Krisis kemanusiaan melibatkan pelarian Rohingya seakan tiada kesudahannya. Secara umumnya, Rohingya merupakan kelompok minoriti Islam di Myanmar. Sebahagian besar orang Rohingya menetap di Arakan (kini dikenali Rakhine) terutamanya di sekitar Maungdaw, Buthidaung, Rathedaung, Sittwe dan Kyauktaw.

Ads

Terpanggil membantu pelarian Rohingya mengharungi kehidupan yang serba kekurangan, MERCY Malaysia UK telah bekerjasama dengan Mercy Malaysia untuk misi bantuan perubatan dan kemanusiaan di Cox’s Bazar, Bangladesh. Statistik terkini mencatat jumlah pelarian Rohingya di Bangladesh seramai 860,000. Keluasan kem Kutupalong kini menjangkau 800 hektar. Ia adalah antara kem pelarian yang terbesar didunia. Persekitaran kem dengan longkang terbuka, air bertakung, sampah dan sisa pembuangan pasti mengundang wabak penyakit.

Tanpa bekalan elektrik atau air, warga kem amat bergantung kepada air bawah tanah yang diambil dari telaga tiub. Di mana-mana kelihatan kanak-kanak dan kaum wanita beratur untuk mengambil air. Namun jumlah pam masih tidak mencukupi untuk menampung kegunaan puluhan ribu pelarian.

Tetap Taat Perintah Allah Walau Hidup Serba Daif, HALIZA HASHIM Kongsi Pengalaman Bertemu Etnik ROHINGYA!

“Rata-rata kemudahan asas seperti bekalan air bersih, sistem perparitan, tempat pembuangan sisa dan kumbahan masih tidak sempurna namun masalah ini telah dikenal pasti oleh badan dunia. Mercy Malaysia misalnya membantu membina 20 tandas komuniti di sini. Setiap unit mempunyai 2 bilik mandi dan 4 tandas. Walaupun Bangladesh amat bermurah hati membenarkan kawasan hutan simpan ini dijadikan perkampungan kaum Rohingya hakikatnya pertubuhan perubatan dan kemanusiaan antarabangsa termasuk dari Malaysia menjadi penyambung nadi mereka.

Saban hari di pusat pengagihan makanan terdapat ratusan orang yg beratur untuk mengambil bantuan. Mereka menggunakan sistem kupon. Beras, tepung, minyak masak, sabun, selimut, tikar dan tong air antara yang diberikan. Berduyun-duyun mereka turun dari bukit ke food distribution centre pertubuhan antarabangsa. Berbanding dengan apa yang kita lihat pada September tahun lalu di mana mereka merebut-rebut untuk dapatkan sekampit beras, kali ini sistem pengagihan lebih teratur,” ujar Haliza lagi.

Haliza Hashim yang juga pemegang amanah MERCY Malaysia UK telah berkunjung ke kem pelarian Rohingya di Bangladesh bersama dua orang doktor yang berpengkalan di London, Dr Zehan Rahim dan Dr Thomas McKearney.

Ads

Tetap Taat Perintah Allah Walau Hidup Serba Daif, HALIZA HASHIM Kongsi Pengalaman Bertemu Etnik ROHINGYA!

Tetap Taat Perintah Allah Walau Hidup Serba Daif, HALIZA HASHIM Kongsi Pengalaman Bertemu Etnik ROHINGYA!
Suasana di kem yang didiami etnik Rohingya

Pada hari pertama memasuki kem pelarian, jelas kelihatan warga tua, ibu hamil dan kanak-kanak mengalami masalah kesihatan seperti kekurangan zat makanan dan sebagainya. Malah, ada di antara mereka sanggup berjalan kaki hampir satu jam untuk sampai ke klinik dan menunggu sehingga tiga jam untuk berjumpa dengan doktor.

Ads

“Kaum wanita Rohingya amat pemalu. Mereka akan menoleh apabila saya menghalakan camera ke arah mereka walaupun dari jarak jauh. Mereka sering duduk di dalam rumah. Saya banyak buat kawan dengan kanak-kanak. Sebab mereka sering bermain di luar. Saya joined sekumpulan teenage girls main batu seremban. Saya tunjukkan taktik saya, tetapi mereka tunjukkan style mereka yang lebih cekap!

Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan apabila melihat betapa masyarakat Rohingya ini amat menepati waktu solat. Ketika azan Zohor mula berkumandang, sahut-menyahut dari beberapa masjid dan madrasah di kem pelarian mula kedengaran. Dari atas bukit saya nampak anak-anak kecil berlari-lari ke telaga tiub untuk mengambil wuduk. Yang dewasa pula berjalan laju merebut giliran. Warga emas mengheret kaki turun dari lereng bukit untuk ke masjid atau madrasah. Subhanallah!” ujar Haliza seraya mengakhiri perkongsian bersama majalah NONA.

Haliza Hashim adalah pemegang amanah MERCY Malaysia UK dan juga wartawan TV3/Media Prima di London.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI