Peminat fesyen Muslimah tentu sekali familiar melihat wajah Husna Mustaffa. Model jelita berusia 34 tahun ini seringkali menjadi wajah pilihan Galeri Ariani, Tudung People, SofeaRose, Ameera Zaini, Bawal House serta pelbagai lagi jenama tersohor di Malaysia.
Tidak mensia-siakan bakat yang ada, Husna juga bergiat aktif sebagai pelakon dan pernah membintangi beberapa drama popular. Antara yang sedang hangat ditayangkan sekarang adalah drama Mencari Kiblat Cinta bersama Syazuwan Hassan dan Shah Hazvee terbitan produksi Darling Ngasri.
Malah bermula hari ini, Husna bakal memulakan penggambaran drama bersiri 13 episod untuk TV Alhijrah. “Demi melancarkan urusan shooting drama, saya akan berehat sekejap daripada bidang peragaan. Urusan bisnes pula berjalan seperti biasa dan waktu pandemik ini kami beroperasi hanya dalam talian,” kata Husna yang turut bergelar usahawan Hanalluna.
Pemilik nama sebenar Sharifah Husna Syed Mustaffa ini juga merupakan anak jati Johor Bahru dan merupakan anak kedua daripada empat adik-beradik. “Adik-beradik saya semuanya perempuan tapi saya seorang saja yang terjun ke bidang seni. Yang lain semua kerja dalam bidang profesional.”
Ads
Meskipun terjun ke bidang lakonan agak lewat berbanding pelakon senior lain, Husna bertuah kerana laluan untuk memegang watak utama agak mudah baginya.
Tambahan pula, dia sudah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata iaitu Putera Adam Harith, 11 tahun, dan Puteri Adra Hana, 8 tahun.
“Tidak dinafikan kerjaya saya agak terkesan sewaktu pandemik. Banyak projek yang ditunda sebab kami tak dibenarkan bekerja ketika PKP. Tapi saya bersyukur masih boleh jana income dengan perniagaan pakaian secara dalam talian.
Ads
Husna disamping suami tercinta, Mazrul Effendy
Bahagia keluarga kecil Husna Mustaffa
Masa PKP dimanfaatkan bersama anak-anak
Tapi walaupun janggal mulanya dengan perubahan, dari seorang yang kuat bekerja tiba-tiba disuruh duduk di rumah, lama-kelamaan saya jadi suka dan selesa dapat meluangkan masa dengan keluarga. Saya dapat pantau pembelajaran anak-anak dan buat lebih banyak aktiviti bersama,” ujar Husna berterus-terang.
Ads
BUAL CANTIK
Tidak puas bertemu si cantik ini kalau tidak bertanyakan rahsia kecantikannya. Mujurlah banyak perkongsian Husna yang boleh kita praktikkan, umpamanya cara menguruskan badan dengan bermain badminton!
Mengakhiri pertemuan, Husna turut menyatakan harapan beliau dalam kerjaya. “Saya mahu capai tahap yang tinggi lagi. Seperti dalam bidang peragaan, alhamdulillah saya dah capai tahap yang diingini, dikenali sebagai seorang model Muslimah Malaysia.
Dalam bidang lakonan pula, saya target mahu dikenali sebagai seorang pelakon Malaysia yang berbakat. Itu pun sudah memadai bagi saya,” akhiri beliau.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan selebriti terkenal Indonesia, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar baru sahaja menyambut ulang tahun ke-2 puteri bongsu mereka, Azura Nur Atta dalam sebuah majlis sederhana bertemakan Frozen.
Majlis ulang tahun Azura Nur Atta dihiasi dengan dekorasi menawan yang dilatari rona biru muda, putih dan ungu mencipta suasana salju dalam dunia Elsa dan Anna dari filem Frozen.
Hiasan belon menambahkan lagi seri dekorasi dan menjadikan suasana semakin meriah.
Penampilan Comel Azura
Sementara penampilan puteri kecil Azura cukup comel dalam gaun biru berkilauan ala Elsa lengkap dengan skirt tutu.
Aurel Hermansyah pula tampil anggun mengenakan dress hitam bergambar Anna yang menambahkan lagi keunikan tema Frozen pada sambutan istimewa tersebut.
Kehadiran Krisdayanti & Ashanty Meriahkan Suasana
Krisdayanti dan Ashanty turut hadir menyaksikan cucu kesayangan mereka meniup lilin hari lahir. Kedua-dua nenek ini tampil bergaya dengan penampilan kasual yang sederhana namun tetap menawan.
Kehadiran mereka menambahkan suasana kekeluargaan yang hangat dan penuh kasih sayang.
Kod Pakaian Bertemakan Biru Lembut
Keluarga yang hadir turut mengenakan kod pakaian berwarna biru lembut (baby blue), selaras dengan tema sambutan ulang tahun Azura Nur Atta bertemakan Frozen.
Keseragaman warna pakaian menjadikan keseluruhan majlis tampak harmoni dan serasi dengan konsep Frozen yang magis.
Gaya Kasual Ashanty
Penampilannya dilengkapi dengan seluar denim potongan cutbray dan sandal wedges menambahkan gaya kasual yang santai namun tetap kemas dan bergaya.
Walaupun tampil sederhana, aura glamor Aurel Hermansyah tetap terserlah.
Sementara itu, Krisdayanti tampil anggun mengenakan blazer berwarna abu-abu yang dipadankan dengan inner tank top berwarna putih, menonjolkan gaya kasual yang tetap tampak elegan.
Krisdayanti melengkapkan gayanya itu dengan menyarungkan seluar denim labuh yang dipadankan dengan kasut tumit tinggi berwarna perak.
Gaya kedua-dua nenek jelita ini memberi sentuhan manis pada suasana majlis ulang tahun Azura Nur Atta.
Majlis sederhana ini membuktikan bahawa kebahagiaan keluarga bukan hanya tentang kemewahan tetapi juga kehangatan dan kasih sayang yang terjalin antara generasi dalam keluarga Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun pemakaian pelitup muka efektif untuk menghindari jangkitan COVID-19, namun ia didakwa boleh mengakibatkan masalah kulit khususnya di sekitar bibir. Bibir juga kelihatan kering apabila kita tidak menggunakan produk penjagaan bibir yang sesuai.
Bagi yang mengalami masalah bibir, boleh amalkan petua yang disyorkan oleh pakar dermatologi ini.
(1) Elakkan pakai pelitup muka selepas mekap
Pemakaian mekap seperti bedak asas, gincu dan pemerah pipi di sebalik pelitup muka boleh menyebabkan liang pori tersumbat sekaligus mencetuskan jerawat maskne.
(2) Sapu pelembap muka dan bibir
Sentiasa gunakan pelembap muka yang bersesuaian dengan jenis kulit dan juga pelembap bibir sebelum anda memakai pelitup muka.
(3) Buka pelitup muka empat jam sekali
Amalkan membuka pelitup muka setiap empat jam sekali selama 15 minit di tempat yang tidak sesak. Ini penting agar kulit dapat bernafas dengan baik.
TIP BIBIR RANUM
Skrub bibir 2 x seminggu untuk buang sel kulit mati.
Jangan jilat bibir agar kulit tak bertambah kering.
Gunakan balm bibir dengan kandungan shea butter, jojoba oil dan sunflower oil.
Kerap minum air.
Tanggalkan gincu sebelum tidur.
Gunakan gloss bibir.
PRODUK PILIHAN NONA
Fenty Beauty Gloss Bomb
Untuk bibir berkilau bak sentuhan kaca, oleskan Fenty Beauty Gloss Bomb edisi terhad sempena musim percutian ini. Didatangkan dalam empat warna baru, Cake Shake, Baby Brut, Taffy Tease dan Ruby Milk yang sesuai untuk semua warna kulit. Saiz mininya juga sesuai dijadikan hadiah buat wanita tersayang.
Milani Keep It Full Lip Plumper
Bayangkan mekap berkelas tinggi tanpa tag harga yang tinggi. Olesan Milani Lip Plumper ini bukan saja melembapkan bibir malah menjadikan ia lebih mungil dan ranum. Tidak hairanlah begitu ramai beauty guru dan influencer terkemuka cukup menggemarinya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selayaknya. Bebas kontroversi, seorang ibu tunggal yang hebat dan penuh inspirasi.
Pelakon jelita, Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar dianugerahkan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau.
Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini
Pada istiadat penganugerahan darjah dan pingat itu, Rita menjadi antara 60 penerima bersama dua lagi selebriti ternama iaitu Dr Mohd Zani @ Mohd Zohiri Mohd Nizariff dan Nur Fasha Sandha Hassan.
Berkat kecekalan membesarkan dua anak lelaki yang kini meniti usia remaja, dengan kudratnya selama 12 tahun bergelar ibu tunggal Rita berjaya mendidik anak-anak cemerlang dalam akademik.
28 Tahun Dalam Bidang Seni
Selain itu, bagi Rita pengiktirafan tersebut paling bermakna buat dirinya selama 28 tahun terlibat dalam industri seni tanah air khususnya lakonan, di samping khidmatnya dalam kebajikan dan kemasyarakatan.
Rita meluahkan kesyukuran dan terharu atas pengiktrafan tersebut.
Dia menganggap ia sebagai rezeki dan berterima kasih kepada Raja Perlis kerana mengurniakan penghormatan terbesar sepanjang 28 tahun dirinya dalam bidang seni.
Bagi Rita, rezeki itu bukan hanya untuk dirinya bahkan buat anak-anak dan mereka yang sentiasa memberi sokongan selama ini.
Suntikan Semangat
Penganugerahan itu bukan hanya memberi suntikan semangat buat Rita sendiri malah dia turut mengharapkan ia dapat mencetuskan inspirasi kepada insan-insan seni yang lain agar terus memberikan yang terbaik serta jujur dalam berkarya.
Rita turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Perlis dan Exco kerajaan negeri atas pengiktirafan tersebut.
Tahniah Rita Rudaini! Semoga terus menjadi contoh terbaik buat wanita-wanita di luar sana seterusnya melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.