Siapa yang tidak kenal dengan jurusolek tersohor Datin Saidatulnisa Aminuddin yang sering menjadi pilihan golongan ternama mahupun kerabat Diraja. Berpengalaman selama lebih 30 tahun dalam dunia solekan meletakkan wanita berusia 57 tahun ini pada kedudukannya yang tersendiri.

Tersohor Di Kalangan Kerabat & Kenamaan, Jurusolek DATIN SAIDATULNISA Pegang Prinsip ‘Less Is More’
Potret bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Tersohor Di Kalangan Kerabat & Kenamaan, Jurusolek DATIN SAIDATULNISA Pegang Prinsip ‘Less Is More’
Bersama Sultanah Nur Zahirah.
Tersohor Di Kalangan Kerabat & Kenamaan, Jurusolek DATIN SAIDATULNISA Pegang Prinsip ‘Less Is More’
Y.A.M Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zaharah Binti Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin.

PRINSIP SOLEKAN DATIN SAIDATULNISA

Saya masih berpegang teguh kepada solekan yang tidak keterlaluan, tidak makan dek zaman atau evergreen (malar segar). Lebih-lebih lagi solekan untuk perkahwinan yang akan terpahat pada gambar kenangan sampai bila-bila. Jadi, solekan yang viral ini selalunya bersifat unik dan hanyalah trend pada saat itu sahaja.

Tersohor Di Kalangan Kerabat & Kenamaan, Jurusolek DATIN SAIDATULNISA Pegang Prinsip ‘Less Is More’
Sentuhan magis buat Puan Sri Normala Samsudin.

LAMBAKAN ‘JURUSOLEK SEGERA’ DI MEDIA SOSIAL

Masing-masing mempunyai cara yang tersendiri. Mungkin kita perlu memberi ruang kepada semua orang untuk berkarya. Saya percaya masing-masing ada rezeki yang telah ditetapkan oleh-Nya, namun saya juga berpendapat pelanggan di luar sana tahu kelebihan solekan serta jurusolek yang mereka pilih.

Tersohor Di Kalangan Kerabat & Kenamaan, Jurusolek DATIN SAIDATULNISA Pegang Prinsip ‘Less Is More’
Terserlah kejelitaan Datin Seri Zizie Ezette dengan solekan ‘mahal’ Datin Saidatulnisa.

MENJAGA NILAI EKSKLUSIF SEBAGAI JURUSOLEK PROFESIONAL

Saya tidak memilih cuma mengekalkan polisi confidentiality sesama pelanggan lebih-lebih lagi selebriti, VVIP dan golongan ternama. Saya cukup menghormati pelanggan dan tidak akan melangkaui batas antara kami. Berpengalaman dalam protokol istana sedikit sebanyak membantu saya untuk tidak merasa kekok ketika bersama mereka.

Tersohor Di Kalangan Kerabat & Kenamaan, Jurusolek DATIN SAIDATULNISA Pegang Prinsip ‘Less Is More’
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Rina Harun turut menerima sentuhan solekan Datin Saidatulnisa.
Tersohor Di Kalangan Kerabat & Kenamaan, Jurusolek DATIN SAIDATULNISA Pegang Prinsip ‘Less Is More’
Majlis persandingan anak perempuan Datin Saidatulnisa iaitu Yang Sheriena.

Saya mewarisi bakat ini daripada Nenda yang sememangnya pakar dalam solekan pengantin dan golongan diraja zaman dulu. Saya banyak belajar sendiri tanpa tunjuk ajar sesiapa. Alhamdulillah kini ia menjadi minat dan salah satu sumber rezeki saya.

Tersohor Di Kalangan Kerabat & Kenamaan, Jurusolek DATIN SAIDATULNISA Pegang Prinsip ‘Less Is More’
Cantik dan awet muda semuanya adik beradik Datin Saidatulnisa!
Tersohor Di Kalangan Kerabat & Kenamaan, Jurusolek DATIN SAIDATULNISA Pegang Prinsip ‘Less Is More’
Bersama rakan-rakan rapat.

RAHSIA SOLEKAN YANG DIAMALKAN

Tiada sebarang rahsia mahupun pantang cuma saya masih mengekalkan tip daripada Nenda saya. Selalunya sebelum menyolek saya terlebih dahulu akan berselawat ke atas junjungan Nabi SAW sambil berpegang teguh kepada prinsip ‘Less is more’.

Tersohor Di Kalangan Kerabat & Kenamaan, Jurusolek DATIN SAIDATULNISA Pegang Prinsip ‘Less Is More’
Datin Saidatulnisa tidak ketinggalan turut menyerikan Ella untuk Nona Superwoman Award 2020.

Dunia solekan akan sentiasa berevolusi tetapi bagi saya kita tetap perlukan solekan yang evergreen (malar segar). Sejauh mana transformasi solekan itu berlaku pastikan ia tidak melampaui agama dan budaya kita.

Tersohor Di Kalangan Kerabat & Kenamaan, Jurusolek DATIN SAIDATULNISA Pegang Prinsip ‘Less Is More’
Di sisi suami tersayang, Datuk Zakaria. Pasangan bahagia!

Kredit Foto: Instagram @saidatulnisaaminuddin