Baru-baru ini usahawan popular, Tya Arifin berkongsi ruang kediaman baharunya di saluran YouTube miliknya khas buat tatapan peminat tersayang. Memang cantik, besar dan selesa dapat tengok ‘isi’ rumah Tya. Apatah lagi apabila Tya mengakui dekorasi kediaman rumah dua tingkat tersebut adalah 100 peratus hasil kreativiti dirinya sendiri. Tanpa bantuan interior designer (ID) tau! Tak sangka bukan je pandai berniaga, rupanya Tya pun ada bakat dalam bidang hiasan rumah.
Menerusi video di Tya Arifin TV berkenaan, Tya berkata dia memilih konsep ‘bumi’ iaitu berunsurkan semula jadi. Untuk merealisasikan tema itu, isteri kesayangan Ashraf Khalid ini menggabungkan rona alam seperti putih, hijau dan kelabu.
“Saya pilih konsep ini sebab mahu orang yang datang rasa seperti berada di rumah sendiri dan bersantai. Lagipun warna ini cipta mood lebih tenang… relax. Dalam rumah juga saya suka letak bau-bauan sebagai cara untuk stress release. Memang saya buat dekor rumah ini dan tak ada pakai ID.
Ikutkan untuk hias rumah ini boleh siap cepat je tapi sebab kekangan kerja, ambil masa dua hingga tiga minggu. Rumah ini ada 5 bilik tapi satu daripadanya saya jadikan ruang office dan saya duduk di rumah ini bersama 7 orang. Saya, Ashraf, Arif, Zahra, kakak saya dan pekerja.”
Bercerita ruang yang paling digemari, tanpa berselindung Tya membawa masuk ke dalam dapur idamannya. “Ruang paling saya suka ialah dapur. Dapur macam ini ialah idaman dan saya rasa sangat selesa. Ada dapur kering dan dapur basah. Biasanya, saya akan masak di dapur basah ini,” ujar ibu dua anak ini.
Makin rancak dan maju dalam mengusahakan empayar Mutyara, ternyata Tya bijak membahagikan masa di antara keluarga dan kerjaya. Biarpun baru meniti usia 26 tahun tetapi kematangan Tya dalam mengharungi fasa hidup wajar dijadikan pemangkin semangat kepada kaum ibu di luar sana. Tidak menganggap kehadiran anak pada usia muda sebagai halangan untuk terus melakar kejayaan, Tya positif menjalani kehidupan bahagia bersama Arif Jiwa Asyraf dan anak perempuannya, Azzahra Jiwa Asyaf.
“Ada yang tanya bagaimana saya membahagikan masa di antara tugas ibu, isteri dan kerjaya. Bagi saya, semuanya terletak pada pembahagian masa kita sendiri. Biasanya saya akan buat planning sehari awal terlebih dahulu. Saya akan masak sarapan pagi untuk anak-anak dan suami dulu walaupun hanya menu ringkas.
Mengulas tentang masa bersama suami tercinta pula, pemilik nama Nurtria Wulandari Arifin berkata mereka memilih pendekatan morning walk setiap hari untuk lebih menghargai satu sama lain. “Lepas solat Subuh dan anak-anak masih tidur, kami anak bangun dan buat morning walk
dalam 30 hingga 40 minit. Inilah masa Tya dengan Asyraf tanpa anak-anak dan bebas daripada telefon.Disebabkan kami kerja di bawah satu bumbung yang sama, kami tak mahu urusan pejabat dan rumah dicampur adukkan. Jadi, kami cuba elakkan untuk tidak terlalu cakap tentang bisnes dan lebih banyak berkongsi luahan supaya masing-masing supaya memperbaiki diri serta bersemangat kejar impian.”
Baru-baru ini juga Tya menerima satu lagi pencapaian apabila dipilih sebagai Breastfeeding Icon daripada National Lactation Centre. Tahniah dan semoga Tya terus melakar pelbagai kejayaan dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita.
This website uses cookies.