Wanita cantik tak selalunya bertuah. Inilah yang berlaku kepada bekas model dan ratu cantik Romania, Claudia Nicoleta Ardelean, yang dipecat kerana ‘terlalu cantik’.

Di sebalik keindahan Romania, salah satu negara Eropah yang terkenal dengan istana-istana lama, mitologi drakula dan lombong emasnya, kisah bekas ratu cantik ini tiba-tiba mencuri tumpuan dunia.

Ads

Tular minggu lalu apabila portal berita Romania mendedahkan bahawa Claudia Ardelean, 27 tahun, yang dilantik memegang jawatan Ahli Lembaga (tidak berbayar) di Pneumophthisiology Clinical Hospirtal di Cluj, tiba-tiba diarahkan berundur.

Terpaksa Dipecat Kerana Terlalu Cantik, Bekas Ratu Romania – Claudia Nicoleta Ardalean Kesal Kelayakannya Dipertikai

Ardelean sebelum itu dilihat memuat naik fotonya di media sosial sebagai memperingati kejayaan tersebut pada tarikh 8 Februari. Wanita jelita ini memiliki dwi ijazah dalam jurusan Undang-undang dan Etika Eropah.

“Saya berterima kasih atas kepercayaan dan sokongan Parti Liberal Nasional Cluj!” – Claudia Ardelean

Hantaran tersebut walau bagaimanapun telah dipadamkan setelah mendapat reaksi negatif daripada pelbagai pihak yang mendakwa pelantikan jawatan itu hanya bersandarkan kecantikan Ardelean semata-mata.

Terpaksa Dipecat Kerana Terlalu Cantik, Bekas Ratu Romania – Claudia Nicoleta Ardalean Kesal Kelayakannya Dipertikai

Terpaksa Dipecat Kerana Terlalu Cantik, Bekas Ratu Romania – Claudia Nicoleta Ardalean Kesal Kelayakannya Dipertikai

Malah tidak lama kemudian, ahli Lembaga Pengarah Majlis Bandar Cluj ‘berfikir semula’ tentang keputusan mereka dan mengarahkan Ardelean meletak jawatan itu serta-merta.

Ads

TERLALU CANTIK

Terkejut dan tidak percaya mengapa pihak berkenaan mengubah keputusan, Ardelean memberitahu pihak media bahawa dia sangat kecewa terhadap kritikan yang dilemparkan.

“Saya mempunyai skil dan kelayakan akademik untuk jawatan tersebut. Selain bekerja sebagai peguam, saya juga memiliki dwi ijazah dan masih melanjutkan pengajian profesional. Bahkan saya seorang usahawan yang memiliki hostess agency serta syarikat pengurusan acara sendiri.

Ads

Sayang sekali di Romania, sikap prejudis masih lagi berleluasa. Tapi saya percaya bahawa kecantikan tidak patut menghalang kerjaya profesional seseorang,” ujar Ardelean yang pernah mengembangkan kerjaya dalam politik dan pernah menjadi anggota Parti Liberal Nasional Cluj.

Terpaksa Dipecat Kerana Terlalu Cantik, Bekas Ratu Romania – Claudia Nicoleta Ardalean Kesal Kelayakannya Dipertikai

Dalam kenyataan Presiden Majlis Cluj, Alin Tise, beliau berasa tidak selesa memecat Ardelean namun tetap menegaskan bahawa keputusan itu wajar bagi mengelak sebarang kecurigaan ke atas pelantikan tersebut.

“Saya sangat menyesali insiden ini meskipun jawatan Claudia Ardelean sebagai ahli Lembaga tidak berbayar. Dari pandangan profesional, Ardelean mempunyai kelayakan yang diperlukan namun aspek-aspek lain berkaitan kehidupan peribadinya menjadi pertikaian.

Jadi untuk mengelakkan sebarang masalah, kecurigaan dan tanda tanya berkaitan pelantikan ini, kami fikir adalah lebih baik untuk memecat sahaja individu berkaitan,” kata beliau.

Terpaksa Dipecat Kerana Terlalu Cantik, Bekas Ratu Romania – Claudia Nicoleta Ardalean Kesal Kelayakannya Dipertikai
Alin Tise
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI