Terpaksa Outstation Demi Kerja, Inilah 5 Perkara PALING DIHARAPKAN Bila Isteri Berjauhan Keluarga

Biasanya ketika seorang isteri berada jauh dari keluarga, contohnya outstation kerana bertugas, berkursus dan sebagainya apa yang ada di benaknya ialah kebimbangan.

“Bagaimana keadaan suami dan anak-anak ya?”, “Suami aku tu boleh ke handle kerja-kerja rumah semua?”, “Anak-anak sihat ke?” dan bermacam-macam lagi persoalan yang muncul.

Walaupun sang isteri mungkin sedang bergembira bersama rakan-rakan sekerjanya tetapi tetap menaruh harapan pada suami agar dirinya disambut dengan penuh membahagiakan. 5 perkara berikut yang sering diharapkan oleh isteri ketika kepulangannya setelah terpaksa berjauhan daripada suami dan anak-anak.

(1) SUAMI SAMBUT DENGAN SENYUMAN

Bukan suami saja yang akan rasa bahagia kalau disambut mesra oleh isteri setiap kali pulang dari kerja, begitu juga isteri yang mengharapkan suami menyambutnya dengan senyuman dan pelukan. Ia sebagai ekspresi gembira dengan kepulangan isteri.

(2) SUAMI LEBIH MESRA

Lama tidak berjumpa tentu ada perasaan rindu. Isteri pasti mengharapkan perasaan rindu itu lebih lagi berbanding kebiasaan. Sebagai ekspresi rasa rindu, peluk dan ciumlah isteri anda.

(3) SALING MENDENGAR DAN BERKONGSI CERITA

Sudah tentu banyak cerita dan kenangan yang isteri ingin kongsikan bersama suami. Kalau boleh semuanya hendak diceritakan. Sama ada ceritanya menarik atau membosankan sang isteri tetap mahu suami mendengarnya dengan penuh kesabaran. Begitu juga sebaliknya, pasti sang isteri ingin mengetahui apa yang terjadi di rumah sepanjang ketiadaannya.

(4) SUAMI MENJAGA ANAK-ANAK DENGAN BAIK

Biasanya para isteri paling bimbang tentang anak-anak ketika meninggalkan mereka dalam jangka masa yang panjang. Bukannya tidak percayakan suami tetapi naluri seorang ibu memang begitu. Lebih-lebih lagi jika suami jarang terlibat dalam hal menguruskan anak-anak kerana bekerja.

(5) SUAMI MENJAGA RUMAH AGAR SENTIASA BERSIH DAN KEMAS

Ketiadaan isteri dalam tempoh beberapa hari kadangkala boleh menyebabkan rumah kelihatan seperti tongkang pecah. Lebih-lebih lagi jika suami seorang yang sangat bergantung kepada isteri melakukan semua kerja rumah. Sudah tentu para isteri mahu suaminya menjaga kebersihan rumah dengan baik.

IKLAN
Share