Beruntungnya suami kepada Shila Amzah, Haris Idraki Elias! Walaupun berada jauh beribu batu di kota London tapi masih dapat nikmati juadah masakan Melayu hampir setiap hari. Lagi-lagi dimasak sendiri oleh isteri tercinta. Mesti lebih sedap dan rasa bahagia. Mahu berkali-kali tambah nasi!
Sebenarnya memasak bukanlah satu perkara yang susah bagi penyanyi bersuara lunak ini. Kata Shila, dia sudah mula masuk ke dapur dan belajar memasak ketika berumur 10 tahun lagi. Jadi lepas berkahwin dan ada tanggungjawab ‘jaga perut’ suami, Shila cuba untuk melaksanakan tugas itu sebaik mungkin dengan bantuan ibu tersayang.
Meskipun hanya mampu belajar dan kongsi resipi melalui Whatsapp dengan ibunya, anak sulung daripada empat beradik ini sanggup belajar bermacam-macam jenis masakan lain. Memang terserlah usaha gigih Shila untuk membahagiakan Haris.
Memandangkan sedang berada di bulan Ramadan, kebanyakan menu iftar disediakan Shila di rumah. Antara menu yang dimasak Shila seperti Nasi Tomato, Ayam Tandoori, Sate, Nasi Ayam, Begedil, dan Kurma Daging.
Disebabkan terbiasa dengan lauk Melayu, Shila sanggup berbelanja hampir RM320 semata-mata untuk membeli produk makanan Malaysia dan ramuan tradisi yang agak susah didapati di London.
“60 pound untuk semua ni. Yang penting dapat cari daun kari dan tempe. Yang lain-lain tu additional je. Rasa macam heaven pergi kedai Wingyip area Wembley tu. Walaupun jauh namun ku sanggup.
Diam tak diam Sha habiskan masa 2 jam beli benda ni je, simply sebab mesmerised tengok banyak barang Asian,” kongsi Shila di laman Instagramnya baru-baru ini.
Shila dah Haris selamat bergelar suami isteri pada tanggal 19 April lepas dan memutuskan untuk tinggal bersama suami di London.
Sumber : Instagram Shahila Amzah