Norma baharu kehidupan kini turut mengubah banyak perkara termasuk majlis penganugerahan. Teruja tengok Susan Lankester unboxing anugerah yang telah dimenanginya baru-baru ini.
Ads
Momen manis dalah hidup pelakon ini tercipta pada tanggal 3 Disember lalu apabila dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021(AACA 2021) di Singapura yang dianjurkan secara virtual.
Rupa-rupanya trofi miliknya baharu sahaja sampai ke tangannya dan dihantar melalui sistem perkhidmatan pos. Tengok sendiri bagaimana terujanya Susan Lankester membuka anugerah miliknya itu. Kita turut teruja tengok Susan Lankester membuka bungkusan tersebut.
Tahniah! Susan Lankester atas penganugerahan tersebut dan telah berjaya menewaskan calon lain di rantau Asia Pasifik seperti Australia, New Zealand, Kemboja, China, Hong Kong, India, Jepun, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea, Taiwan, Thailand dan Vietnam.
Kejayaan Susan adalah menerusi persembahan komedi cemerlangnya di dalam siri Keluarga Baha Don musim ke-2 yang ditayangkan di platform penstriman Viu.
Susan Lankester juga pernah dinobatkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11 (1994) menerusi filem Femina. Walaupun jarang muncul di media massa namun Susan Lankaster masih aktif meneruskan kegiatan seninya.
Ads
Sehingga kini dialog “Orang putih ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan? menerusi filem pertamanya, Mekanik begitu benar-benar melekat dengan wanita berdarah kacukan Inggeris-Cina ini.
Ads
Bergandingan dengan Allahyarham Azmil Mustapha, filem yang diarahkan oleh Othman Hafsham pada tahun 1983 ini telah mempopularkannya.
Selain aktif sebagai pelakon filem, drama dan teater wanita yang fasih berbahasa Melayu ini pernah menghasilkan sebuah album yang bertajuk Takdir dan popular dengan lagu Antara Dua Zaman. Susan Lankester juga pernah berduet Allahyarham Tan Sri SM Salim menerusi lagu Dilema.
Terdahulu, pereka fesyen Melinda Looi telah memilih Susan Lankester untuk menggayakan rekaannya untuk koleksi Cruise 2021. Susan Lankester nampak menonjol walaupun digandingkan dengan wanita lain yang jauh lebih muda darinya. Agaknya apa lah rahsia kecantikan yang diamalkan oleh wanita yang arif dalam hiasan dalaman dan lanskap ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama yang sinonim dengan tagline āBaju Kurung Tak Perlu Gosokā, Sabella menjadi satu-satunya Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan syarikat Melayu yang berjaya merangkul tiga anugerah emas dan satu Grand PrixĀ pada Malam Anugerah Media Specialist Association (MSA) baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Sabella, Mohd Sufian Sulaiman berkata, kejayaan yang diraih itu bukan hasil titik peluh bersama isterinya, Siti Fatimah Abdul Samad sahaja, tapi ia juga kerja keras daripada warga kerja dan pasukan.
āBuat julung kalinya kali mendapat anugerah terbesar pemasaran di Malaysia. Kami menang ketiga-tiga kategori yang dicalonkan iaitu Gold dan keseluruhan iaitu Grand Prix. Lebih membanggakan apabila kami tercalon bersama beberapa jenama antarabangsa dan tempatan terkenal lain.
āSejujurnya, apabila diumumkan pemenang dengan menewaskan jenama hebat lain, memang berasa kerdil. Namun, jauh di sudut hati ini adalah berkat usaha dan kerja keras pasukan kami dari dulu sampai sekarang dalam membangunkan jenama Sabella,ā katanya.
Menurut Mohd Sufian, dia berharap anugerah yang diperoleh itu menjadi pemangkin untuk Sabella melangkah ke peringkat antarabangsa.
āAlhamdulillah, ini adalah penghargaan dan pencapaian terbesar yang pernah diraih Sabella sepanjang ia mula beroperasi. Semoga dengan anugerah ini kami akan terus maju jaya dan berkembang ke peringkat antarabangsa, insya-Allah. Terima kasih kepada semua yang menyokong kami selama ini,ā katanya.
Empat anugerah yang dimenangi Sabella adalah Branded Content (Gold), E-Commerce (Gold), Media Performance (Gold) dan Grand Prix.
Untuk rekod, jenama Sabella bermula dari rumah menggunakan sebuah mesin jahit dengan niat ingin membantu menambah pendapatan seisi keluarga. Kini, jenama Sabella Holding Sdn Bhd (Sabella) mampu berdiri megah seiring dengan jenama terkenal lain di Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Laksana sekuntum bunga yang mekar berkembang, manisnya menjadi pujaan sang kumbang.Ā
Merafakkan syukur ke hadrat Ilahi, Nona turut bahagia menyaksikan temasya majlis pertunangan penyanyi terkenal, Shila Amzah dengan jejaka pilihannya, Haris Idraki, malam tadi.
Mengenakan persalinan dress merah jambu rekaan Azura Couture, riak wajah Shila yang dirias Arra Mazlan tampak berseri-seri ketika cincin pertunangan disarungkan ke jari manis.
Dijangkakan bakal memeterai ikatan nikah pada tahun depan, para peminat Shila turut berpeluang melihat bakal suaminya apabila mereka sempat merakamkan foto kenangan bersama.
Haris Idraki Elias, 28, kini dikhabarkan bertugas dalam di London dan pernah bergelar wartawan di sebuah syarikat akhbar berbahasa Inggeris, The Star, pada tahun 2015.
Selain tumpuan buat si dara perawan, perhatian Nona turut terusik dengan keindahan dekorasi pelamin bertemakan ‘Secret Garden’, hasil jemari kreatif Adidecor (Instagram @adiputra_decor). Gandingan orkid dan hydrangea menerbitkan momen romantis, oh indahnya bagai dalam taman!
Kalau tak percaya, jom tengok sendiri beberapa rakaman dekorasi yang cukup cantik ni. Menginspirasikan!
Akhir kata, tahniah jua buat kedua-dua belah ibu bapa yang bekerja keras untuk menjayakan majlis bersejarah ini. Semoga ukhuwah dan ikatan silaturahim yang terjalin kekal selamanya.Ā Norzalina Mohd Alias
Kuasa The Power of Radiance yang memancar adalah untuk memberi inspirasi agar wanita untuk melakukan transformasi demi meningkatkan seri wajah masing-masing.
Kaunter berkonsep baharu ini terbahagi kepada 4 zon utama iaitu The Gallery, The Dresser, The Salon dan The Facial Cabin.
Terdapat 3 fokus utama di The Gallery iaitu News Gallery, Skincare Gallery dan The Makeup Gallery. Setiap galeri memberi keselesaan untuk pelanggan mengeksplorasi setiap produk yang diingini.
The Dresser pula memberi peluang kepada pelanggan untuk lebih dekat dengan setiap produk yang terpamer. Sebaik sahaja pelanggan duduk di atas kerusi yang telah disediakan, akan dijamu dengan secawan kopi panas sambil ditata rias oleh Personal Beauty Specialists. Barisan produk juga turut dipamerkan agar pelanggan lebih menjiwai setiap produk yang digunakan.
The Salon pula memberi peluang pelanggan untuk mendapat khidmat rundingan dengan Personal Beauty Specialists.Ā Mereka akan menganalisis kulit pelanggan dan menawarkan perkhidmatan yang terbaik mengikut keperluan yang didambakan oleh kulit pelanggan.
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyampai radio popular, Shiera dan suami atas kelahiran cucu sulung mereka baru-baru ini. Terhibur tengok gelagat lucu pasangan suami isteri ini yang menyambut kehadiran cucu mereka di sebuah hospital swasta di Kuantan, Pahang ...