Debaran Pilihanraya Umum Ke-14 kian terasa. Kurang 24 jam saja lagi, rakyat Malaysia yang layak mengundi akan melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap negara di peti undian esok. Siapa pucuk pimpinan yang bakal mentadbir negara untuk lima tahun lagi, semuanya terletak di tangan anda.
Ads
Pertama kali menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia esok, Pengarah Urusan FashionValet, Vivy Yusof mengakui sangat teruja menjadi salah seorang ‘penentu’ masa depan negara. Ketika diajukan persoalan tentang kepentingan undi terutamanya di kalangan wanita, Ikon Wanita untuk Tahun Memperkasa Wanita 2018 dan personaliti Forbes Under 30 ini cukup bersemangat mengutarakan pandangan.
“Sebenarnya kita tak sedar yang walaupun kita seorang, we can make a difference. Ia adalah tanggungjawab kepada negara kita. You play a big part in the future of our country bukan saja untuk kita, untuk anak-anak kita juga.. to make sure ia tak jatuh ke tangan pihak yang tidak sepatutnya.
Saya sangat excited sebab ini adalah pertama kali saya akan pergi mengundi dan tentunya akan jadi kenangan yang sentimental. Sebab buat pertama kalinya juga saya dapat dictate apa yang saya nak untuk negara. Jadi, saya sarankan kepada semua wanita untuk pergi keluar mengundi.”
Dalam pada itu, Vivy yang kini berbadan dua turut mengakui berdepan alahan yang agak teruk pada awal kehamilan. Meskipun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah, namun kehamilan kali ini begitu menguji kekuatan dirinya.
Ads
“This pregnancy is quite difficult sebab sakit belakang, muntah sampaikan every morning nak bangun pun rasa bad mood dan malas. Tapi lepas fikir tentang kerja dan banyak komitmen serta acara yang perlu saya hadiri, I don’t have a choice. Kena bangun juga pakai mekap dan pilih baju untuk pergi kerja. Bila sibuk bekerja, dapatlah lupa rasa pening dan mual. Apa-apa pun saya bersyukur ada pekerjaan yang banyak membantu saya mengatasi morning sickness ni.
Ads
Selain itu, saya juga perlu makan ubat atau cari cara untuk kurangkan rasa mual seperti minum air sejuk. Memang lain daripada kehamilan dulu. This one memang special baby,” kongsi Vivy sambil ketawa.
Menelusuri kejayaan Vivy mengemudi FashionValet bersama suami tercinta, perniagaan berorientasikan fesyen ini telah berjaya membuka butik ketiganya di Publika April lalu dan bakal membuat pelbagai perancangan di samping membuka beberapa lagi butik FashionValet sepanjang tahun ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menteri Belia dan Sukan yang juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh menyalurkan RM29,000 bagi membantu pengurusan Masjid Al-Imam Al-Ghazali membeli sebuah van jenazah untuk kegunaan masjid itu. Beliau berkata peruntukan tersebut merupakan penambahan kepada dana yang telah dikumpulkan pihak masjid itu.
“Saya telah dimaklumkan oleh pihak masjid mengenai keperluan mendapatkan sebuah van jenazah dan difahamkan mereka telah mengumpulkan dana tetapi masih tidak mencukupi. Saya sudah lihat kertas permohonan mereka dan saya telah menyalurkan RM29,000 untuk mencukupkan peruntukan itu.
“Saya percaya van jenazah ini akan memanfaatkan penduduk Segambut yang memerlukan kerana penyewaan sebuah van biasa agak mahal,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan van jenazah yang sedia digunakan di masjid tersebut di sini hari ini.
Dalam pada itu, Yeoh yang anggun menyarung baju kurung berbunga dan bertudung juga berharap wakil rakyat lain di bawah Kerajaan Perpaduan turut menjaga kebajikan rakyat di kawasan masing-masing tanpa mengira kaum dan agama.
“Apabila permohonan (dana) masuk, saya tak lihat agama ini kena bagi berapa dan sebagainya, kalau ada apa sahaja keperluan kita akan salurkan mengikut kemampuan. Saya turut berterima kasih kepada penderma dana yang telah membantu membolehkan pembelian van ini,” katanya.
Hanna Yeoh dilantik menjadi Menteri Belia & Sukan yang baru menggantikan mantan YB Faizal Azumu selepas Pakatan Harapan yang dipimpin Dato’ Seri Anwar Ibrahim berjaya membentuk kerajaan perpaduan menerusi PRU15 yang berlangsung pada 19 November lepas.
Sumber: ASTRO Awani | Gambar: @bernama
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada angin tiada ribut, rupanya pelakon jelita Intan Najuwa hari melangsungkan perkahwinan dan selamat bergelar isteri kepada Datuk Ahmad Asraf Azman.
Dengan hanya sekali lafaz, pelakon tersebut selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, kira-kira jam 6.45 petang sebentar tadi.
Menerusi kenyataan media yang disiarkan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.
Pada majlis yang berlangsung di lokasi tertutup di Johor Bahru itu, Ahmad Asraf telah menyerahkan mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran berjumlah RM222,000 kepada Intan.
Intan Najuwa dilihat anggun menyarung persalinan Fizi Woo dan solekannya menerima sentuhan Alha Alfa.
Selepas beberapa hari tidak mendengar celoteh penyampai Suria Pagi, Zulin Aziz, di corong radio, teka-teki ‘kehilangannya’ terjawab semalam apabila dia mendedahkan sedang dirawat di hospital.
Simptom-simptom seperti cirit-birit dan rasa sakit apabila bahagian perut ditekan mendorong doktor untuk membuat imbasan ultrasound ke atas pengacara dan pelawak popular berusia 27 tahun itu.
Zulin yang mengalami masalah cirit-birit sejak Isnin lalu turut berkongsi khabar buruk selepas pemeriksaan doktor, iaitu mengalami ketumbuhan cyst berukuran 7 sentimeter dalam ovari sebelah kanan.
Kata Zulin lagi, doktor memberikan tempoh enam bulan untuk melihat sama ada cyst itu membesar atau tidak. Sekiranya membesar, dia perlu menjalani pembedahan. Dia juga dinasihatkan agar menjaga pemakanan bagi mengelakkan ketumbuhan itu membesar.
Awas, Perut Buncit!
Ovarian cyst kerap berlaku di kalangan wanita muda dan kebanyakan wanita tidak sedar pun yang mereka mengalaminya kerana ia jarang menunjukkan sebarang simptom. Ia hanya akan dikesan bila seseorang wanita itu membuat imbasan ultrasound.
Pada umumnya ia tidak memberikan sebarang gejala. Tetapi sekiranya terlalu besar, pesakit mungkin perasan perutnya sedikit buncit dan terdapat ketulan pada bahagian bawah perut. Ini menyebabkan ramai yang menyangka perut buncit hanya disebabkan masalah pengumpulan lemak berlebihan.
Bagi kes ovarian cyst yang mencapai ukuran 7 sentimeter atau lebih, rawatannya bergantung kepada jenis cyst yang dialami. Bagi cyst folikular atau corpus luteal cyst, rawatan yang biasa ialah dengan ‘tunggu dan lihat’. Lazimnya, doktor sakit puan akan memantau sama ada ia semakin membesar atau sudah bertukar bentuk.
Rawatan pembedahan untuk membuang cyst akan dicadangkan jika didapati cyst menjadi semakin besar. Walau bagaimanapun pilihan akan diberikan bergantung kepada gejala yang dihadapi, bentuk cyst dan keputusan ujian darah seseorang. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seawal pembabitannya dalam dunia seni lagi, ramai terpikat dengan kejelitaan Nur Fathia Abdul Latiff. Mana tidaknya, bukan hanya berbakat besar sebagai pelakon, dia juga...