Debaran Pilihanraya Umum Ke-14 kian terasa. Kurang 24 jam saja lagi, rakyat Malaysia yang layak mengundi akan melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap negara di peti undian esok. Siapa pucuk pimpinan yang bakal mentadbir negara untuk lima tahun lagi, semuanya terletak di tangan anda.
Pertama kali menunaikan kewajipan sebagai rakyat Malaysia esok, Pengarah Urusan FashionValet, Vivy Yusof mengakui sangat teruja menjadi salah seorang ‘penentu’ masa depan negara. Ketika diajukan persoalan tentang kepentingan undi terutamanya di kalangan wanita, Ikon Wanita untuk Tahun Memperkasa Wanita 2018 dan personaliti Forbes Under 30 ini cukup bersemangat mengutarakan pandangan.
“Sebenarnya kita tak sedar yang walaupun kita seorang, we can make a difference. Ia adalah tanggungjawab kepada negara kita. You play a big part in the future of our country bukan saja untuk kita, untuk anak-anak kita juga.. to make sure ia tak jatuh ke tangan pihak yang tidak sepatutnya.
Saya sangat excited sebab ini adalah pertama kali saya akan pergi mengundi dan tentunya akan jadi kenangan yang sentimental. Sebab buat pertama kalinya juga saya dapat dictate apa yang saya nak untuk negara. Jadi, saya sarankan kepada semua wanita untuk pergi keluar mengundi.”
Dalam pada itu, Vivy yang kini berbadan dua turut mengakui berdepan alahan yang agak teruk pada awal kehamilan. Meskipun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah dan Mariam Iman Shah, namun kehamilan kali ini begitu menguji kekuatan dirinya.
“This pregnancy is quite difficult sebab sakit belakang, muntah sampaikan every morning nak bangun pun rasa bad mood dan malas. Tapi lepas fikir tentang kerja dan banyak komitmen serta acara yang perlu saya hadiri, I don’t have a choice. Kena bangun juga pakai mekap dan pilih baju untuk pergi kerja. Bila sibuk bekerja, dapatlah lupa rasa pening dan mual. Apa-apa pun saya bersyukur ada pekerjaan yang banyak membantu saya mengatasi morning sickness
ni.Selain itu, saya juga perlu makan ubat atau cari cara untuk kurangkan rasa mual seperti minum air sejuk. Memang lain daripada kehamilan dulu. This one memang special baby,” kongsi Vivy sambil ketawa.
Menelusuri kejayaan Vivy mengemudi FashionValet bersama suami tercinta, perniagaan berorientasikan fesyen ini telah berjaya membuka butik ketiganya di Publika April lalu dan bakal membuat pelbagai perancangan di samping membuka beberapa lagi butik FashionValet sepanjang tahun ini.
This website uses cookies.