Nama pelakon jelita, Almy Nadia yang juga isteri kepada aktor, Fizz Fairuz bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air.

Malah, sebelum ini namaya menjadi sebutan ramai berikutan ada yang terkejut melihat perubahan fizikal yang dialaminya hingga warganet mencadangkan agar dia melakukan pembedahan Bariatrik sebelum terlambat.

Ads

Lebih menarik lagi, ketika menjadi tetamu dalam sebuah program yang membincangkan berkenaan tabungan dan masa depan anak-anak. Almy berkongsikan tip bagaimana dia mendidik anak-anak untuk berjimat dan menabung.

Namun, lain pula yang menjadi sorotan dan perhatian netizen, apabila kulit wajah Almy kelihatan begitu mulus dan ‘glowing’, meskipun sudah menginjak usia 40 tahun.

Netizen Tertanya Apa ‘Rahsia’ Kulit Almy Begitu Glowing?

@bintangkecilmy Haa duit kena simpan jangan membazir #almynadia #Kids #Sspn #bintangkecil #foryou #fyp ♬ suara asli – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏

Perkara berkenaan tular dilaman Tik Tok apabila video berdurasi minit itu dimuatnaik menerusi akaun @bintangkecilmy, meski bertubuh gempal, namun ramai yang memuji bahawa Almy kelihatan comel dan pandai dia jaga kulit muka!

Malah, ramai yang memuji Almy dilihat yang tetap menjaga penampilan dan menitikberatkan penjagaan kulitnya sehingga kelihatan begitu sihat, sekaligus membuatkan netizen terpukau melihatnya.

Selain itu, ramai yang bertanyakan apakah ‘rahsia’ ataupun amalan yang dilakukan Almy hingga mempunyai kulit wajah yang begitu bersih, sihat berseri dan tampak remaja dari usianya.

Susulan itu NONA sempat menjengah ke ruangan komen dan mendapati rata-rata wargamaya mengagumi cara Almy menjaga kulit wajahnya. Bahkan, ada yang mendoakan agar urusannya sentiasa dipermudahkan.

Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan warganet yang berjaya mencuri perhatian NONA.

Ads

Terpesona Lihat ‘Kemulusan’ Kulit Datin ALMY NADIA, Tak Macam Mak ‘Anak Empat’ Di Ambang 40-an! Terpesona Lihat ‘Kemulusan’ Kulit Datin ALMY NADIA, Tak Macam Mak ‘Anak Empat’ Di Ambang 40-an! Terpesona Lihat ‘Kemulusan’ Kulit Datin ALMY NADIA, Tak Macam Mak ‘Anak Empat’ Di Ambang 40-an!

“Penah terserempak depan-depan masa dia baru beranak satu.. Memang cantik gila kulit dia. Flawless licin. Satu lagi cantik Erin Malik. Tapi Almy ni memang cantik kulit diam,” Tulis warganet.

“Comeynye… Glowing sugguh! Saya cemburu sangat,” kata netizen

Ads

“Glowingnya muka Almy😍,” ujar wargamaya.

Sekadar info, Almy telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga merupakan seorang aktor, Fizz Fairuz pada tahun 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.

Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses a  rtikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!

Sumber: Tik Tok Bintang Kecil

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI