
Rasa rindu pada Tanah Suci Mekah terasa menjadi-jadi pula sejak melihat foto saudara baru, yang juga selebriti popular Marsha Milan Londoh di sana.
Marsha yang menunaikan umrah bersama suami dan keluarga mertuanya dikatakan bertolak ke Madinah pada 1 November lalu dan kini telah pun selamat tiba di Mekah. Sepanjang di sana, Nona tertarik melihat penampilan Marsha yang kelihatan sangat sopan, bertelekung dan berhijab labuh.

Nampaknya selepas mendirikan rumah tangga, suami Marsha iaitu Mohamed Shaiful Nizam Datuk Seri Haji Mohamed Ismail berjaya membimbing isterinya ke arah kehidupan Islamik.
Niat finalis AF Megastar itu untuk mengerjakan ibadah suci itu juga akhirnya tercapai. Semoga Marsha terus istiqamah mendalami Islam selepas kembali ke tanah air nanti. Kalau terus berhijab pun apa salahnya, kan?
Jom tengok gambar-gambar Marsha seperti yang beliau kongsikan di media sosial ni… Cantik sangat! Norzalina Mohd Alias





Sumber: Instagram @marshamilan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Warisi Kecantikan Bonda, YAM Tengku Puteri Daulath Terengganu Sambut Hari Keputeraan Ke-18

Sekali imbas, terbayang jelas raut wajah ayahanda dan bonda menghiasi senyuman. Paras rupa yang lembut dan menawan, itulah kelebihan puteri bongsu Negeri Terengganu Darul Iman yang menyambut ulang tahun hari keputeraannya yang ke-18, YAM Tengku Puteri Daulath Raja Tengku Dato’ Seri Fatimatuz Zahra’, hari ini.
Tengku Puteri Daulath telah diputerikan pada hari Jumaat, 19 April 2002 dan merupakan puteri bongsu kepada pasangan KDYMM Sultan Terengganu Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin dan KDYMM Sultanah Terengganu Sultanah Nur Zahirah.





Keluarga
Tengku Puteri Daulath juga mempunyai tiga orang kakanda iaitu YAM Tengku Puteri Utama Raja Tengku Nadhirah Zahrah, 24; DYTM Yang Di Pertuan Muda Terengganu Tengku Muhammad Ismail, 22; dan YAM Tengku Sri Setia Mahkota Raja Tengku Muhammad Mua’az, 20.



Sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah dan ucap selamat sempena ulang tahun hari keputeraan YAM Tengku Puteri Daulath Raja yang ke-18. Semoga Allah SWT sentiasa memberikan taufik dan rahmat, juga lindungan kesihatan, hidayah serta redha-Nya. Menjunjung kasih.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
HONDA Malaysia Bakal Lancarkan 4 Model Baru Termasuk SUV Untuk Tahun 2023!

Jenama Honda tidak perlu diperkenalkan lagi perusahaan automotif. Merupakan salah satu jenama bukan nasional terlaris di Malaysia, Honda kini dalam perancangan untuk mengembangkan lagi portfolio mereka selepas berjaya melalui cabaran pandemik yang melanda global dengan perkembangan yang cukup positif.
Menerusi majlis pertemuan bersama dengan media baru-baru ini, Honda turut mengumumkan pelancaran 4 model baru beserta satu model SUV. Malah, Honda turut mensasarkan jumlah jualan sebanyak 80,000 unit dengan penguasaan peratus pasaran sebanyak 12.3%.
Presiden & Ketua Pegawai Operasi Honda Malaysia, Encik Sarly Adle Sarkum berkata, “2023 menandakan satu kejayaan besar bagi kami apabila Honda meraikan ulang tahunnya yang ke-75. Meneruskan Semangat Mencabar sejak penubuhan syarikat, Honda Malaysia berusaha untuk mempercepatkan momentum untuk tahun ini menerusi pelancaran model baharu dan aktiviti pemasaran.
Untuk mengukuhkan lagi identiti teras dan kehadiran jenama dalam industri, kami menumpukan pada memanfaatkan tiga tonggak utama untuk model kami, iaitu Teknologi Termaju, Tawaran Premium dan Lonjakan Sporty. Gabungan tiga tonggak utama ini akan menjadikan model Honda akan datang lebih unik di pasaran dan menaikkan status mereka dalam segmen masing-masing.
Salah sebuah model baharu yang bakal diperkenalkan adalah dari kategori SUV kompak. Menurut bellau lagi model tersebut dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2023.
Selain itu, Honda Malaysia turut terus memperkasakan teknologi hibrid. Sebagai perintis memperkenalkan teknologi hibrid di negara sejak 19 tahun lepas ia berkembang bermula dengan Integrated Motor Assist (IMA) sehingga Sport Hybrid I-DCD dan terbaru dengan teknologi e:HEV.
“Kami adalah perintis dalam memperkenalkan teknologi hibrid sejak 19 tahun lalu. Teknologi ini telah berkembang begitu ketara bermula dengan IMA, Sport Hybrid 1-DCD, dan terkini, teknologi e:HEV,” tambah Sarly Adle lagi.
Selaras dengan usaha untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, Honda Malaysia akan memperkenalkan 2S (Servis dan Alat Ganti) Pit Stop dan mempromosikan aktiviti selepas jualannya untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan semasa dan bakal pelanggan. Syarikat juga mempertingkatkan sistem Honda CONNECT yang merangkumi ciri ‘Safety, Secure & Connect’.
Honda Malaysia akan memperkenalkan Honda CONNECT dalam model lain selain City RS, City Hatchback RS, Civic RS, Civic e:HEV RS dan HR-V e:HEV RS bagi membolehkan lebih ramai pelanggan menikmati pelbagai fungsi yang terdapat pada sistem.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
3 Tahun Bahagia Jadi Isteri, Suami Hadiahkan Sheera Iskandar Cincin Emas Sempena Anniversary!

Diam tak diam dah masuk tiga tahun rupa-rupanya usia perkahwinan Sheera Iskandar dan suami tercinta. Masih ingat lagi kali pertama Nona menemu bual pasangan ini pada tahun 2021, waktu itu mereka baru saja mendirikan rumah tangga. Lebih istimewa, Sheera Iskandar terima cincin emas sempena wedding anniversary!
Alhamdulillah, moga ikatan perkahwinan yang dibina berkekalan hingga ke syurga!
Berkongsi kenangan majlis perkahwinan di media sosial, menerusi gambar tersebut kelihatan Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar anggun persis bidadari dalam persalinan indah rona putih.
Seri wajah pelakon Gerak Khas ini juga begitu terserlah apabila berada di samping suami yang merupakan anggota polis, Mohd Halim Abdul Gani.

Bersempena ulang tahun perkahwinan ketiga pada 3 Mei, Sheera menitipkan ucapan bermakna buat suami tercinta.
“Happy 3rd anniversary my love! I just wanna wish us many more years of togetherness and happiness! Thank you for holding me through everything and anything. I LOVE YOU!”
Sementara itu, Mohd Halim atau lebih dikenali sebagai Halim turut tidak ketinggalan melahirkan rasa syukur dengan perkahwinan bahagia di samping selebriti cantik tersebut.
“Wahai isteriku, apabila aku dalam kemarahan, kau bantu untuk menyejukkan. Apabila aku dalam kebuntuan, kau bantu untuk tunjuk jalan. Apabila aku lupa dan lalai, kau tegur dengan penuh berhemah.
Apabila aku dalam kesakitan, kau hadir mengubat duka laraku. Aku bersyukur pada Tuhan kerana menganugerahkan padaku isteri yang solehah, penyejuk mata dan ibu mithali buat anakku. Terima kasih isteriku.”

Bersempena ulang tahun perkahwinan itu, Sheera Iskandar terima cincin emas daripada suami. Romantik!
Mengimbas kembali detik perkenalan mereka, anak kepada pelakon Aznah Hamid ini pernah mendedahkan kepada Nona yang dia mula rasa keserasian dengan suami saat pertama kali berkenalan.
“Kami kenal masa 2019, masa itu saya shooting Gerak Khas di Labuan. Masa sampai di sana, jumpa dengan suami dan dia tegur kata ada DM saya di IG. Saya ingatkan dia memang peminat Gerak Khas atau nak berlakon dalam Gerak Khas.
Jadi, saya beritahu dia kalau nak berlakon jangan buat baik dengan saya. Buat baik dengan Datuk Yusof Haslam. Rupa-rupanya dia serius hendak kenal dengan saya dan bukan sebab hendak berlakon.
Istimewanya suami, dia ibarat best friend dan saya rasa senang berbual dengan dia. Suami pula waktu itu start jadi agen Tomasoap.”

Dedah Sheera lagi, “Selain tertarik dengan peribadi dia, saya juga selesa dengan cara keluarga suami menghargai saya. Walau mereka tahu status saya sebagai janda waktu itu, tapi mereka tak kisah dan mahu kami cepat-cepat berkahwin.
Malah, layanan ayah mertua terhadap isterinya yang berkerusi roda juga buat saya percaya mereka adalah dari keluarga yang baik-baik.”
Mengamati perkongsian Sheera di media sosial, jelas membuktikan betapa suaminya menghargai dan menggalas tanggungjawab terhadap keluarga dengan sebaiknya.
Lebih bermakna apabila mereka dikurniakan anak perempuan comel diberi nama Puteri Long Harissa pada 22 Mei 2022.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!


