Walaupun masih muda namun Neelofa sentiasa berfikiran jauh dan pintar mengatur perjalanan hidupnya. Tanpa menghiraukan kata-kata negatif yang dilemparkan kepadanya, Juara Dewi Remaja 2009/10 ini terus melangkah jauh ke hadapan.
Kejayaan demi kejayaan yang dicapai oleh wanita ini telah membuka mata orang yang mengkritiknya dahulu sehingga mengangkatnya sebagai inspirasi hidup.
Perjalanan hidup Neelofa yang memulakan kerjaya di usia yang begitu awal tiada siapa yang tahu. Jarang sekali Neelofa berkongsi tentang kisah dukanya dan lebih selesa berkongsi tentang kejayaan yang telah dikecapnya.
Aura wanita yang bernama Neelofa ini begitu hebat sehingga banyak jenama mewah antarabangsa memilihnya sebagai jemputan manakala Swarovski pula telah memilihnya sebagai Wajah Swarovski Malaysia. Beruntung gadis yang bernama Neelofa ini.
Sebagai wanita, Neelofa juga tidak terkecuali mengemari aksesori beg tangan. Rambang mata melihat beg tangan yang digalas oleh anak perrempuan kepada Datin Noor Kartini Noor Mohamed ini. Lebih teruja melihat jenama beg tangan yang digayakan oleh Neelofa ini, ada di antaranya yang bernilai puluhan ribu ringgit.
Mari lihat penggayaan fesyen beg tangan Neelofa.
Lebih mengujakan apabila Neelofa telah melancarkan beg tangan jenama sendiri, hebat bukan?
Sumber: Instagram @neelofa_fashion
Cantik-cantiknya handbag Neelofa, boleh juga cuci mata kat sini
This website uses cookies.