Kalau sudah namanya Dato' Siti Nurhaliza, pakai tudung apa pun cantik. Setuju?
Sebenarnya seni penggayaan hijab bukanlah kerana siapa pemakainya, tapi kesesuaian tudung dengan bentuk muka seseorang dan baju yang dikenakan.
Tak semua orang sesuai dengan gaya tudung bawal dan tak semua juga sesuai dengan gaya selendang @ shawl. Pada akhirnya ia berbalik pada karakter serta bentuk muka kita sendiri.
Cuma kebelakangan ini, Dato’ Siti Nurhaliza dengan auranya yang effortlessly beautiful
membuatkan sesiapa pun terpaku, lebih-lebih lagi apabila mengenakan tudung empat segi.Teringat kenangan waktu penggambaran cover depan Nona dengan Dato' Siti Nurhaliza, seronok kami berbual kerana beliau tetap Siti yang sama dengan kelembutan dan kerendahan hati yang serupa.
Membuka mukadimah bicara, sebagai seorang wanita, Dato’ Siti sebenarnya sangat gembira melihatkan perkembangan Muslimah hari ini yang lebih bijak berfesyen serta yakin mengenakan hijab.
“Saya turut bangga kerana hijab mampu mendorong segelintir artis yang tidak berhijab untuk memulakan perniagaan hijab. Ia adalah permulaan sesuatu yang positif dan membanggakan.
Tapi secara peribadi, saya menggemari semua koleksi Ariani, tidak kiralah helaian square printed, shawl mahupun instant yang selalu dipakai ke pelbagai acara,” ceritanya dalam nada teruja.
BISNES KEMBALI RANCAK
Kisah perkembangan butik Creacion by Siti Nurhaliza di bangunan Jakel Mall seterusnya membuka lembaran kisah peluang perniagaan yang lebih kukuh dan mantap.
Berbekalkan saiz butik yang semakin membesar, himpunan koleksi ready to wear beliau juga semakin banyak dan cukup menarik.
Satu lagi kelebihan Creacion adalah harganya yang mampu milik. Peminat saya boleh mendapatkan koleksi ini, sama ada yang premium atau mass market untuk digayakan pada hari raya nanti,” kongsi Dato’ Siti tentang perniagaan butiknya yang kini terdapat di Jakel Mall, di Senawang dan Shah Alam.
Ekspektasi perniagaan Dato’ Siti… “Sebolehnya saya mahu mengangkat Creacion sebagai sebuah perniagaan francais dan melahirkan lebih ramai usahawan wanita.
Manakala tentang perniagaan SimplySIti, buat masa ini saya banyak tumpukan pada pasaran media sosial selain giat mempromosikannya di pelbagai tempat, seperti di Kelantan baru-baru ini,” ujar beliau dengan ramah.
This website uses cookies.