Gaya Hidup

Terpegun Tengok Koleksi Beg Tangan AYDA JEBAT, Dalam Diam Rupanya Peminat Louis Vuitton

Ayda Jebat memulakan langkah dalam karier seninya apabila menyertai program Akademi Fantasia untuk musim ke-9. Ketika itu usianya baharu sahaja menjangkau 19 tahun. Walaupun perjalanannya dalam program realiti tersebut tidak lama kerana tersingkir pada konsert minggu ke3 tetapi rezekinya begitu menyinar.

 

Kini usia Ayda Jebat sudahpun menjangkau 27 tahun dan semakin matang dalam merencanakan perjalanan hidupnya. Jika dahulu Ayda sering tampil riang dan ceria kini Ayda lebih selesa dengan cara yang sederhana.

 

Pemilihan Ayda Jebat dalam bidang lakonan juga sudah semakin selektif. “Bercerita tentang dunia lakonan, semakin lama saya lebih memilih naskhah yang memberi kesan kepada penonton. Melakukan babak-babak romantik mungkin sudah berlalu dalam perjalanan karier seni saya.

 

 

Makin lama kita berada dalam industri pasti terbit perasaan mencabar kredibiliti diri sebagai seorang pelakon. Saya nak cari watak-watak yang susah nak buat,” tutur Ayda Jebat.

 

 

Begitu juga penampilan Ayda yang sudah semakin ‘dewasa’ seiring dengan peningkatan usianya. Lihat sahaja koleksi beg tangan milik Ayda Jebat. Rambang mata betul tengok. Bukan sahaja cantik, malah jenama yang tersandang di atas bahunya juga ada yang bernilai puluhan ribu ringgit.

 

Paling banyak koleksi yang dimiliki oleh Ayda Jebat ini adalah Louis Vuitton atau lebih popular dipanggil LV. Terdapat juga jenama Dior, Chanel, Fendi dan Yves Saint Laurent (YSL).

 

 

 

 

 

 

 

Share
Published by
Hamizatul Maizan