Terperanjat Sentuh Kulit Sendiri, Ini REAKSI NONA Selepas Buat Facial Di AsterSpring!

Rutin yang berjela-jela bagai tiada kesudahan. Bergelut pula dengan pelbagai stres, badan lesu dan pencemaran. Aduh, mungkin sudah tiba masanya untuk memujuk diri… 

Beginilah takdir wanita berkerjaya. Saya sendiri kalau pulang kerja, badan sudah lembik tak bermaya. Usahkan tubuh, nak pakai krim malam pun antara ingat dan lupa. Mungkin itu sebabnya mekap seinci pun tak berseri. Wajah kusam, pasti gara-gara kulit mati bertimbun di pipi.

Pelawaan untuk mencuba rawatan terbaru di AsterSpring ibarat orang mengantuk disorongkan bantal. Temu janji pada petang yang dijanjikan berlangsung di pusat kecantikan AsterSpring The Starling, Damansara dalam suasana serba menenangkan.

Tiba dengan wajah polos, kunjungan saya disambut skincare therapist berseragam putih, Claire. Orangnya amat lembut dan sentiasa tersenyum. Sambil bertanya rutin serta latar belakang saya, dia menganalisis kondisi kulit ini dengan cermat.

‘Kulit terlalu kering. You selalu bekerja dalam aircond dan kurang minum air?’

Saya mengangguk. ‘Yes, all the time.’

Claire mencatat sesuatu. Tertera perkataan dehydrated, large pores dan fine lines di sana. Kulit saya pula jenis kombinasi, boleh berminyak dan kering dalam satu masa.

Seperti memahami bagaimana ‘terdesaknya’ wajah saya, dia memperkenalkan rawatan facial

terbaharu iaitu Intense Hydra-Light Therapy yang sangat diperlukan waktu ini.

Kata Claire, Intense Hydra-Light Therapy merupakan perawatan Dermalogica yang berprestasi tinggi. Ia menggunakan sejumlah poten IonActive Hyaluronic Acid, pati pekat Gelloids dan bt-accent LED Light untuk hasil maksimum, sesuai jenis kulit masing-masing. Terapi cahaya ini juga dikatakan mampu merawat masalah kulit dengan amat berkesan.

Sebenarnya fikirkan saya dah terbayang momen istirahat yang ditunggu-tunggu. Membelai wajah dan kembali cantik seperti dulu. Akhirnya selepas menukar persalinan dan menyimpan barangan peribadi di dalam lokar, saya dibawa ke kamar rawatan.

Lampu siling diredupkan dan bisikan muzik pun bergetar di hujung telinga. Dengan nada lembut, Claire pun memulakan sentuhan ajaibnya.

Rawatan Terbaik

Terapi dimulakan dengan langkah asas membersih, menyental dan membuang bintik-bintik hitam pada kulit. Beberapa kali juga Claire mengulangi proses membersih. Katanya kulit yang betul-betul bersih saja dapat menyerap segala manfaat produk dan rawatan yang bakal dibuat.

Namun dalam tempoh itu, tidak terasa sedikit pun waktu berjalan. Bagi saya, setiap langkah dibuat dengan kemas dan profesional. Teratur sekali.

Seterusnya Dermalogica IonActive Hyaluronic Acid pun diaplikasi dengan mesin LDM, sambil jari-jemari Claire mengurut tengkuk dan bahu yang tegang. Sesi urutan ini merupakan salah satu keistimewaan di AsterSpring kerana setiap urutan adalah berbeza dan dilakukan dengan teknik tertentu.

Kemudian Claire menyapu Dermalogica IonActive Thermal atau masker Cooling Gelloid sebelum terapi cahaya bermula. Menggunakan mesin bt-accent LED Light, mata saya ditutup dan wajah didedahkan di bawah warna cahaya ungu selama 15 minit.

Terdapat 3 warna cahaya LED yang menyalurkan fungsi berbeza untuk merawat masalah kulit yang berbeza. Terapi cahaya LED ini telah diasaskan oleh NASA untuk mempercepatkan proses pemulihan luka dalam situasi sifar graviti.

Teknologi bt-accent LED Light yang digunakan dalam AsterSpring Intense Hydra-Light Therapy ini turut menggabungkan gelombang cahaya warna yang berbeza untuk meresap ke dalam lapisan kulit, menjana pertumbuhan sel kulit baru dan memberikan kompleksi yang saya idam-idamkan. Oh, tak sabar pula menantikan hasilnya!

Dalam tempoh 90 minit, sesi facial saya pun selesai selepas beauty therapist memberikan sentuhan akhirnya – mengoles toner, pelembap dan krim tabir suria pada kulit baru saya.

Bisikan Claire mengejutkan lena. Saya terjaga dengan kulit wajah yang betul-betul segar dan ringan. Tertawa sekejap pabila melihat refleksi muka di depan cermin. Bukan omong kosong, memang cerah sedikit rasanya. Paling penting, tekstur kulit bertambah halus, anjal dan sekata. Tengoklah perbezaan ni!

Sebelum pulang, Claire menghidangkan secangkir air dan biskut. Ada hadiah kecil di atas meja, kit sampel Dermalogica yang sesuai dengan jenis kulit saya. Pesan Claire, saya mesti kawal stres. Banyakkan minum air dan rajin sapu krim pelembap selalu.

Jam sudah menghampiri angka 5. Saya bergegas pulang dengan senyuman yang lebih yakin. Diam diam hati bertekad mahu lebih kerap beri perhatian pada kulit dan menjaganya sebelum terlewat. Mungkin mahu kembali lagi ke AsterSpring, tak puas pula kalau buat sekali dan harapkan magis kekal selamanya.

Jujur. Saya jatuh cinta dengan pusat kecantikan ini. Pada usia menginjak 30-an, saya fikir di sinilah satu-satunya tempat yang paling dipercayai untuk mengekalkan keremajaan.

Ini memang tempat terbaik untuk reward diri sendiri.

Yang pasti bukan saya seorang yang mesti ke AsterSpring, anda pun berhak memanjakan kulit wajah sebaik ini. Dan bukankah kita hanya diberi satu peluang untuk hidup bahagia, jadi mengapa sia-siakan anugerah kecantikan dari-Nya?

Fungsi Cahaya

Cahaya yang dipancar oleh bt-accent LED Light pada permukaan kulit akan menembusi lapisan kutikel, seterusnya ke dalam epidermis, dermis dan hipodermis. Warna yang berbeza pula memberikan hasil yang berbeza seperti di bawah.

(a) Cahaya Biru

  • Untuk kulit berminyak dan akne.
  • Mengurangkan jerawat akibat bakteria.
  • Meminimumkan kemerahan dan inflamasi.
  • Menggunakan EndoThermal Gelloid (Cooling) dengan perlindungan antioksidan bagi merawat akne dan mengawal pengeluaran minyak.

(b) Cahaya Ungu

  • Untuk kulit sensitif.
  • Membantu mempercepatkan proses penyembuhan dan merangsang pertumbuhan selular.
  • Menenangkan kulit sensitif, mengurangkan kemerahan dan iritasi kulit.
  • Menggunakan EndoThermal Gelloid (Cooling) untuk sensasi dingin.

(c) Cahaya Merah

  • Untuk masalah penuaan dan kulit kering.
  • Meningkatkan stimulasi, produksi kolagen dan pertumbuhan sel kulit baru.
  • Melancarkan peredaran darah dan oksigen bagi mengurangkan garis halus, kedutan serta kesan kerosakan matahari.
  • Menggunakan ExoThermal Gelloid (Warming) dengan faedah termal dan formula hangat sendiri untuk membantu mengaktifkan penetrasi cahaya.

**Semua catatan dan foto-foto rawatan adalah diambil berdasarkan pengalaman Penulis Nona sendiri. Tidak menggunakan beauty filterNorzalina Mohd Alias.

Share
Published by
Norzalina