah tercapai.
Bekerja di dalam kumpulan online untuk memberi motivasi kepada anda. Bina sebuah study group.
Beritahu kepada teman anda apa matlamat yang ingin anda capai supaya mereka boleh menasihati dan mengingati anda untuk tidak bertangguh.
Wah, tips daripada seorang yang berjaya bagai memberi satu cetusan semangat untuk ikuti langkah-langkah yang diberikan. Tidak hairanlah Dr Amalina seringkali menjadi rujukan bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Laman blog Dr Amalina, Ask Dr Amalina juga terisi dengan informasi yang mempunyai rujukan yang sahih.
“Good luck to all students! Persistence and determination are key to success, keep fighting!” katanya. Beliau juga berkongsi gambar bersama ibunya ketika menerima sijil Sarjana pada hari graduasi di University of Cambridge pada tahun 2015.
Ads
Kredit foto: Instagram Dr. Amalina Bakri
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kita memang sangat-sangat digalakkan untuk bangun malam. Waktu sunyi untuk bermunajat dan memohon keampunan daripada Yang Maha Esa.
Namun, untuk memulakan amalan bangun malam itu memang sangat liat. Lebih sedap tarik selimut dan tak mampu lawan godaan sedap tidur di waktu-waktu begitu.
Walaupun kadang-kadang ada yang ‘mengejutkan’ kita daripada lena dan terjaga, bila cakap tunggu sekejap memang akan tertidur sampai subuh.
Sebenarnya ada sebab mengapa kita disarankan untuk bangun sebelum subuh. Saudara Afnan Rosli merungkaikan keindahan bangun sebelum subuh ini.
“Dulu saya tak faham kenapa Allah suruh Solat Subuh. Waktu tu waktu orang tidur. Saya memang duk fikir soalan ni dari dulu lagi.
Then when I got into personal development, saya study orang-orang berjaya dan berpengaruh dalam dunia, saya dapati mereka semua ada satu persamaan. Orang yang bangun sebelum Subuh, mereka bagi impak besar pada dunia sekeliling dia.
Tak kira dia jahat atau baik, pasti dia jenis orang yang bagi impak pada dunia sekeliling dia. Even Adolf Hitler yang jahat tu pun bangun awal pagi.
Kenapa?
Orang yang berjaya bangun awal ni mereka adalah over achievers.
Tapi tuan, saya pun bangun sebelum Subuh, bersiap-siap, sebelum subuh lagi saya dah drive pergi kerja.
No, thats a different kind of story. Saya tak cakap pasal yang bangun sebab terpaksa gi kerja awal, elak jam. Bangun pulak kalut-kalut bersiap. Itu dah vibrates at desperation dah. Cerita lain.
Ini yang saya maksudkan ialah orang yang bangun awal jam 4.00 pagi hingga 5.00 pagi kerana memang pilihan mereka. Mereka bangun, dan mereka ambil masa untuk duduk dengan diri mereka sendiri.
INI 5 SEBAB ANDA KENA BANGUN AWAL PAGI:
1. MIND OVER MATTERS:
Orang yang bangun awal, mereka berjaya mengawal minda mereka melawan segala alasan dan pengaruh luar. Minda kita seperti otot, lebih banyak kita latih, lebih kuat dia jadi.
Jadi, orang yang setiap hari bangun awal, dia sedang melatih untuk take charge dan mempunyai sepenuhnya kawalan terhadap minda mereka. You start to control your mind, you start to control your life.
2. MORE PRODUCTIVITY:
Bila kita dah bangun 2 atau 3 jam awal dari orang lain, kita ada banyak masa untuk buat planning, buat mental rehearsal, persiapkan mind, body and soul kita untuk hadapi hari yang penuh produktiviti nanti.
Orang-orang Spartan ada satu pepatah “He who sweats more in Training, bleeds less in War.”
Meaning if you go out in battle well prepared, you will achieve more.
3. STRENGTHEN WILL POWER:
Antara kunci Kejayaan dalam hidup ialah keazaman atau will power. Orang yang mampu bangun awal pagi, mereka melatih diri mereka untuk mempunyai keazaman yang sangat tinggi.
Bukan senang tau nak tolak selimut waktu pagi ni. Sebab tu orang yang kuat ialah orang yang mampu bangun Subuh berjamaah!
Sebab tu Nabi kata 2 rakaat sebelum Subuh lebih bernilai dari dunia dan seisi nya. The fact that kita mampu bangun sebelum subuh setiap hari menandakan kita mempunyai very high will power.
4. START WITH VICTORY:
Bila kita bangun sebelum Subuh sebenarnya kita sedang mulakan hari dengan kejayaan Besar! Sepanjang hari kita mengalami internal battle dengan diri kita sendiri.
Menang di waktu awal pagi akan bawa kita pada kemenangan demi kemenangan sepanjang hari.
5. PEACEFUL:
Waktu sebelum subuh adalah waktu yang paling tenang, paling tidak ada distractions.So, waktu tu lah kita nak practice untuk jadi orang yang sentiasa bertenang.
Robin Sharma kata, “Achieve more while the world is still sleeping.”
Orang lain tengah tidur, kita dah capai macam-macam.
So, kalau anda nak hidup anda improves, nak jadi Top Performers, nak jadi Over Achievers, nak jadi Best of the Best.Start bangun awal mulai hari ini!
Trust me, cuma ubah waktu anda bangun pagi, cara anda bangun pagi, anda akan jadi orang yang sangat powerful dan berpengaruh. Percaya tak? Kena percaya!
“The body Achieves what the mind believes.”
Selamat memulakan pagi anda dengan KEKUATAN!,” kongsinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berjaya menghabiskan bacaan dalam sebuah Al-Quran memang sepatutnya dibanggakan. Bukan semua orang mampu istiqamah membaca Al-Quran lebih-lebih lagi yang mempunyai komitmen lain.
Tahun lalu, pelakon yang melonjak populariti menerusi sitkom Puteri pada tahun 2005 ini telah berjaya khatam Al-Quran buat pertama kali dalam sejarah hidupnya dan tahun ini sekali lagi Nora Danish mengulanginya.
Seronok mendengar luahan hati Nora yang berjaya menghabiskan bacaan di 10 malam terakhir Ramadan dan berniat untuk mengulanginya tahun depan. Semoga Nora terus istiqamah dan menjadi inspirasi buat orang lain untuk melakukan perkara yang sama.
Pelakon filem Aku Terima Nikahnya dan Bukan Cinta Malaikat ini juga memanjatkan rasa syukur berjaya menghabiskan bacaan Al-Quran kali ini. “Ramadhan 22. Alhamdullilah syukur ya Allah #roadtokhatamquran bulan Ramadhan, Allah kabulkan. Syukur ya Allah. Terima kasih Allah. Lepas Khatam tadi di rumah Mak Nora, terus hujan. Hujan Rahmat. Habis doa hujan berhenti, MasyaAllah. Allah Maha Mengetahui. Semoga Allah kabulkan doa kami semua,” coretnya di laman media sosialnya.
Memetik laporan MStar, pemilik nama sebenar Nora Mohd Danish Hanif ini berkata, Ramadan adalah masa terbaik untuk dia mendekatkan diri dengan Allah berikutan kelapangan jadual kerja.
“Bagi saya macam mana buruk pun kita, Ramadan adalah masa untuk kita dekatkan diri dengan Allah. Masa bulan Ramadan inilah yang kami selebriti ada, selalu kami sibuk dengan kerja masing-masing,” kata Nora Danish yang juga mempunyai dua perniagaan lain iaitu Salun Karva dan jenama pakaian OwlbyNd selain produk kecantikan, Taraa Wellness.
Nora Danish sentiasa berpenampilan cantik, ketika diajukan sukarkah untuk kelihatan cantik, ujarnya, “Susah, memang susah. Paling susah untuk saya nak jaga berat badan. Sebab lepas melahirkan anak makan sikit saja tapi berat badan cepat naik,” bicara Nora Danish.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
SubhanAllah, kagum tengok hasil lukisan Ustazah Asni Abu Mansor! Di sebalik setiap kehalusan seni yang dilakarnya di atas kanvas putih, terselit kalimah suci Allah dan coretan khat yang cukup indah. Mengamati karya seni bekas juri program Da’i ini, terserlah kecintaan beliau terhadap alam semula jadi dan elemen islamik.
Sering tampil spontan dan petah menyampaikan dakwah di kaca televisyen, Ustazah Asni sememangnya seorang yang punya aura tersendiri. Lebih-lebih lagi tatkala mengutarakan hujah-hujahnya. Yang mendengar pasti tertarik dan yakin dengan apa yang ingin disampaikan. Selain melukis sebagai terapi diri, Ustazah Asni turut menjual karya seninya kepada individu yang berminat.
‘Luahan’ ilham ustazah berusia 43 tahun ini juga dipamerkan dalam beberapa program berbentuk islamik di stesen televisyen. Antaranya lukisan Kaabah, Demi Langit dan Alburuj Galaxy semasa siaran Nasi Lemak Kopi O.
Beruntung sungguh Ustazah Asni kerana bukan hanya dikurniakan kelebihan berdakwah malah memiliki kemahiran dalam lukisan.
Sumber: Instagram @asnimansor
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...