Kemesraan dan rumah tangga bahagia Dida Sinclair di samping suami tercinta, Mohamed Sinclair memang patut dijadikan inspirasi. Mana tidaknya, walau usia perkahwinan sudah menjangkau 47 tahun namun kedua-duanya masih romantis dan saling menghargai. Tumpang gembira tengok perkahwinan bahagia suami isteri ini.
Dida atau nama sebenarnya Khadijah Abdul Rahman selamat bergelar isteri kepada jejaka kacak Inggeris, Mohamed Anthony John Sinclair pada 7 Oktober 1976. Hasil perkongsian hidup selama hampir lima dekad, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Allahyarham Ashraf Sinclair, Aishah Sinclair dan Adam Sinclair.
Anak sulung, Allahyarham Ashraf berkahwin dengan Bunga Citra Lestari dan dikurniakan seorang anak, Noah Sinclair. Aishah pula isteri keapda Sheikh Abdul Shahnaz dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Soraya Ann dan Aina Elisabeth.
Manakala Adam Sinclair berkahwin dengan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Mat Zara’ai pada tahun 2018.
Bersempena ulang tahun perkahwinan ke-47, ibu penyayang ini menitipkan rasa syukur dengan kebahagiaan hidup rumah tangga bersama suami tercinta.
“Alhamdulillah, we have been blessed with good health in the 47 years and we also have bittersweet loss but most of all we are truly happy and grateful to have Bunga and Noah, Aishah and her family, Adam and Alis who filled our hearts with love.”
Ketiga-tiga anak kesayangan terlibat dalam industri seni. Apa tidaknya, darah seni mengalir deras dalam diri Dida yang cukup meminati seni lukisan khususnya melibatkan keindahan botani. Selain menjual hasil karya lukisannya, Dida juga merupakan pengasas Yayasan Anak Warisan Alam (YAWA).
Pada 8 Februari lepas, Dida menyambut ulang tahun kelahiran ke-72. Melihat penampilan dan gaya hidupnya pasti ramai yang tidak menyangka wanita berjiwa kreatif ini sudah pun meniti usia 70an.
Dia sememangnya bertuah kerana dikurniakan kesihatan yang baik, aktif dan ceria. Barangkali ibu ini mengamalkan gaya hidup yang sihat dan berfikiran positif sekaligus membuatkannya tampil bertenaga setiap masa.
Hujung Oktober lalu suami Dida atau mesra disapa Pak Mat terpaksa menjalani pembedahan selepas terjatuh ketika berlari dan mengalami patah tulang kaki. Alhamdulillah kini dia semakin beransur baik.
Pak Mat juga mengusahakan perniagaan produk makanan sendiri iaitu Pak Mat’s Homemade Preserves. Sehingga kini produk tersebut mempunyai tiga variasi perisa, Pineapple & Ginger Jam, Orange Marmalade dan Grapefruit Marmalade.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/pergi-kebun-naik-kereta-aston-martin-kasut-dior-penampilan-datin-noor-kartini-curi-tumpuan/
This website uses cookies.