Tetap Bersatu Meskipun Dihalang PKP, Pernikahan Online Kini Pilihan Bakal Pengantin

Yakinlah jika bijak menjaga batas sebelum halal, Allah akan mempermudahkan urusan pernikahan. Semua pasangan berkahwin akan dilanda ujian, macam-macam ujian, tetapi insyaAllah, akan dipermudahkan.

Allah akan tunjuk jalan keluar yang terbaik kerana semuanya ini harus kembali kepada asas kebahagiaan hakiki dan takwa kita kepada Ilahi. Jika keikhlasan disertakan kala ingin membina masjid itu, maka pastiya keindahan itu akan mengiringi momen kehidupan sebagai suami isteri seterusnya.

Setiap pasangan akan melalui saat dimana cinta mereka diuji. Bagi mereka yang bernikah akibat keadaan PKP ini, ujian ini akan membuatkan mereka tidak tenteram dan selalu dibayangi perasaan negatif. Maka adanya perkahwinan secara online,

telah permudahkan segala keadaan itu.
Upacara akad nikah online pertama di Malaysia
Social distancing masih diamalkan

Mahu disatukan dalam sebuah ikatan untuk mengelak jiwa kacau. Mahukan ucapan I LOVE YOU terasa lebih bergetar meresap ke dalam jiwa kala sudah bergelar suami isteri. Ungkapan dan bukti cinta yang sebenar.

Ya! Betapa besarnya kuasa akad nikah, bila dua hati bersatu dalam rasa tenang dan bahagia. Sangat jelas, lafaz orang nikah itu memang diredhai Allah. Perasaan itu datang secara semula jadi dan bukannya dibuat-buat. Titisan air mata dan senyuman ketawa kala nikah adalah momen yang suci terbit dari hati.

Zaman sekarang, konsep bercinta lepas nikah sepertinya makin pupus. Baru kenal seminggu di online, terus boleh couple. Berbeza dengan dulu-dulu, ibu bapa tunjuk gambar, kalau berkenan terus masuk meminang atau bertemu sekali dua terus hantar rombongan.  Alhamdulillah, hubungan itu kekal bertahun dan hingga ke akhir hayat.

Zaman sekarang memang banyak dugaan nafsu dan jiwa kacau. Sosial media dan kebebasan bersosial mampu meracuni minda, sifat dan sikap sesorang untuk lemah dalam pelbagai kancah maksiat, kecurangan dan sebagainya. Daripada terus hanyut, lebih baik dinikahi secara halal. Apa pun semuanya bergantung kepada niat dan keikhlasan hati. Tepuk dada tanya selera!

Jika jodoh itu memang untuk anda, segalanya telah sempurna lengkap dari segi kemampuan, maka bukalah laluan untuk menuju ke gerbang perkahwinan. Jangan hanya mengikut nafsu yang bukan-bukan, simpan nafsu itu selepas berkahwin.

Hakikatnya, bercinta sebelum atau selepas berkahwin bukan penentu kebahagiaan rumah tangga yang kekal abadi. Tetapi proses kehidupan di dalam perkahwinan itulah yang akan menentukannya. Sikap toleransi, berbincang sedari awal, tolak ansur, sayang menyayangi tanpa sebarang prejudis, itulah rahsia mengekalkan kebahagiaan rumah tangga.

Letakkan rentak perkahwinan mengikut syariat sebagai pasangan umat Islam yang patuh kepada perintah Allah SWT.  Maka layarilah rumah tangga dengan penuh keharmonian kerana cinta itu milik Allah dan Dia berkuasa untuk meniup rasa cinta itu ke dalam hati kita, terutama selepas bernikah.

Untuk itu, tahniah dan selamat menikmati cinta yang halal buat mereka yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan secara online dalam tempoh PKP ini. Semoga ini bisa menjadi catatan indah sehingga ke anak cucu dan sampai ke destinasi syurga abadi… InsyaAllah.

Share
Published by
KR