Siapa yang tidak mengenali dengan seniwati Sarimah Ahmad bukan? Primadona Studio Jalan Ampas yang cukup terkenal ketika zaman kegemilangan hitam putih malah telah membintangi lebih 40 filem yang kekal malar segar sehingga kini. Filem-filem lakonannya terutama sekali apabila digandingkan bersama Tan Sri P. Ramlee seperti Ali Baba Bujang Lapok, Ibu Mertuaku, Madu Tiga serta Tiga Abdul kekal diminati sehingga kini dan tetap ditontoni acap kali ditayangkan di mana-mana stesen tv.
Ads
Namun, seiring usia dan peredaran zaman Seniwati Datuk Sarimah Ahmad dilihat sudah lama meninggalkan dunia glamor dan lebih selesa menjalani kehidupan sederhana di samping anak dan cucu tersayang. Walau begitu, sudah pasti kehidupannya tetap menjadi perhatian media dan lensa yang merindui kelibat primadona ini yang terakhir kali tampil di dalam filem ialah pada tahun 2009 menerusi filem Momok The Movie sebagai penampilan khas.
Dan baru-baru ini, demi menghargai jasa dan penglibatan Datuk Sarimah Ahmad dalam industri perfileman tanahair, Festival Filem Malaysia yang ke-32 yang dianjurkan baru-baru ini mengangkat beliau dengan menganugerahkan Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman.
Walaupun tidak dapat hadir untuk mengambil sendiri anugerah berkenaan atas masalah kesihatan dan diwakili anak perempuannya, menerusi sumber FINAS yang diwakili Dr. Md Nasir Ibrahim telah menyerahkan sendiri secara rasmi Trofi Anugerah Khas Seniwati Sepanjang Zaman FFM32 dan hadiah wang tunai kepada Seniwati Sarimah Ahmad.
Menerusi sumber Bebas News, “Saya amat berbesar hati apabila dapat berjumpa dan menyerahkan trofi berkenaan kepada Datuk Sarimah. Sebagai seorang seniwati yang telah mewarnai industri filem kita sejak 61 tahun dengan filem pertamanya ‘Ali Baba Bujang Lapok’ saya menghormati dan menyanjungi beliau.”
Ads
Turut menarik perhatian warga maya sudah semestinya keadaan dan rupa paras seniwati ini yang tetap anggun walaupun di usia 80-an. Ini dapat dilihat menerusi beberapa keping foto yang dikongsikan oleh FINAS sendiri ketika pihak mereka menyantuni seniwati tersebut sekitar April lalu. Jelas kelihatan Datuk Sarimah tetap cantik di usianya kini walaupun susuk tubuhnya dilihat semakin kurus. “Alhamdulillah saya sihat tetapi sihat…sihat orang tua,” jelasnya apabila ditanya tahap kesihatannya kini.
Kredit foto: FINASKredit foto: FINASKredit foto: FINAS
Menurut sumber, ditanya jika masih ada pihak yang mengundangnya berlakon semula, sambil tersenyum ibu kepada enam orang anak, 35 cucu dan 27 cicit ini berkata, “Ada beberapa syarikat penerbitan mengundang saya berlakon filem dalam satu babak sebagai pelakon undangan khas dengan bayaran yang lumayan tetapi saya menolak. Bukan ‘demand’ tetapi dalam usia begini saya tidak memikirkan itu semua apalagi saya harus menjaga kesihatan saya.”
Yang pasti, ramai yang merindui primadona yang tidak galang gantinya ini. NONA mendoakan semoga Seniwati Datuk Hajah Sarimah Ahmad sentiasa di dalam lindunganNYa dan sihat-sihat sentiasa.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita dan lipstik memang tidak dapat dipisahkan. Jika anda mengaku sebagai beauty lover, maka wajib menyimpan paling tidak sebatang lipstik di dalam tas tangan.
Memiliki lebih daripada satu warna lipstik memang sangat penting kerana ia perlu dipadankan dengan baju dipakai. Setiap warna juga memiliki efek yang berbeza dalam penampilan.
Cuma sebelum itu, anda perlu semak jenis lipstik yang perlu dipakai. Bagaimanakah memilih lipstik tahan lama di bibir dan bagaimana pula ingin bibir tampil penuh? Setiap lipstik mempunyai bentuk dan kelebihan yang berbeza.
(a) Lipstick Matte
Lipstik jenis ini biasanya didatangkan dalam bentuk batang. Lipstik matte memiliki warna yang solid dan berbagai. Kebiasaannya ia tidak berkilat, mengeringkan dan hanya memiliki sedikit pelembap.
Bagi memelihara kelembapan bibir, elok menyapu pelembap bibir terlebih dahulu sebelum mengoles lipstik di bibir. Lipstik jenis ini memiliki kelebihan tahan lama sepanjang hari sehingga tidak perlu sering menambahnya.
(b) Lipstick Satin
Kewujudan lipstik jenis satin ini hampir sama dengan jenis matte. Cuma ia mempunyai tekstur yang berkilat dan mengandungi pelembap yang lebih banyak berbanding lipstik matte.
Lipstik jenis ini tidak melekit dan sangat popular kerana tidak perlu gusar bibir kering selepas dioles.
(c) Lipstick Glossy
Bentuk lipstik jenis glossy ini tidak padat serta mempunyai tekstur cair dan kental. Mempunyai warna yang pelbagai dan memberi efek berkilat.
Terdapat juga lipstik jenis ini disertakan sekali glitter untuk kesan yang ketara. Kelebihan lipstik jenis ini memberi efek bibir kelihatan penuh dan seksi.
Namun anda perlu berhati-hati kerana lipstik ini mudah melekat apabila tersentuh. Selain itu, ia tidak tahan lama dan perlu dioles semula jika sudah hilang dari bibir.
(d) Pensel bibir
Pensel bibir atau pengalit bibir berfungsi untuk memberi bingkai bibir agar boleh membentuk bibir yang dikehendaki. Tidak semua orang memiliki bibir yang sempurna maka pensel bibir boleh menebal bibir yang nipis dan simetri bibir jika tidak sempurna.
Setelah melukis bibir, sapu lipstik agar tampil semakin cantik dan bergaya. Jangan sekali-kali tidur tanpa membersihkan lipstik di bibir. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Wanita mana yang tak mahu sentiasa tampil awet muda, kan? Lagi-lagi bila umur dah makin meningkat. Di samping kena yakin dengan kecantikan asli diri sendiri, sebenarnya ada beberapa muslihat yang boleh dipraktikkan untuk menyembunyi garis usia yang kelihatan di wajah.
Anda digalakkan untuk menggunakan masker. Tujuannya ialah untuk menegangkan kulit wajah. Selain itu, masker turut berfungsi membersihkan segala kotoran pada pori-pori wajah sekali gus melembapkan kulit.
Cerahkan bahagian mata anda dengan membentuk kening secara seimbang. Kening yang dijaga rapi akan memberikan impak mata yang hidup serta akan ‘membingkai’ wajah dengan sempurna.
Seboleh-bolehnya, sentiasalah memakai maskara hitam untuk mendapatkan impak segar dalam kadar segera!
Sekiranya anda memiliki rambut yang panjang, dandan dengan ikatan ke atas atau poni. Selain bergaya muda, cara ini juga mudah untuk menarik kulit di sekitar bahagian dahi serta pipi anda sehingga kelihatan lebih tegang. Dengan itu, segala kedutan dan garis-garis halus dapat dilindungi.
Gunakan pelembap yang bagus kualitinya sebagai ‘makanan’ kepada kulit untuk menjaga keanjalan.
Pastikan pelembap anda bebas daripada minyak mineral supaya tidak menyumbat pori-pori yang boleh mengakibatkan timbulnya jerawat.
Rawat wajah anda secara teratur pada setiap hari. Jangan lupa memakai pelembap, lakukan pengelupasan dua kali sebulan serta mengamalkan krim tabir suria.
Usah keterlaluan mencuci wajah. Mengikut Pakar Dermatologi dari University of Maryland Medical Centre, air paip boleh menyebabkan kulit kering serta kehilangan minyak semula jadi yang berfungsi untuk melembapkan kulit. Jika dicuci dengan kerap, anda akan membilas sekali minyak perlindungan ini.
Amalkan rutin penjagaan kulit yang baik. Jika benar-benar ingin kekal cantik dan muda, mulakan dengan rutin penjagaan kulit yang betul. Jauhi sinaran matahari terus ke kulit dan sentiasa gunakan krim tabir suria dan krim pelembap serta berhenti merokok.
Makan secara seimbang dan minum air putih secukupnya. Kulit akan kekal lembap dan anjal selain mengurangkan garis-garis halus.
Jauhi stres dan amalkan senaman secara rutin. Apabila tubuh anda sihat, ia akan memberikan kesan yang baik kepada kulit. Wajah akan sentiasa kelihatan bermaya dan berseri-seri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semalam berlangsungnya majlis anugerah gilang gemilang, Anugerah Industri Muzik (AIM-23) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA). Acara ini yang dihoskan oleh Sherry Alhadad, Awal Ashari dan juga Azad Jasmin, ternyata cukup meriah dengan kehadiran ramai selebriti terkemuka.
Selain dari pemenang yang diraikan, penampilan para artis yang hadir memeriahkan acara turut mencuri perhatian, dan antara yang paling ‘stand-out’ di mata kami, tidak lain tidak bukan Aina Abdul. Yang pasti semua mata tertarik dengan penampilan Aina ketika membuat persembahan pembukaan di anugerah tersebut. Aina tampil membuat persembahan bersama-sama dengan dua lagi penyanyi hebat – Nikki Palikat dan Marsha.
Kelihatan Aina Abdul menggayakan persalinan berona putih dengan perincian hiasan jemeki kristal dan lengan mega berteman pelepah ostrich mewah hasil rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini. Ramai yang mengagumi penampilan Aina persis bidadari kayangan yang turun ke muka bumi.
“Alhamdulillah, selesai persembahan di AIM. Thank you to my glam team yang siapkan Aina malam ni (11/9). I love every bit of this look. And to my sound team yang memudahkan perjalanan nyanyian Aina,” jelas Aina dalam satu hantaran di Instagramnya.
Rata-rata ramai yang memuji gaya yang dipilih Aina ketika malam AIM tersebut. “Kemas dan elegan” sebut salah seorang peminat beliau. “Inilah gaya Aina Abdul yang kami mahukan”, “macam bidadari” dan “this is unreal”, adalah antara komen dan pujian yang ditinggalkan.
Kredit Foto: Instagram (@ainaabdul)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Minyak wangi umpama aksesori pelengkap gaya dan penambah keyakinan diri. Jika pilihan aromanya tepat, ia mampu membangkit aura positif dan energetik kepada pemakainya.