Ramai yang terpegun tengok penampilan terkini Dayang Nurfaizah ketika membuat persembahan di majlis perkahwinan Shuib dan Watie baru-baru ini. Dia yang anggun mengenakan persalinan maroon tampil menawan.
Apatah lagi selebriti kelahiran Sarawak ini makin langsing dan cantik!
Walau pun kerjaya nyanyiannya cukup cemerlang dan diminati ramai namun tak dinafikan nama Dayang Nurfaizah jarang terkait dengan berita kurang enak. Ada yang beranggapan personaliti ini terlalu menjaga nilai eksklusif diri.
Hakikatnya, Dayang ialah seorang wanita lemah-lembut, merendah diri dan mudah didekati.
Dalam temu bual Nona bersama Dayang tahun lalu ketika majlis berbuka puasa, dia mengakui jaga pemakanan demi kesihatan diri apabila ditanya mengenai susuk tubuh yang makin ‘mengecil’.
“Sebenarnya tak ada rahsia, saya cuma semakin usia kita meningkat, kita kena menjaga diri.” Ujarnya lagi sambil berseloroh, “Sebenarnya semua baju dah tak muat, jadi kenalah jaga.
Tapi Dayang memang bukan jenis yang makan banyak jugalah. Cuma bahayanya, saya makan selepas show. Itu yang kena jaga.
Sebab setiap wanita semakin meningkat usia dia, semakin berjaga-jaga. Bukan untuk kurus je, untuk kesihatan.”
Dalam pada itu, Nona turut dimaklumkan Dayang bahawa dia menjaga anak saudara yang kini menginjak usia dewasa.
“Semuanya bermula lepas kakak saya habis berpantang dan tak ada siapa yang boleh jaga Yaya sebab saya bawa ibu bapa tinggal di KL.
Jadi, kami bawa Yaya bersama. Bila dah semakin lama, saya terus ambil keputusan untuk ‘pinjam’ tanggungjawab sebagai ibu daripada kakak dan jaga Yaya.
Bila cuti panjang baru Yaya akan balik ke pangkuan keluarganya atau mereka yang akan datang lawat Yaya. Saya mula jaga Yaya dari umur dia tiga bulan lagi,” telusnya.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/besarkan-anak-buah-macam-anak-sendiri-dayang-nurfaizah-bahagia-belajar-ilmu-parenting/
This website uses cookies.