Pelakon Zara Zya mengakui dia ada mendapatkan khidmat melakukan prosedur kecantikan di bahagian muka dan bibir untuk tampil kelihatan awet muda.
Menurut Zara atau nama sebenar, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, dia mengambil inisiatif tersebut kerana ingin menghilangkan kedutan di wajah yang semakin ketara seiring peningkatan usia.
Tak Ubah Bentuk Dan Struktur Asal Muka, Hanya Suntikan Vitamin Sahaja
Malah, Zara turut menepis dakwaan dia cuba untuk mengubah bentuk muka, sebaliknya apa yang dilakukannya itu hanyalah suntikan vitamin semata-mata.
“Apa yang saya buat itu bukanlah untuk ubah bentuk muka. Ia (suntikan) lebih kepada vitamin untuk nampak lebih muda, hilangkan kedutan-kedutan yang ada.
Ads
“Sama seperti bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi suntikan ini memberikan kesan tegang.
“Apabila tegang, bibir akan menjadi lebih mungil dan berwarna kemerah-merahan,” katanya memetik video yang dikongsikan menerusi TikTok Melodi.
Kita sudah sampai ke penghujung tahun dan sebagai wanita yang mementingkan kecantikan pasti sudah tahu apa yang perlu dicapai sepanjang tahun lalu. Terus mengorak langkah pada tahun hadapan di samping mengekalkan kecantikan yang sedia ada.
Sudah tiada kemusykilan lagi tentang inti pati produk dan mahir tentang keperluan diri sendiri. Ayuh ayunkan langkah mengecap kulit sihat dan bersih sempurna pada tahun yang mendatang!
(1) ERBORIAN HOLIDAY GIFTING
Hujung tahun pasti meriah dengan acara bertukar hadiah. Erborian telah mengeluarkan produk yang istimewa buat Disember ini. Mahu kelihatan menarik sepanjang hari hingga ke malam boleh menggunakan magis daripada Party Perfection Pair.
Kombinasi CC Crème yang menyerlahkan kulit wajah dan Pink Perfect Crème membuat penampilan kelihatan hebat dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Pasti kelibat anda mencuri tumpuan setiap mata yang memandang.
(2) PINK BAUBLE SET
L’occitane menyediakan solusi bagi yang masih tercari-cari hadiah untuk diberikan kepada yang tersayang hujung tahun ini. Rangkaian produk penjagaan diri ini mengambil inisiatif agar setiap orang melebarkan kasih sayang dan hidup dengan harmoni tersayang insan yang terdekat.
Salah satu opsyen menjadi pilihan adalah Pink Bauble Set. Mengandungi item yang wajib ada seperti Aromachologie Pillow Mist Relax! yang merupakan pilihan tepat sepanjang cuti hujung tahun. Koleksi ini turut mengandungi essential oil of lavender, bergamot, mandarin sweet orange and geranium untuk sensasi kulit yang diidamkan setiap wanita.
(3) STRIKING NIGHTS EYE PALETTE
Produk yang wajib dimiliki oleh setiap wanita pada hujung ini sudah pasti pembayang mata daripada rangkaian kosmetik antarabangsa Givenchy. Striking Nights Eye Palette yang mudah disapu dan ringan bersama tekstur berkrim membuat sapuan lebih tahan lama.
Bentuk bintang yang terukir di dalam palet menjanjikan sensasi yang luar biasa dengan pilihan warna yang menggoda. Menghasilkan kesan natural refleksi rona merah samar dan biru yang sentiasa menjadi pilihan gadis lincah. Lebih istimewa boleh juga disapu di atas tulang pipi untuk menyerlahkan solekan.
(4) SNOW BALL MINI LIP GLOSS KIT
Siapakah yang tidak jatuh hati melihat himpunan rona pengilat bibir yang indah dan disertakan bersama kilauan keemasan beg kecil atau mini pouch? Rangkaian kosmetik terkenal MAC telah menyediakan bingkisan istimewa buat semua wanita yang gemar bergaya.
Pilihan ini boleh dipakai sendiri atau dihadiahkan kepada yang tersayang. Koleksi Snow Ball Mini Lip Gloss Kit ini menjadi pilihan mereka yang gemarkan rona lembut dan terang. Mengandungi Be a Little Naughty Cremesheen Glass, Holiday Darling Cremesheen Glass dan Go For Pretty Vamplify.
(5) SK-II RADIANT AURA SET
Istimewa hujung tahun ini SK-II telah mengeluarkan botol edisi terhad yang terbaru SK-II Facial Treatment Essence demi meraikan wanita yang memilih untuk menentukan nasib mereka sendiri.
Facial Treatment Essence ini mempunyai ciri-ciri dramatik dengan tiga mantera Change Destiny yang unik, ‘Jadilah individu yang anda inginkan’, ‘Perubahan adalah di dalam diri setiap individu’ dan ‘Perubahan terletak di tangan anda’ yang terukir di setiap botol.
SK-II Radiant Aura Set mengandungi SK-II Facial Treatment Essence, SK-II GenOptics Aura Essence, SK-II Cellumination Mask in Lotion 100ml, SK-II Cellumination Deep Surge Ex, dan SK-II Whitening Source Derm-Revival Mask.
(6) BETADINE® DAILY FEMININE WASH
Kebersihan bahagian intim sangat penting mengelakkan jangkitan kulat yang boleh menyebabkan kegatalan. Bakteria baik, yang dikenali sebagai Lactobacillus memainkan peranan penting melindungi persekitaran mikro bahagian intim dan mengekalkan keseimbangan pH yang optimum.
Prebiotik memainkan peranan yang penting untuk memastikan mikroorganisma yang bermanfaat ini mencapai tahap populasi yang sihat. Betadine® Tri-Care Daily Feminine Wash Foam menggabungkan warisan Betadine® dengan manfaat prebiotik bagi memberikan perlindungan harian dan mengekalkan keseimbangan pH intim flora anda. Mengandungi bahan semula jadi seperti Immortelle, Deoplex dan Syricalm.
(7) BECCA EYELIGHTS PALETTE
Solekan mata pasti menguja setiap wanita yang mahu tampil dan bergaya. Hujung tahun sudah tentu banyak menerima undangan tidak kira majlis makan malam atau majlis perkahwinan.
Pembayang mata ikonik Becca, Eyelights Palette telah memperkenalkan 7 rona pilihan wanita masa kini iaitu Pearl, Rose Quartz, Moonstone, Opal dan Topaz. Melalui kemasan satin-matte dan high-shine membuat anda kelihatan lebih cantik daripada biasa.
(8) TREASURE BOX COLLECTOR’S SET
Kegembiraan melihat orang tersayang teruja menerima bingkisan yang dihulur sukar diungkap dengan kata-kata. Apa kata hulurkan Treasure Box Collector’s Set daripada rangkaian kosmetik Tarte ini kepada yang tersayang.
Diadunkan sempurna pembayang mata paling laris, pengalit mata, maskara, pemerah pipi dan lipstik yang terbaharu. Koleksi edisi terhad ini sangat istimewa didatangkan untuk menaikkan seri dan dalam masa yang sama melindungi kulit melalui bahan istimewanya Amazonian Clay.
(9) SOFTENING CLEANSING FOAM
Setiap wanita pasti tercari-cari buih pembersih dan boleh menanggalkan solekan dan menyingkirkan kotoran dengan efektif. Berita baik buat semua wanita apabila Cle De Peau Beaute telah memperkenalkan Softening Cleansing Foam yang mempunyai kuasa diidamkan oleh wanita terhadap buih pembersih.
Mempunyai tekstur yang mewah dan lembut berupaya membersihkan kulit wajah daripada sebarang kotoran dan sisa solekan dengan berkesan sambil menyeimbangkan pengeluaran minyak semula jadi bawah kulit.
(10) 24/7 TROUBLEMAKER MASCARA AND EYE PENCIL DUO
Raikan kegembiraan hujung tahun setelah mencapai azam yang direncanakan sepanjang tahun 2017 dengan koleksi daripada Urban Decay, 24/7 Troublemaker Mascara and Eye Pencil Duo. Mulai solekan dengan duo ini yang menjanjikan solekan lebih seksi dan meyakinkan dengan rona hitam pekat memikat. Mascara yang mampu membuat bulu mata lebih panjang dan tebal ini bakal menyerlahkan solekan mata anda yang sudah sedia cantik.
(11) ARGAN EXTRAORDINARY WATER
Penuaan memang proses yang tidak boleh ditahan namun terdapat produk yang boleh menghalang penuaan. Magis Argan Extraordinary Water, koleksi Melvita ini berupaya menyamarkan garis-garis halus yang tersembunyi atas kulit wajah dan menyingkirkan kedutan dengan pantas. Melalui teknologi terkini makmal Melvita setiap wanita pasti kelihatan lebih muda daripada usia yang sebenar dan sesuai dengan kulit wanita Asia. Wajah lebih sempurna melambangkan kecantikan wanita yang unggul. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasti ramai golongan wanita khususnya kaum ibu kagum dengan cara Yasmin Hani Ismail Richardson jaga penampilan diri. Mana tidaknya, bintang filem Cicak Man ini mampu mengekalkan susuk tubuh langsing bak anak dara.
Meskipun hakikatnya dia sudah pun bergelar ibu kepada dua orang anak. Malah wajah awet muda aktres jelita ini sentiasa menjadi perhatian peminat.
Meniti usia 44 tahun, Yasmin Hani dikenali ramai sebagai pelakon, hos dan personaliti televisyen.
Kepetahannya setiap kali mengendalikan program menjadi tarikan dan bersandarkan bakat serta pakej yang dimiliki tidak hairanlah Yasmin mampu berada dalam industri hingga ke hari ini.
Selain minat berlakon dan mengacara, kecintaan Yasmin terhadap gaya hidup sihat seperti bersenam turut mendorong minat followers setia untuk mengamalkan rutin sihat.
Kebanyakan perkongsian jelitawan ini di media sosial berkisarkan tentang senaman. Tak hairanlah pada usia menghampiri 50 tahun, Yasmin kelihatan sihat bertenaga dan cantik semula jadi.
Nak nampak sihat dan cantik kenalah rajin macam Yasmin Hani. Dalam masa sama, jaga diet harian dan pemakanan seimbang.
Kisah rumah tangga Yasmin menjadi bualan hangat pada hujung tahun lalu apabila dia sah bercerai dengan suami yang juga anggota kumpulan Black Rose, Sha’arin Razali Wong pada tahun 2021 selepas berkahwin selama 10 tahun.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Noah Ismail Wong dan Eissa Elzander Wong.
Noah dikatakan lebih mirip wajah ibunya, Yasmin. Sementara Eissa pula mewarisi ketampanan bapa tersayang, Sha’arin.
Diam tak diam, bekas pembaca berita popular tahun 90-an, Hajjah Azura Abdul Karim menerima kehadiran seorang menantu perempuan dalam keluarganya baru-baru ini.
Alhamdulillah🤲. Welcoming my daughter in law Nur Fatinah Al Nassir Ahmad Fauzi to the family❤. Congrats Nadiem and Fatt.
Melalui perkongsian di Instagram miliknya, anak ketiga Azura Karim, Syanadiem selamat melangsungkan pernikahan dengan gadis pilihan hatinya, Nur Fatinah Al Nassir Ahmad Fauzi pada 1 Julai 2023 yang lalu.
Majlis pernikahan tersebut telah berlangsung di Putra Glass House yang dihadiri kaum keluarga terdekat kedua belah pihak. Rona putih menjadi pilihan pasangan ini sempena majlis pernikahan tersebut.
Meskipun sudah bersara dari karier sebagai penyampai berita, Hajjah Azura lebih selesa memberi tumpuan terhadap keluarganya di samping turut mengusahakan bisnes miliknya iaitu decoupage gifts @decopatchtiffin by Azura Abdul Karim.
Pada usia 53 tahun, penampilan Azura Karim tetap anggun dan jelita meskipun sudah meninggalkan dunia pengacaraan dan televisyen yang glamor. Wajah keibuan jelas terpancar di wajahnya saat menerima kehadiran anggota baharu dalam keluarganya itu.
Pasangan juruterbang dan bekas pembaca berita popular tahun 90-an ini dikurniakan lima orang cahaya mata dan masing-masing mempunyai kerjaya dan bakat tersendiri.
Selamat pengantin baharu buat pasangan mempelai dan semoga menjadi kebahagiaan dan kebanggaan kedua ayahanda dan bonda, InsyaAllah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.