Teruja Tengok Susan Lankester ‘Unboxing’ Anugerah, Kalahkan Calon Dari Australia & New Zealand

Norma baharu kehidupan kini turut mengubah banyak perkara termasuk majlis penganugerahan. Teruja tengok Susan Lankester unboxing anugerah yang telah dimenanginya baru-baru ini.

Momen manis dalah hidup pelakon ini tercipta pada tanggal 3 Disember lalu apabila dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021(AACA 2021) di Singapura yang dianjurkan secara virtual.

Foto: Instagram @susan_lankester
Foto: Instagram @susan_lankester

Rupa-rupanya trofi miliknya baharu sahaja sampai ke tangannya dan dihantar melalui sistem perkhidmatan pos. Tengok sendiri bagaimana terujanya Susan Lankester membuka anugerah miliknya itu. Kita turut teruja tengok Susan Lankester membuka bungkusan tersebut.

Tahniah! Susan Lankester atas penganugerahan tersebut dan telah berjaya menewaskan calon lain di rantau Asia Pasifik seperti Australia, New Zealand, Kemboja, China, Hong Kong, India, Jepun, Indonesia, Myanmar, Filipina, Singapura, Korea, Taiwan, Thailand dan Vietnam.

Kejayaan Susan adalah menerusi persembahan komedi cemerlangnya di dalam siri Keluarga Baha Don musim ke-2 yang ditayangkan di platform penstriman Viu.

Foto: Instagram @susan_lankester
Foto: Instagram @susan_lankester

Susan Lankester juga pernah dinobatkan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-11 (1994) menerusi filem Femina. Walaupun jarang muncul di media massa namun Susan Lankaster masih aktif meneruskan kegiatan seninya.

Sehingga kini dialog “Orang putih ke, orang biru ke, kita orang Malaysia kan? menerusi filem pertamanya, Mekanik begitu benar-benar melekat dengan wanita berdarah kacukan Inggeris-Cina ini.

Foto: Instagram @melindalooirtw
Foto: Instagram @susan_lankester

Bergandingan dengan Allahyarham Azmil Mustapha, filem yang diarahkan oleh Othman Hafsham pada tahun 1983 ini telah mempopularkannya.

Selain aktif sebagai pelakon filem, drama dan teater wanita yang fasih berbahasa Melayu ini pernah menghasilkan sebuah album yang bertajuk Takdir dan popular dengan lagu Antara Dua Zaman. Susan Lankester juga pernah berduet Allahyarham Tan Sri SM Salim menerusi lagu Dilema.

Foto: Instagram @susan_lankester

Terdahulu, pereka fesyen Melinda Looi telah memilih Susan Lankester

untuk menggayakan rekaannya untuk koleksi Cruise 2021. Susan Lankester nampak menonjol walaupun digandingkan dengan wanita lain yang jauh lebih muda darinya. Agaknya apa lah rahsia kecantikan yang diamalkan oleh wanita yang arif dalam hiasan dalaman dan lanskap ini.
Share
Published by
Hamizatul Maizan Binti Mohamed