Tak semua pasangan yang sudah bercerai dapat kembali menjalin hubungan baik. Berbeza bagi Nora Danish, Jejai dan Fasha Sandha yang sehingga kini masih berhubung seperti sahabat. Pastinya demi kebaikan anak-anak mereka.

Ads

Sebelum ini Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Toh Muda Datuk Rizal Ashram atau lebih dikenali sebagai Jejai. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki diberi nama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram.

Hubungan Nora Danish, Jejai & Fasha Sandha Tetap Baik

Bagaimana pun Nora dan Jejai berpisah pada tahun 2008. Jejai kemudian bertemu jodoh dengan Fasha Sandha pada 27 April 2012 namun perkahwinan mereka berakhir pada Januari 2016.

Menerusi perkahwinan Jejai dan Fasha, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.

Artikel https://www.nona.my/cantik-bak-bidadari-terpesona-imej-berhijab-fasha-sandha-rancang-ceburi-bisnes-dengan-suami/

Tetap Baik Walau Dah Berpisah, Nora Danish, Jejai & Fasha Sandha Rai Birthday Putra Rayqal Ke-16! Tetap Baik Walau Dah Berpisah, Nora Danish, Jejai & Fasha Sandha Rai Birthday Putra Rayqal Ke-16! Tetap Baik Walau Dah Berpisah, Nora Danish, Jejai & Fasha Sandha Rai Birthday Putra Rayqal Ke-16!

Tetap Baik Walau Dah Berpisah, Nora Danish, Jejai & Fasha Sandha Rai Birthday Putra Rayqal Ke-16!

Pun begitu, sehingga kini ketiga-tiga mereka masih berjumpa dan berhubung. Buktinya, kelibat mereka bertiga kelihatan bersama ketika meraikan ulang tahun perkahwinan anak lelaki Nora Danish pada 7 Januari lepas.

Aktres cantik berusia 43 tahun ini dilihat ceria di samping Putra Rayqal yang tampil berbaju sedondon rona biru.

 

Kongsinya, “7th January 2025. Alhamdullilah syukur. Happy 16th Birthday, buah hati mommy!

Ads

I can’t believe how quickly time has flown. Watching you grow into the kind, strong, and wonderful young man you are today has been one of my greatest joys in life.

Don’t forget your prayers, recite Quran, berzikir and always berdoa sayang. Allah SWT listens. I love you more than words can ever express.”

Nora Danish Awet Muda

Tetap Baik Walau Dah Berpisah, Nora Danish, Jejai & Fasha Sandha Rai Birthday Putra Rayqal Ke-16! Tetap Baik Walau Dah Berpisah, Nora Danish, Jejai & Fasha Sandha Rai Birthday Putra Rayqal Ke-16! Tetap Baik Walau Dah Berpisah, Nora Danish, Jejai & Fasha Sandha Rai Birthday Putra Rayqal Ke-16!

Tetap Baik Walau Dah Berpisah, Nora Danish, Jejai & Fasha Sandha Rai Birthday Putra Rayqal Ke-16!

Ads

Meskipun anak sudah remaja, tapi pelakon drama popular Puteri ini sentiasa nampak cantik dan awet muda. Tambahan pula, sejak Nora memutuskan untuk berhijab. Lagi berseri-seri!

Turut meraikan hari lahir Putra Rayqal ialah ibu Nora Danish, bekas suami aktres berkenaan iaitu Nedim Nazri dan anak mereka, Mohamed Neqayl Nedim.

Artikel https://www.nona.my/manis-berjubah-bertudung-labuh-penampilan-nora-danish-di-majlis-ilmu-raih-pujian-ramai/

Rayqal dikhabarkan menyambung pengajian di Kolej Tuanku Ja’afar di Mantin, Negeri Sembilan sejak tahun 2021.

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI