Merentas dunia tanpa sempadan masa kini segala-galanya hanya di hujung jari. Baik ketika mendaftarkan permohonan persekolahan anak-anak, memesan perkhidmatan makanan segera, membayar bil utiliti dan permohonan pekerjaan, semuanya dilakukan hanya menerusi dalam talian. Tidak ketinggalan, trend membeli-belah secara online.
Selain tertarik dengan strategi pemasaran yang begitu hebat di samping menggunakan khidmat selebriti untuk melariskan jualan, urusan pembelian yang mudah turut menjadi penyumbang kepada peningkatan trend membeli-belah di kalangan pengguna Internet.
Mungkin kalau bayar secara tunai, pembeli akan ‘terasa’ dengan jumlah wang yang dikeluarkan. Malah akan berfikir panjang untuk membeli sekiranya ia melibatkan harga yang mahal. Tapi, disebabkan pembayaran dalam talian dan tidak melihat wang yang dibelanjakan dengan mata kasar pembeli mudah untuk melakukan transaksi. Tahu-tahu saja, duit yang ada tidak cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan.
KELEBIHAN SHOPPING ONLINE
Tanpa perlu mengeluarkan kos perjalanan seperti petrol, tambang pengangkutan awam dan sebagainya. Malah, pembeli berpeluang membeli-belah pada bila-bila masa dan di mana saja. Ada banyak pilihan sama ada produk dari dalam mahupun luar negara.
Terdapat rangkaian pilihan item yang besar dan tidak tertumpu pada satu-satu produk sahaja. Pendek kata, produk dari hujung rambut ke hujung kaki semuanya telah tersedia.
Tawaran harga menarik yang diberikan khususnya jika membeli lebih daripada satu barangan.
Tak perlu susah-payah mencari tempat untuk parkir kereta, meredah kesesakan lalu lintas atau berhimpit dengan orang ramai. Pembelian secara online boleh dibuat di rumah sambil sedang menjaga anak mahupun ketika waktu senggang bersama keluarga.
KEBURUKAN SHOPPING ONLINE
PENYELESAIAN AGAR TIDAK DITIPU
Paling utama, pastikan laman beli-belah dalam talian yang anda lawati adalah medium yang boleh dipercayai dan telah lama dikenali. Baca segala terma dan syarat agar tidak rasa ditipu selain anda menyedari akibat yang bakal ditempuh jika membeli di laman berkenaan.
This website uses cookies.