Tahniah buat pasangan mempelai, Nur Syafiqah Muhammed Azlie dan Amirul Amri Badlishah yang selamat melangsungkan perkahwinan baru-baru ini. Ternyata resepsi mewah dan serba eksklusif pasangan suami isteri bukan hanya menjadi bualan ramai. Malah warga maya terpegun dengan kejelitaan wajah pengantin perempuan.
Difahamkan Syafiqah ialah lulusan Universiti Teknologi Malaysia dan kini bertugas sebagai juruukur bahan. Anak sulung kepada Datin Fazleen Mat Taha ini juga berusia 24 tahun.
Manakala suami tercinta, Amri berumur 29 tahun merupakan pengedar kereta import di Cahaya Bumi Sdn Bhd dan mendapat pendidikan di Scotland, United Kingdom. Amri juga anak sulung kepada pasangan Aniza Adnan dan Badlishah Borhan. Ibunya pernah mengusahakan bisnes kecantikan dikenali sebagai Kosmetik Sri Mawar.
Majlis pernikahan pasangan ini diadakan pada 18 Januari lalu di Boathouse, Ampang yang menyaksikan Syafiqah menerima mas kahwin RM1,000 dan wang hantaran berjumlah RM88,000. Dia dinikahkan oleh bapa kandungnya, Muhammed Azlie dan menerima lima dulang hantaran daripada pihak lelaki berbalas tujuh dulang.
Istimewanya, sentuhan jurumekap Thailand iaitu Natpakorn Hansri berjaya menyerlahkan seri wajah Syafiqah yang sememangnya memiliki rupa paras menawan. Kedua-dua pengantin tampil sedondon dalam busana nikah rona putih. Persalinan eksklusif Rizalman Haute Couture menyerlahkan lagi penampilan Syafiqah.
Ads
Sementara itu, majlis resepsi gilang-gemilang Syafiqah dan Amri diadakan pada 19 Januari di Majestic Hotel Kuala Lumpur. Untuk majlis tersebut, pengantin perempuan ditatarias jurusolek ternama, Razzi Musa dan mengenakan persalinan Rizalman Haute Couture.
Majlis nikah dan persandingan mereka diuruskan oleh Weddings by Emma.
Syafiqah turut mengulas konsep majlis resepsinya, “Konsep resepsi saya bertemakan ‘celestial wedding’ atau ‘starry wedding’ dengan gabungan tema galaksi gelap yang elegan. Ia berkonsepkan bulan dan bintang, melambangkan keindahan dan keabadian cinta.
Selain keindahan langit malam, tema ini juga diinspirasikan oleh warna kegemaran Amri iaitu biru yang sangat sesuai dengan suasana magis dan mewah tema ini.”
Ads
Seramai 700 tetamu menghadiri majlis berkenaan dan lebih meriah hadirin dimeriahkan dengan persembahan memukau Amy Search.
Detik Perkenalan Syafiqah & Amri
Bercerita detik perkenalan, tanpa berselindung Syafiqah membuka cerita. “Pada tahun 2023, segalanya bermula apabila ibu bapa kami yang sudah lama mengenali antara satu sama lain semakin rapat selepas ibu saya dan ibu Amri mula bersenam bersama.
Suatu hari, ibu saya menjemput ibu Amri serta keluarga mereka ke rumah kami. Lucunya, Amri tiada pada waktu itu, jadi kami tidak berjumpa. Namun, takdir punya cerita.
Ads
Beberapa minggu selepas itu, Amri secara tiba-tiba mengikuti saya di Instagram, dan dari situlah bermula segala-galanya! Kami bercinta selama setahun sahaja dan terus merancang untuk bertunang pada bulan Jun 2024 dan berkahwin pada 18 Januari 2025. Kami percaya bahawa apabila niat kita baik, segala-galanya akan berjalan dengan lancar dan dipermudah insyaAllah.”
Tambahnya lagi, Syafiqah terpikat dengan keperibadian suami tercinta. “Suami saya sangat istimewa kerana dia seorang yang lembut dan penyabar. Sifat-sifatnya yang tenang dan penuh kasih sayang membuatkan saya rasa dihargai dan selesa di sisi beliau. Dia sentiasa memberi sokongan dan sangat memahami saya.”
Pelakon Zara Zya mengakui dia ada mendapatkan khidmat melakukan prosedur kecantikan di bahagian muka dan bibir untuk tampil kelihatan awet muda.
Menurut Zara atau nama sebenar, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 38, dia mengambil inisiatif tersebut kerana ingin menghilangkan kedutan di wajah yang semakin ketara seiring peningkatan usia.
Tak Ubah Bentuk Dan Struktur Asal Muka, Hanya Suntikan Vitamin Sahaja
Malah, Zara turut menepis dakwaan dia cuba untuk mengubah bentuk muka, sebaliknya apa yang dilakukannya itu hanyalah suntikan vitamin semata-mata.
“Apa yang saya buat itu bukanlah untuk ubah bentuk muka. Ia (suntikan) lebih kepada vitamin untuk nampak lebih muda, hilangkan kedutan-kedutan yang ada.
“Sama seperti bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi suntikan ini memberikan kesan tegang.
“Apabila tegang, bibir akan menjadi lebih mungil dan berwarna kemerah-merahan,” katanya memetik video yang dikongsikan menerusi TikTok Melodi.
Suka dengan cara Jennifer Aniston menghadapi pertanyaan para media apabila berbicara tentang umur. Meskipun menyedari usianya yang sudah mencecah separuh abad, selebriti kesayangan Hollywood ini tidak pernah menganggap ia satu masalah. Bahkan, dia bersikap realistik dan menyerlahkan kecantikan dengan cara tersendiri.
Saat kebanyakan bintang wanita Hollywood lain menjadikan pembedahan sebagai ‘teman setia’ apabila usia mencecah 50 tahun… Jennifer bagaimana pun lebih selesa dengan pendekatan cantik semula jadi. Sejujurnya, dengan bentuk fizikal dan rupa paras yang dimiliki bekas isteri Brad Pitt ini ramai yang tidak menyangka dia sudah berusia 50 tahun.
Bercakap kepada InStyle Magazine baru-baru ini, Jennifer yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-50 pada Februari lalu dengan tenang memberitahu, “Well, that number. Saya tak tahu hendak cakap apa sebab saya tak rasa apa-apa perubahan (meningkat usia). Semuanya baik. Saya rasa sangat hebat.”
Bercakap tentang penampilan dan kecantikan seseorang yang sudah berusia bukanlah satu perkara yang menyenangkan bagi Jennifer. Ujarnya lagi, “Agak pelik bila tiba-tiba ada yang menghantar pesanan kepada saya dengan kata-kata seperti ‘Anda kelihatan mengagumkan dengan usia sekarang’.”
Bekas pelakon drama bersiri popular ‘Friends’ ini mendedahkan biarpun dia bersikap terbuka dengan pertambahan usia saban tahun, namun kewujudan rambut putih atau uban ada kalanya membuatkan dia rasa kurang yakin. “Saya tak mampu berbohong. Saya memang tak suka rambut yang sudah beruban.”
Wajah Jennifer Aniston ketika mudaJennifer di samping selebriti JLo yang juga berusia 50 tahun
Iyalah, selama ini rambut kuning keemasan Jennifer berjaya menawan jutaan peminat di Hollywood dan serata dunia. Jadi bila warna rambut sudah berubah tentunya ia memberi kesan kepada jelitawan ini.
Bagaimana pun, Jennifer sangat bertuah kerana memiliki gen cantik semula jadi. Memetik kenyataannya kepada Yahoo! Beauty pada tahun 2014, “Ayah saya ialah 100% keturunan Greek. Walau sudah berusia 81 tahun tapi kedutan di wajahnya hampir tak kelihatan. Sama juga seperti mendiang nenek yang meninggal dunia pada umur 95 tahun.”
Pernah tersenarai di antara World’s Most Beautiful Woman dari People Magazine pada tahun 2016, Jennifer tanpa berselindung menjelaskan tiga tip awet muda yang diamalkan ialah minum banyak air kosong, mendapatkan tidur yang cukup dan pakai krim pelindung sinar UV matahari.
Berpegang kepada filsuf kecantikan tersendiri… Jennifer berkata, “Sayangi diri sendiri dan perlu ada rasa sayang dengan apa yang dianugerahkan kepada anda iaitu dengan cara menghargai dan menjaga kurniaan tersebut. Sebab ini sajalah tubuh yang diberi dan memastikan ia dalam keadaan baik dengan mengambil pemakanan sihat serta rehat mencukupi.”
Sumber: Evoke & Insider
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita perkahwinan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj bersama Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin masih segar di ingatan rakyat meskipun sudah hampir tiga tahun berlalu. Sebaik mengetahui khabar gembira itu pada tahun 2016, ramai yang tertanya-tanya siapakah wanita bertuah yang berjaya menawan hati Sultan Sharafuddin.
Yang pasti, dari hari pertama melihat wajah Permaisuri Selangor ini… ramai yang tertawan dengan kecantikan dan kelembutan yang dimiliki Tengku Permaisuri Norashikin.
Menyambut ulang tahun kelahiran ke-48 pada 4 Jun lepas, baginda merupakan bekas penyampai berita di Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan pernah memenangi Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa pada tahun 2005.
Tengku Permaisuri Norashikin diijabkabulkan dengan Sultan Sharafuddin oleh Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid pada 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang. Majlis pernikahan baginda berdua berlangsung secara sederhana dan ringkas atas titah baginda.
Tiga tahun bergelar Permaisuri Selangor, penampilan baginda ketika berada di khalayak sering mencuri perhatian. Malah, ramai wanita menjadikan Tengku Permaisuri Norashikin sebagai sumber inspirasi bukan sahaja dari segi keperibadian baginda bahkan gaya dan cita rasa fesyen baginda.
Pada 1 Syawal… di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam, baginda kelihatan cukup anggun dalam persalinan tradisi rona pastel bersama pilihan aksesori rantai mutiara. Minimalis tapi tetap memukau.
15 Jun, ketika mengiringi Sultan Sharafuddin menyempurnakan pembukaan pusat beli-belah Central i-City di Seksyen 7, Shah Alam… penampilan Tengku Permaisuri Norashikin sekali lagi menarik perhatian apabila mengenakan baju kurung berwarna ungu, membimbit clutch rona senada dan memilih rantai dan anting-anting Mutiara sebagai pelengkap gaya.
Begitu juga ketika baginda berangkat meraikan Majlis Sambutan Aidilfitri bersama penduduk Kampung Pasir Baru di Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Berbaju kurung merah… Tengku Permaisuri Norashikin turut mengenakan kalung bertatahkan mutiara. Effortless beautiful!
Pada majlis berkenaan, baginda turut berkenan menyerahkan sumbangan Hari Raya kepada para penduduk yang memerlukan. Turut hadir, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil dan Ahli Jawatankuasa Penduduk Kampung berkenaan.
Sumber: Instagram Selangor Royal Official
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.