Kalau sudah namanya Rozita Che Wan, memang penampilan dan cita rasa fesyennya sentiasa jadi perhatian! Berangkat ke Austria baru-baru ini, pastinya peminat Che Ta menantikan posting terkini percutian adik-beradik tersebut.
Belum pun tiba di Vienna, kelibat Cha Ta bersama Datin Jaja dan Ayu Raudhah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sudah menarik perhatian ramai. Mana tidaknya, Che Ta dilihat membawa sebanyak empat beg bagasi tidak termasuk beg tangan.
View this post on Instagram
Lengkap mengenakan but, trench coat dan berkaca mata hitam, penampilan tiga beradik ini sekali lagi mencuri tumpuan apabila masing-masing menjinjing beg tangan jenama mewah Hermes!
Seperti yang diketahui umum, harga bagi sebuah tas tangan Birkin tersebut dianggarkan mencecah ratusan ribu ringgit. Umpama menjinjing banglo di tangan!
Kongsi Che Ta, “Selepas 15 tahun baru dapat travel balik dengan Ayu Raudah, Jaja Che Wan. #girlstrip. Thank you lah encik-encik suami yang understanding, Zaquan, Faizal Zainol melepaskan isteri masing-masing.
Thank you jugalah suami kita encik Zain Saidin yang terpaksa berjauhan dengan isteri tercinta.”
Tiba di bumi Austria dalam cuaca sejuk, Che Ta menerusi Instagram miliknya turut berkongsi keadaan suhu di sana yang mencecah -2 darjah Celsius.
View this post on Instagram
Walau berdepan cuaca sejuk, ia tetap tidak menjadi halangan buat Che Ta dan adik-beradik untuk bergaya mewah. Rata-rata rakan artis dan peminat membanjiri ruangan komen Instagram Che Ta yang kagum dengan kesungguhan selebriti cantik ini dalam bergaya.
Dalam posting terbaharu pula kelihatan tiga beradik ini sedondon memakai topi, berkaca mata hitam dan berbaju sejuk sambil menyarung kasut tumit tinggi! Memang stylo.
Bersandarkan status Che Ta sebagai selebriti, usahawan dan duta produk, tidak hairanlah dia mampu bergaya mewah dan amat mementingkan penampilan diri dari hujung rambut ke hujung kaki.
Lumrah seorang wanita memang suka nampak cantik!