Tersentuhnya! Perbezaan Agama Tak Halang ADAM CORRIE LEE Buat Baik Dengan Ibu

Tersentuh rasanya apabila melihat kemesraan Corrie Lee atau nama Islamnya Adam Corrie Lee bersama ibunya dalam sebuah video yang dimuat naik beliau di laman instagram miliknya.

Dalam video tersebut, Adam Corrie membawa anaknya Adam Fateh Lee yang baru berusia sebulan bertemu dengan ibunya yang berbangsa Cina Hokkien. Sesungguhnya, agama bukan penghalang untuk kita mengeratkan silaturahim.

“Adam Fateh Lee jumpa amaa (nenek). Amma pun seronok dapat jumpa cucu dia”, tulis Adam Corrie.

Tiada apa yang dapat memisahkan hubungan ibu dan anak. Walaupun mempunyai agama yang berbeza, tetapi kebajikan mereka sebagai orang tua kita harus dijaga dengan sebaiknya.

Lagipun untung ada keluarga yang berlainan bangsa ni. Boleh lah anak-anak belajar cakap bahasa-bahasa lain.

Adam Corrie, 50 mula memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 40 pada 2008. Setelah 10 tahun ‘berbulan madu’ , akhirnya pada Julai 2018 mereka dikurniakan cahaya mata.

Selain Adam Corrie, ahli keluarganya yang lain memeluk Islam ialah adik lelakinya, Shahrizah Husain (Shah). Shah dan Adam sebelum ini pernah terpisah selama 36 tahun sebelum bertemu semula sekitar 10 tahun lalu selepas Shah dibesarkan oleh keluarga muslim dan membesar sebagai muslim.

Tak sangka, pelakon yang dahulunya sering membawakan watak jahat dan gangster kini merupakan seorang muslim yang hebat. Nona doakan semoga Adam Corrie akan terus beristiqamah dalam hidup sebagai muslim yang sejati.

Share
Published by
Elly Jalil