Bersempena ketibaan Aidilfitri tidak lama lagi, dUCk melancarkan koleksi Raya 2023 yang dinamakan The Ikatan dUCk.
Ads
Mengambil inspirasi daripada tikar tradisi atau lebih dikenali sebagai tikar mengkuang yang kebiasaannya didapati di kebanyakan rumah di Malaysia, koleksi istimewa ini seolah-olah mengimbau kembali kenangan indah menyambut lebaran di samping keluarga.
Setiap rekaan koleksi The Ikatan dUCk dihasilkan penuh ketelitian sekaligus menonjolkan kemewahan warisan dan budaya Malaysia.
Meskipun diilhamkan daripada produk tradisi namun dUCk tampil kreatif dengan menambah elemen moden dalam setiap rekaan bagi memenuhi gaya wanita masa kini.
Antara rangkaian produk koleksi raya dUCk 2023 merangkumi skaf, selendang, beg tangan, ready-to-wear (RTW), telekung, dan aksesori hijab. Setiap rekaan skaf memiliki motif sulaman tikar mengkuang yang terbahagi kepada Full Collection dan Minimal Collection.
Ads
Enam pilihan warna menarik bagi Full Collection ialah Abadi, Kenangan, Bersama, Sempurna, Istimewa dan Jalinan. Manakala Minimal Collection pula hadir dalam lapan variasi rona iaitu Mesra, Cinta, Manis, Akrab, Karib, Erat, Teguh dan Indah.
Tidak sekadar memasarkan produk koleksi raya, dUCk turut mengadakan sesi Ikatan Tazkirah sepanjang Ramadan yang dikendalikan Mu’allim Faizul dari Soul Digest yang disiarkan menerusi IG Live pada 28 Mac, 4 April, 12 April dan 19 April.
Ads
Bukan itu saja, raya kali ini juga dUCk tampil dengan Ikatan Billboard bagi memaparkan keutuhan hubungan silaturrahim di antara tua dan muda, dekat dan jauh, ibu bapa dan suami isteri.
Antara pasangan ikon yang menghiasi Ikatan Billboard ini ialah Datuk Chef Wan dan anak, Chef Riz; Mira Filzah dan suami, Wan Emir Astar; Dr Amalina Che Bakri dan Bonda Sabariah Hassan; dan Ayana Jihye Moon dan Vivy Yusof.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejap je masa berlalu. Diam tak diam, pelakon berwajah cantik, Sari Yanti bakal melahirkan cahaya mata tak lama lagi. Memandangkan usia kandungan pun dah mencecah 8 bulan dan sebagai meraikan momen terindah itu, majlis Baby Shower khas buat Sari diadakan dengan meriah oleh ahli keluarga dan kenalan rapat selebriti berkenaan semalam.
Memilih warna kuning dan kelabu sebagai warna tema, majlis yang berlangsung di RUANG Shah Alam ini nyata sarat dengan elemen bermotifkan kelengkapan bayi serta ilusi gajah. Daripada backdrop, kek dan aneka juadah lain, kebanyakannya dihias dengan indah menggunakan tema sama. Memang comel sangat! Untung Sari sebab dikelilingi insan-insan tersayang yang setia menemaninya menjelang detik bersalin kelak.
Selain anggun mengenakan busana Ari Wedding Couture pada majlis itu, Sari turut meluahkan rasa terharu atas layanan yang diberikan kepadanya. Menerusi posting terbaru Sari di IG, “Thank you cousins, sisters and friends for the baby shower yesterday. Feel so much love for the thought. Alhamdulillah, I am thankful to have this silaturahim and will always cherish it all the way.
Terima kasih untuk suami yang sentiasa ada dan menghargai. Terima kasih untuk sahabat-sahabat baik. Adik-beradik dan cousins. Sebab buat surprise last week tak jadi. Buat lagi minggu ni dan masih sanggup. Terima kasih Ezsconcept for the beautiful ideas concept and printable. Siap buat deco gajah comel dan deco macam-macam yang cantik. Kat semua ada gajah, comel sangat. Backdrop so lovely and cute. Color choice is also very nice.”
Sari dan Jep sah bergelar suami isteri pada 25 Februari tahun lalu selepas aktres ini berpisah dengan bekas suami pada tahun 2014. Hasil perkahwinan terdahulu, Sari dikurniakan dua anak lelaki iaitu Barr Al Aly dan Basit Al Haq.
Berhubung jantina anak yang dikandung, pasangan suami isteri ini bagaimana pun belum membuat sebarang pengumuman mengenainya. Moga kesihatan Sari dan kandungan sentiasa sihat kehendaknya dan dipermudahkan segala urusan. Tak sabar nak tengok JepSari junior!
Sumber : Instagram Sari Yanti
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Menerusi perkongsian di laman media sosial Istana Negara, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong berkenan berangkat secara mengejut mengunjungi restoran makanan segera KFC Petronas Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Baginda berdua berangkat ke restoran tersebut untuk menikmati santapan tengahari. Turut berangkat bersama ialah paduka-paduka anakanda dan cucunda Seri Paduka baginda berdua.
“Di restoran tersebut, Seri Paduka Baginda berdua dan paduka-paduka anakanda serta cucunda berkenan beratur di kaunter bersama pengunjung restoran yang lain untuk memesan santapan tengah hari.
“Seri Paduka Baginda berdua turut berkenan menikmati santapan di restoran tersebut bersama pengunjung yang lain.”
Selesai santapan, Seri Paduka Baginda berdua berkenan meluangkan masa bertanya khabar dan beramah mesra dengan beberapa pengunjung restoran. Baginda berdua turut berkenan mengambil gambar bersama pengunjung.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan keterujaan dan bangga dengan sikap berjiwa rakyat Seri Paduka Baginda berdua yang sudi bersantapan di restoran makanan segera kegemaran ramai.
Kredit Foto: Istana Negara
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selamat pengantin baru buat anak kepada Allahyarham Ridzuan Hashim dan Didie Alias, Muhammad Dhanial Mohd Ridzun atas pernikahannya baru-baru ini. Muhammad Dhanial atau mesra disapa Dhan dalam kalangan ahli keluarga sah bergelar suami kepada Nur Khairunnisa di Tawau, Sabah pada 20 Mei lalu. Alhamdulillah!
Walau gembira membina rumah tangga dengan wanita pilihan namun pastinya kenangan di samping arwah ayah tetap segar di ingatan lelaki berusia 29 tahun tersebut. Apatah lagi, dia sudah pun membuat persiapan dan membeli tiket penerbangan untuk Allahyarham Ridzuan Hashim untuk majlis pernikahannya.
Bagaimana pun takdir Allah, ayah tersayang ‘pergi’ pada 4 Mei lalu.
Menerusi perkongsian video dan gambar menjelang pernikahan Dhan di media sosial Didie Alias dan adik-beradik tersayang, kelihatan rombongan keluarga ini menaiki kapal terbang ke Negeri Di Bawah Bayu demi meraikan hari bahagia Dhan.
Dhan merupakan satu-satunya anak lelaki Allahyarham Ridzuan Hashim hasil perkongsian hidup bersama Didie Alias sebelum pasangan pelakon berkenaan berpisah. Selain Dhan, mereka turut dikurniakan empat anak perempuan iaitu Nur Dhaniyah, Nur Dinie, Nur Dayini Ahza dan Nur Diyana.
Sebagai ibu, Didie bersyukur melihat anak lelakinya kini menggalas tugas sebagai suami.
“Alhamdullillah selesai majlis pernikahan anak lelaki Mumy, Muhammad Dhanial dan Nur Khairunnisa. Welcome to our family Khairunnisa. Selamat Pengantin Baru Anakku. Semoga berbahagia hingga ke Jannah. Jaga Dhan untuk kami ye. We love you both.”
Meski Allahyarham Ridzuan Hashim tidak sempat menyaksikan majlis pernikahan anak lelaki tunggal, kenangan arwah bersama anak-anak dibawa bersama pada hari bersejarah Dhan apabila kesemua mereka sepakat mengenakan persalinan burgundy pada majlis persandingan.
Perkara itu didedahkan anak sulung, Nur Dhaniyah. “Backstory, reason pilih this color sebab ayah dah ada baju melayu color ni so tak payah dah beli / tempah baru sebab size dia memang susah nak dapat if readymade. Dia tinggi sangat.
Bukannya diri ini tak terima kenyataan. Hati ini hanya rindu. Al-fatihah (dibaca) Mohd Ridzun bin Puteh. Sentiasa rindu.”
Dhan menyambut ulang tahun kelahiran ke-29 pada 13 Mei lepas. Semoga rumah tangga yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...