Merentas dunia tanpa sempadan masa kini segala-galanya hanya di hujung jari. Baik ketika mendaftarkan permohonan persekolahan anak-anak, memesan perkhidmatan makanan segera, membayar bil utiliti dan permohonan pekerjaan, semuanya dilakukan hanya menerusi dalam talian. Tidak ketinggalan, trend membeli-belah secara online.

Ads

Selain tertarik dengan strategi pemasaran yang begitu hebat di samping menggunakan khidmat selebriti untuk melariskan jualan, urusan pembelian yang mudah turut menjadi penyumbang kepada peningkatan trend membeli-belah di kalangan pengguna Internet.

Mungkin kalau bayar secara tunai, pembeli akan ‘terasa’ dengan jumlah wang yang dikeluarkan. Malah akan berfikir panjang untuk membeli sekiranya ia melibatkan harga yang mahal. Tapi, disebabkan pembayaran dalam talian dan tidak melihat wang yang dibelanjakan dengan mata kasar pembeli mudah untuk melakukan transaksi. Tahu-tahu saja, duit yang ada tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan.

KELEBIHAN SHOPPING ONLINE

  • Menjimatkan wang & masa

Tanpa perlu mengeluarkan kos perjalanan seperti petrol, tambang pengangkutan awam dan sebagainya. Malah, pembeli berpeluang membeli-belah pada bila-bila masa dan di mana saja.  Ada banyak pilihan sama ada produk dari dalam mahupun luar negara.

  • Seleksi pilihan

Terdapat rangkaian pilihan item yang besar dan tidak tertumpu pada satu-satu produk sahaja. Pendek kata, produk dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya telah tersedia.

  • Diskaun

Tawaran harga menarik yang diberikan khususnya jika membeli lebih daripada satu barangan.

Ads
  • Menjimatkan masa dan kos perjalanan seperti petrol, tambang teksi dan sebagainya.

Tak perlu susah-payah mencari tempat untuk parkir kereta, meredah kesesakan lalu lintas atau berhimpit dengan orang ramai. Pembelian secara online boleh dibuat di rumah sambil sedang menjaga anak mahupun ketika waktu senggang bersama keluarga.

Terperangkap Dalam Dunia Shopping Online! Ini ‘Pros & Cons’ Bila Membeli Secara Dalam Talian, Elak Jadi Mangsa

Ads

KEBURUKAN SHOPPING ONLINE

  • Ada ketika perlu menunggu jangka masa yang lama untuk menerima barangan anda. Jika barang tersebut dari luar negara, boleh mengambil masa sehingga beberapa minggu atau mencecah sebulan.
  • Mungkin akan berlaku kelewatan dalam penghantaran, salah faham tentang produk yang dibeli tetapi tidak boleh pergi bersemuka dengan pemilik kedai untuk penjelasan. Paling tidak, hanya berbalas e-mel.
  • Kos penghantaran ditanggung sendiri oleh pengguna kecuali jika pembelian melebihi kuantiti yang ditetapkan. Kadang-kadang harga kos penghantaran lebih mahal daripada item yang dibeli.
  • Pembeli tidak berpeluang merasai, mencuba dan menguji produk sebelum membeli. Risiko terdedah kepada unsur penipuan selain realiti produk tersebut yang tidak sama seperti yang digambarkan atau tidak memenuhi kehendak.
  • Turut terdedah kepada kecurian pembelian menggunakan akaun bank atau kad kredit.

PENYELESAIAN AGAR TIDAK DITIPU

Paling utama, pastikan laman beli-belah dalam talian yang anda lawati adalah medium yang boleh dipercayai dan telah lama dikenali. Baca segala terma dan syarat agar tidak rasa ditipu selain anda menyedari akibat yang bakal ditempuh jika membeli di laman berkenaan.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI