Baru-baru ini, nama Poppy Capella tiba-tiba tular setelah terpalit dengan satu ‘isu panas’ sekaligus menjadi perbualan ramai.
Memetik perkongsian di Popmama.com, beberapa finalis Miss Universe Indonesia 2023 telah membuat laporan kepada pihak berkuasa berkenaan isu tersebut.
Organisasi pertandingan ratu cantik yang diketuai Poppy Capella itu dikatakan menjadi punca kepada isu body check tanpa berpakaian.
Para finalis mendedahkan, mereka diminta tampil tanpa berpakaian dan diambil gambar ketika body check. pemeriksaan badan.
Nama Poppy Capella turut terpalit ke dalam skandal itu.
Siapakah Poppy Capella? Berikut 5 fakta menarik tentangnya.
Penyanyi Dangdut
Ternyata, Poppy tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air khususnya muzik dangdut.
Pada 2012, Poppy mengeluarkan single Tat Tit Tut. Kemudian, dia berubah menjadi penyanyi genre Pop R&B dengan mengeluarkan lagu bertajuk ‘And I’m Going Down’, pada 2021.
‘Anak Saudara’ Kepada Inul Daratista
Kedua-duanya tidak memiliki hubungan persaudaraan namun Poppy telah menganggap Inul sebagai ibu saudaranya. Bahkan, dia mengaku pernah tinggal di rumah Inul selama beberapa bulan.
“Saya memanggilnya Cece dan pernah tinggal di rumahnya. Saya agak rapat dengannya (Inul),” kata Poppy dalam Facebook Live baru-baru ini.
Karier Poppy Capella dalam dunia hiburan berkembang baik. Tak hairanlah, dia mula aktif dalam dunia nyanyian dan memilih genre dangdut sama seperti ibu saudaranya, Inul.
Pemegang Lesen Miss Universe Indonesia
Pada Februari 2023, Poppy Capella berkongsi berita mengejutkan kepada pencinta pertandingan.
Di bawah syarikat PT Capella Swastika Karya, Poppy Capella menjadi pemegang lesen Miss Universe Indonesia.
Sebelum ini, pertandingan ratu cantik bertaraf antarabangsa ini dianjurkan oleh Yayasan Puteri Indonesia (YPI) sejak 30 tahun lalu.
Pemegang Lesen Miss Universe Malaysia
Poppy Capella turut menjadi pemegang lesen Miss Universe Malaysia.
Selain itu, Poppy Capella turut berkhidmat sebagai Pengarah Kebangsaan untuk Miss Indonesia dan Malaysia di bawah naungan syarikat PT Capella Swastika Karya.
Berani Bersuara
Sejak kebelakangan ini, nama Poppy Capella menjadi bualan wargamaya terutama pencinta pertandingan ratu cantik berhubung isu body check
Sejak itu, Poppy mula bersuara berhubung isu yang melanda organisasinya. Poppy menafikan semua tuduhan yang ditujukan kepada organisasi dan pertandingan ratu cantik yang diadakannya.
Kata Poppy, dia akan mengambil tindakan undang-undang yang tegas terhadap dakwaan ini.
“Kami memandang serius sebarang serangan terhadap integriti kami.
“Jika tuduhan palsu ini terus tersebar atau merosakkan reputasi, kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang,” tulis Poppy dalam kenyataan rasminya.
This website uses cookies.