MasyaAllah, cantik sungguh Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin. Gaya elegan dan keanggunan Baginda sentiasa menjadi perhatian rakyat.
Keperibadian Tengku Permaisuri Selangor yang penuh kelembutan dan sopan santun ditambah raut wajah jelita membuatkan sesiapa saja pasti akan menoleh banyak kali!
Seri Wajah Tengku Permaisuri Selangor
30 Disember lalu, DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin berkenan berangkat ke Majlis Cahaya Darul Ehsan Berselawat yang diadakan di Dewan Jenjarom, Seksyen 11, Shah Alam.
Keberangkatan tiba Baginda disambut oleh Yang Dipertua PEKAWANIS, Yang Amat Berbahagia Datin Seri Masdiana Muhamad.
Dalam majlis yang dikhususkan untuk muslimat sahaja itu, Baginda berkenan mendengar tausiyah yang disampaikan oleh pendakwah, Hubabah Ummu Salim Ben Hafidz, isteri kepada Al-Habib Umar Ben Hafidz.
Pada majlis itu, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin anggun mengenakan persalinan jubah indah rona hitam. Penampilan Baginda lebih menyerlah dengan padanan gaya hijab bawal rona pastel. Sekaligus menaikkan lagi seri wajah Baginda.
Tengku Permaisuri Hajah Norashikin tidak ketinggalan beramah mesra dengan tetamu Muslimat yang teruja bertemu dan ingin bersalaman dengan Baginda.
ANUSHKA SHARMA Buat Penampilan Debut Di Festival Filem Cannes, Anggun Dengan Persalinan Richard Quinn
Anushka Sharma, bintang Bollywood terkenal yang pernah berlakon di samping Shah Rukh Khan dalam filem Rab Ne Bana Di Jodi membuat penampilan kemunculan sulungnya di Festival Filem Cannes 2023 baru-baru ini bagi memenuhi jemputan meraikan wanita dalam industri perfileman.
Apa yang menarik perhatian adalah gaya Anushka yang anggun dan menawan menyarung persalinan off-shoulder berona putih dengan perincian kelopak bunga putih hasil kreativiti Richard Quinn.
Penampilan Anushka juga dilengkapi dengan gaya rambut yang disanggulkan serta solekan yang natural, di samping pemakaian aksesori dan dengan barang kemas yang minimalis, menyerlahkan kejelitaan pelakon berusia 35 tahun itu.
Anushka baru-baru ini berada di Festival Filem Cannes 2023 bagi meraikan pencapaian wanita dalam industri perfileman. Anushka juga turut disertai pelakon filem Titanic dan Avatar, Kate Winslet pada acara itu.
Anushka sebelum ini cukup terkenal menerusi beberapa buah filem ‘pecah-panggung’ di Bollywood, antaranya Ae Dil Hai Musykil, Sultan, Jab Harry Met Sejal dan banyak lagi!
Ini merupakan kali pertama Anushka hadir memeriahkan acara perfileman dan sinema Perancis itu selepas dia dan suaminya pemain kriket Virat Kohli bertemu dengan duta Perancis ke India Emmanuel Lenin di Kedutaan Perancis New Delhi baru-baru ini.
Anushka kali terakhir dilihat berlakon menerusi filem Qala. Dia muncul dalam peranan cameo khas. Pelakon itu seterusnya akan beraksi dalam filem biopik sukannya Chakda Xpress. Diarahkan oleh Prosit Roym ia berdasarkan kidupan bekas pemain kriket India Jhulan Goswami akan disiarkan secara eksklusif di Netflix.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Rupanya Makanan Tinggi Serat Rahsia Bantu Kekal LANGSING. Check List MAKANAN Yang Perlu Anda Nikmati!
Bertubuh langsing sememangnya menjadi dambaan semua wanita. Mempunyai berat badan ideal dengan ketinggian serta pemilihan makanan yang seimbang menjadi elemen utama penampilan menarik. Mana tidaknya, penampilan yang menawan pasti membuatkan si dia bertambah sayang terhadap anda. Namun persoalannya, bagaimana anda dapat mengekalkan berat ideal yang dimiliki?
Jawapannya adalah dengan menjaga pemakanan atau food intake seharian. Diet bukan untuk kelihatan cantik semata-mata malah ia bertujuan untuk membantu anda kekal sihat. Pemakanan yang tidak dikawal boleh menjejaskan sistem pencernaan tubuh seterusnya berat badan akan bertambah. Jadilah seorang yang selektif serta berhati-hati ketika memilih makanan. Amalkan sedikit panduan yang dipetik daripada Times of India berkenaan pilihan makanan yang perlu diambil dalam senarai diet anda.
SAYURAN
Tidak lengkap diet seseorang itu tanpa pengambilan sayur-sayuran. Anda boleh mengambil sayur-sayuran yang tinggi kandungan seratnya di samping Vitamin C dan K serta asid folik contohnya bayam, asparagus dan brokoli. Sayur-sayuran ini juga dapat membantu melindungi tubuh serta membekalkan empat jenis sumber mineral penting iaitu kalsium, magnesium, zat besi dan potasium.
BIJI GANDUM
Biji gandum mengandungi lebih banyak serat iaitu kira-kira 96% di samping nutrien penting dan vitamin. Anda disarankan untuk mengambil roti gandum, pasta gandum dan beras perang. Gandum mengandungi nutrien penting dan tidak menyebabkan peningkatan berat badan. Mulakan hari anda dengan bijirin gandum atau roti gandum yang dibakar.
KEKACANG
Menambah kekacang di dalam menu diet anda adalah pilihan yang tepat. Kekacang merupakan sumber protein, magnesium serta vitamin B dan E. Selain itu, kekacang sangat bermanfaat untuk melindungi tubuh daripada serangan penyakit jantung dan kanser. Kekacang juga bagus untuk kesihatan jantung. Anda mungkin boleh menikmati kekacang sebagai kudapan atau ditaburkan pada salad dan bijirin ketika sarapan.
YOGURT
Yogurt rendah lemak atau yogurt asli merupakan sumber vitamin, protein serta kalsium. Yogurt mengandungi bakteria sihat yang membantu melindungi tubuh daripada serangan penyakit. Makanlah yogurt sekurang-kurangnya empat cawan seminggu untuk diet anda. Jangan tambahkan gula. Sebaiknya pilihlah yogurt asli dan anda boleh menambahkan sedikit potongan buah-buahan segar atau sayur-sayuran ke dalamnya.
BUAH BERI
Anda perlu tahu bahawa buah beri juga penting untuk diet sihat kerana mengandungi serat di samping dapat membantu mengurangkan berat badan. Buah beri mengandungi antioksidan yang lebih protektif berbanding makanan-makanan lain. Antioksidan ini bukan hanya melindungi tubuh daripada penyakit berbahaya malah membantu mencegah lemah daya ingatan. Amalkan makan semangkuk buah beri segar atau beku setiap tiga kali seminggu.
SERAT
Selain membantu membuatkan anda rasa kenyang, serat juga menjadikan program diet anda lebih mudah dan membantu melindungi penyakit jantung dan kanser. Selain itu, serat juga menjaga fungsi saluran pencernaan agar kekal normal dan terhindar daripada masalah sembelit. Serat juga dikatakan dapat membantu mencegah kanser payudara. Sumber terbaik bagi serat ialah gandum, biji-bijian, buah-buahan serta sayur-sayuran yang dimakan bersama kulitnya, kekacang, tepung beras, tepung gandum, epal serta strawberi.
Bekas Pramugari, INTAN SARAFINA Tampil Awet Muda Usia 40an Dengan Senaman!
Sejak menceburi bidang seni hingga sekarang, tidak dinafikan Intan Sarafina seorang selebriti yang pandai menjaga penampilan. Susuk tubuh dari zaman anak dara sampai sekarang, maintain langsing! Kalau orang tak kenal, mesti ramai yang sangka dia anak dara.
Bercerita rahsia tubuh ramping yang diamalkan Intan, bekas pramugari yang juga ibu tiga anak lelaki ini mendedahkan rutin kegemarannya untuk kekal sihat.
“Selepas kelahiran anak ketiga, Intan cuba mengamalkan gaya hidup sihat. Intan nak sihat dengan cara bersukan secara aktif.
Antara sukan yang Intan sangat suka buat ialah running, HIIT workout dan indoor cycling.”
Bagi yang mengikuti perkembangan Intan di media sosial, mesti tahu betapa dia minat dengan sukan. Memang kuat stamina Intan!
Pernah ‘berehat’ seketika daripada melakukan larian atau senaman berat kerana mengalami kecederaan hingga dibedah, kini Intan kembali aktif dengan hobi berkenaan.
Tahun lalu, Intan mengikuti pelbagai larian termasuk Garmin Run Asia 2022. Menariknya dalam larian sejauh 10 kilometer itu, Intan berjaya tamatkan larian dalam masa hanya satu jam!
Walau ia bukan catatan masa terbaik baginya namun Intan gembira dapat menghabiskan acara biarpun berdepan pelbagai cabaran sebelum itu.
Diaju penjagaan kecantikan pula, bekas peserta Gegarvaganza 2016 ini tanpa berselindung memberitahu, “Intan tak ada amalkan petua tradisi pun. Tapi mungkin Intan rasa dengan workout, amalkan minum air secukupnya dan good skin care will help untuk menjadikan kulit lebih cantik dan tegang.”
Bakal mencecah usia 42 tahun pada Julai nanti, Intan sememangnya cantik dalam kelas tersendiri. Sebelum bergelar anak seni, Intan dilaporkan pernah berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan AirAsia pada awal tahun 2004/2005.
Sementara itu, ditanya adakah dia mungkin akan menceburi bidang perniagaan suatu hari nanti, Intan bagaimana pun tidak menolak perancangan tersebut.
“Ada, mungkin dalam bisnes berkaitan pakaian. Tapi masih belum ada kesempatan untuk berfikir secara serius. InshaAllah, kalau ada peluang nanti.”
Intan mendirikan rumah tangga dengan Iskandar Ezzahuddin pada tahun 2008 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga orang anak lelaki iaitu Megat Evan Raez, Megat Israfel Raez dan Megat Noah.