
Menjadi satu cabaran bagi ibu-ibu di luar sana untuk memastikan pakaian dan sekolah anak-anak sentiasa putih dan bersih daripada sebarang kotoran.Tak sakit mata memandang dan anak-anak pun selesa belajar kalau pakaian bersih.
Mencuci baju sekolah berwarna putih dan memutihkan kasut merupakan satu nightmare juga kepada ibu di luar sana. Lagi-lagi kalau tiba part nak basuh kasut sekolah anak yang asalnya warna putih, tapi dua tiga hari pakai dah macam kena celup dalam lumpur.
Namun, petang tadi Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut hitam bagi semua murid sekolah akan bermula tahun hadapan.
“Ramai ibu bapa mengadu dan meminta supaya anak-anak mereka tidak memakai kasut putih. Baiklah, mulai tahun depan, murid-murid akan memakai kasut hitam, bukan kasut putih lagi,” katanya dalam sesi Bicara Minda Sihar Harian hari ini.
Jadi, tak perlu lagi para ibu di luar sana penat berus bersungguh-sungguh bersihkan kasut sekolah anak-anak.
sumber: Astro Awani
Padam Gambar Lama, JULIA FARHANA Kini Tampil Bertudung Peminat Doakan Terus Istiqamah

Pelakon jelita Julia Farhana dilihat sudah memadamkan gambar-gambar lama di akaun Instagramnya, memberikan petunjuk yang dirinya sudah tampil bertudung.
Menurut laporan Kosmo, isteri kepada Dr Che Hafiz ini juga turut menulis “Disclaimer : Rakaman ini dibuat sebelum Ju (Julia) bertudung” seperti mengesahkan penampilannya kini yang sudah berhijab apabila memuat naik hantaran terkininya dalam Instagram.
Aktres berusia 29 itu juga dilhat sudah memadam gambar-gambar lama sebelum dia tampil bertudung, selain hanya meninggalkan gambar yang tidak menampakkan rambut. Selepas sebulan mendirikan rumahtangga, sebelum ini Julia pernah memaklumkan belum sedia bertudung, namun meminta orang ramai untuk terus mendoakannya.
Untuk rekap, pelakon Coast Guard Malaysia mengumumkan pernikahan mereka pada 14 Disember tahun lalu selepas dua minggu mereka disatukan.
Malah di ruangan Instagramnya pula, ramai peminat serta rakan-rakan artis yang meninggalkan komen, memuji kecantikkan Julia berhijab malah ada yang mendoakan agar Julia Farhana kekal istiqamah. NONA mendoakan semoga yang baik-baik saja buat Julia.
Bijak, Kaya & Ternama Tapi 4 Pemimpin Dunia Ini Belum Dikurniakan Zuriat!

Kesemua mereka memiliki apa yang diimpikan ramai orang. Populariti, kebijaksanaan, kaya dan ternama. Namun di sebalik kelebihan itu para pemimpin tertinggi dunia ini turut tidak terlepas diuji dengan ketiadaan zuriat. Meskipun sudah mencuba bertahun lamanya tetapi rezeki masih belum memihak kepada mereka untuk menimang cahaya mata sendiri. Apa yang pasti, masalah ketidaksuburan boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira pangkat, warna kulit mahupun bangsa.
Pun begitu, ada dalam kalangan pasangan suami isteri yang memilih untuk tidak memiliki zuriat dengan alasan tersendiri. Dek kerana masalah kesuburan dan pilihan untuk tidak mempunyai anak… dunia hari ini menyaksikan penurunan kadar kelahiran yang ketara berbanding generasi sebelum ini terutamanya di negara-negara maju seperti Eropah.
Salah seorang pemimpin dunia yang masih belum dikurniakan zuriat ialah bekas Perdana Menteri United Kingdom, Theresa May. Berkhidmat dari 13 Julai 2016 hingga 24 Julai 2019, Theresa yang berkahwin dengan suaminya iaitu Philip May selama empat dekad tetap hidup berdua hingga ke saat ini. Bahkan, Theresa pernah beberapa kali membincangkan mengenai hal tersebut kepada umum.
Menerusi satu wawancara radio ‘Leading Britain’s Conversation’, beliau diaju pertanyaan kerana ketiadaan anak. Tanpa berselindung, Theresa menyatakan ia adalah satu perkara yang menyedihkan. Tambahnya, beliau dan suami telah berusaha untuk mendapatkan anak dengan pelbagai cara tetapi nasib masih belum menyebelahi mereka.
Satu lagi pemimpin tertinggi wanita dunia yang mengalami nasib serupa ialah Canselor Jerman, Angela Merkel. Menyandang jawatan tersebut sejak tahun 2005, Merkel dikhabarkan tidak pernah mempunyai zuriat sendiri.
Bagaimanapun beliau mempunyai dua orang anak tiri hasil perkahwinan dengan suaminya, Joachim Sauer pada tahun 1998. Suami Merkel merupakan seorang ahli kimia dan profesor fizik di Berlin.
Angela Merkel yang berusia 65 tahun dijangka bakal menamatkan perkhidmatan sebagai Canselor Jerman pada tahun 2021.
Begitu juga bagi Menteri Pertama Scotland, Nicola Ferguson Sturgeon yang juga merupakan Ketua Parti Kebangsaan Scotland. Beliau ialah wanita pertama yang memegang kedua-dua jawatan penting berkenaan.
Sturgeon berkahwin dengan suaminya, Peter Murrel sejak 2010 namun belum mempunyai anak. Pasangan suami isteri ini dikatakan telah berusaha untuk mendapatkan zuriat tetapi
malangnya beliau keguguran kira-kira 9 tahun yang lalu. Waktu itu Sturgeon berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pertama.
Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe juga masih belum dikurniakan zuriat hingga kini. Pernah menjadi Perdana Menteri Jepun buat pertama kali pada tahun 2006 hingga 2007, Abe sekali lagi memimpin negara Matahari Terbit itu sejak tahun 2012 lalu sampai sekarang.
Ia sekaligus menyaksikan beliau sebagai Perdana Menteri kedua paling lama memegang jawatan dalam sejarah Jepun.
Abe mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Akie Abe atau nama sebenarnya Akie Matsuzaki pada tahun 1987. Seperti Theresa May, Akie Abe juga mendedahkan beliau dan suami bergelut untuk menimang cahaya mata sebelum ini.
Hakikatnya, ramai di antara pemimpin tertinggi dunia yang masih belum dikurniakan zuriat meskipun sudah mendirikan rumah tangga bertahun-tahun lamanya. Ini termasuk Perdana Menteri Perancis, Emmanuel Macron; Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dan ramai lagi. Semoga tahun baru 2020 impian mereka untuk menjadi ibu dan ayah akan jadi kenyataan.

Sumber: Iluminasi
Perangai Apakah Ini? Sanggup Buat GANGGUAN SEKSUAL Di Belakang Rumah Orang! Ketahui Hak Anda Wahai Wanita

Masyarakat makin sakit! Selepas insiden bapa kandung liwat anak perempuan selama berbelas tahun, kejadian sumbang mahram yang makin menjadi-jadi selain kegiatan tidak bermoral anak-anak muda hingga berlanjutan ke kes pembuangan bayi, kali ini muncul pula video viral kelakuan lucah seorang lelaki tidak dikenali di belakang rumah kawasan kejiranan.
Bukan saja berani bertindak demikian ketika waktu siang, malah individu terbabit juga seolah-olah tidak gentar menunjukkan kemaluan meskipun mengetahui ia adalah kawasan perumahan yang dihuni ramai orang. Kalau ada wanita yang terserempak dengan orang macam ini di tempat terpencil, tidak tahulah apa yang akan berlaku. Memang menakutkan!
Berdasarkan rakaman video berdurasi 12 saat tersebut, pengguna akaun Facebook Nana’s kejadian tersebut berlaku di Taman Klang Utama pada pukul 2.20 petang. Walaupun telah berkali-kali diusir beredar namun si pelaku masih meneruskan ‘niat’ sehinggalah wanita terbabit mengugut untuk menelefon polis.
“Tengok liar tingkap ada seorang lelaki tengah menghadap kat celah tingkap. Lepas dia nampak saya perasan dia, dia terus ke rumah sebelah sambil tutup zip seluar lepas tu hilang sekejap. Saya anggap dia kencing jelah. Tak lama lepas tu, saya nampak dia lalu lagi belakang rumah saya.
Time tu saya beranikan diri buka pintu, tapi grill masih bermangga dengan niat nak hamun dia. Buka je pintu, ya Allah saya nampak dia buat benda tak senonoh kat belakang rumah saya. Saya halau dia lepas tu ugut panggil polis baru dia berambus. Seramnya sampai sekarang tak hilang. Menggigil kejap tangan. Lepas ni suri rumah kena berhati-hati. Orang sekarang bukan kira siapa kita janji dia puas hati.”
INI TINDAKAN PANTAS ANDA JIKA BERLAKU GANGGUAN SEDEMIKIAN
Jenis-jenis gangguan seksual terbahagi kepada tiga iaitu bukan lisan, fizikal dan lisan. Jika anda mengalami situasi seperti ini yang mendorong kepada tiga jenis gangguan seksual tersebut sama ada di rumah atau pejabat, ini antara tindakan yang patut diambil.
- Beritahu pelaku yang kelakuannya adalah salah dan tidak diinginkan serta mahu ia dihentikan. Mengatakan dengan tegas agar pelaku tahu bahawa anda serius!
- Jika masih berterusan, cakap denagn seseorang dalam rumah atau organisasi anda yang dapat membantu. Misalnya, suami, abang, bapa atau jika berlaku di pejabat, segera hubungi Jabatan Sumber Manusia atau yang berkenaan.
- Rekod butiran bila, di mana dan bagaimana kejadian berlaku. Sekiranya ada di kalangan jiran atau rakan sepejabat pernah mengalami perkara serupa, minta mereka menyimpan rekod. Ini boleh membantu mewujudkan kes terhadap pesalah.
- Masih tiada tindakan? Laporkan saja kepada pihak polis. Ia boleh menjadi medium berkesan untuk menghentikan perkara ini. Sekurang-kurangnya polis akan membuat siasatan di kawasan terlibat dan mempunyai rekod tentang si pelaku. Meskipun anda tidak mengenalinya tapi ada rakaman video, gambar atau seumpamanya untuk dijadikan bukti.
Jika disabitkan bersalah, pelaku akan dikenakan hukuman di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan bahawa:
Sesiapa yang berniat untuk menjatuhkan maruah mana-mana wanita menggunakan perkataan lucah, membuat sebarang bunyi atau isyarat atay mempamerkan apa-apa objek yang berhasrat perkataan atau bunyi itu didengar, atau isyarat atau objek itu hendaklah dilihat oleh wanita itu, hendaklah dihukum penjara tidak melebihi lima tahun atau denda, atau dengan kedua-duanya.
Dengan perkongsian ini diharapkan agar semua wanita dari segenap peringkat umur lebih berwaspada dengan keadaan sekeliling. Elakkan juga melalui kawasan sunyi dan terpencil serta menjauhi individu berkelakuan pelik yang berpotensi mencederakan anda! SUZIANA ABU DAUD
Sumber: Fb (Nana’s) & Women’s Centre for Change (WCC)