Memimpin sebuah syarikat barangan kemas terkemuka seperti Habib bukanlah satu tugas yang mudah. Bayangkan ketika segalanya berjalan lancar, tiba-tiba pula dunia dilanda pandemik COVID-19. Cabaran mengemudi perniagaan buat Pengarah Eksekutif Habib Group, Datin Sri Zarida Noordin bertambah sukar.
Ads
Dalam temu bual eksklusif bersama Majalah Nona, banyak pengalaman menarik yang dikongsikan sepanjang menempuh dugaan berniaga sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.
Sebagai isteri kepada Pengarah Urusan, Dato’ Sri Meer Sadik Habib yang juga rakan niaganya, mereka berdua tidak menafikan ‘pening kepala’ apabila semua kedai terpaksa ditutup.
“Pertama kali kena PKP, kami suami isteri tertanya sesama sendiri. Apa kita nak buat ni? Kita ada 1,300 pekerja. Kedai-kedai semua kena tutup.
Siang malam kami bincang. Macam mana nak survive? Macam mana nak bayar gaji staf? Itulah persoalan pertama yang membimbangkan saya dan suami.”
Ads
Menariknya, Datin Sri Zarida menemui keindahan bekerja dari rumah apabila beliau mula ‘terbiasa’ dengan tugas mengemas dan memasak, sambil kerap bermesyuarat secara online di rumah. Normal baharu ini juga menyimpan hikmah tersembunyi, beliau dapat bersenam dan menumpukan masa untuk spring cleaning!
Ikuti perkongsian menarik wanita hebat ini dalam video Superwoman Talk bersama Editor Majalah Nona, Norzalina Mohd Alias…
Ads
Sejak dahulu lagi, personaliti Datin Sri Zarida yang mesra cukup menyenangkan saya. Orangnya penuh sifat keibuan serta bersemangat tinggi. Kala berbicara tentang fesyen, Pengarah Urusan PANDORA Malaysia & Brunei ini juga jelas berpengetahuan tinggi.
Semoga kekuatan diri beliau menjadi inspirasi kepada usahawan wanita lain. Berbekalkan niat yang murni, ketabahan dan sikap positifnya boleh menjadi pendorong agar kita lebih berani mendepani cabaran.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ogos lalu genap setahun usia perkahwinan Nurul Izzah dan suami tercinta, Yin Shao Loong. Masih segar lagi di ingatan apabila anak sulung kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ini berkongsi berita perkahwinan, ramai yang terkejut dengan khabar berkenaan.
Bagaimana pun, rata-rata mereka memanjatkan kesyukuran dan tumpang bahagia saat Nurul Izzah kembali bergelar isteri.
Sekian lama merancang pertemuan bersama aktivis politik ini akhirnya Izzah menyatakan kesudian menjadi penghias Nona November 2023 versi digital. Walau mempunyai jadual tugas yang padat, kesanggupannya meluangkan masa berkongsi perkembangan terkini bersama pengikut setia Nona amat dihargai.
Apatah lagi Nurul Izzah kini menggalas tanggungjawab selaku Ketua Bersama Sekretariat Penasihat Kepada Menteri Kewangan yang dipengerusikan Tan Sri Mohd Hassan Marican.
Mengulas rutin harian sejak bergelar suri hati Shao Loong, dalam nada bahagia Izzah membuka bicara. “Saya rasa tak ada banyak perbezaan. Mungkin boleh dikatakan kami sama-sama sibuk. Alhamdulillah dalam keadaan suami pun mengenali saya lama, jadi beliau tahu (kesibukan) saya. Rutin tidaklah begitu berbeza berbanding dahulu.
Kami dua-dua pun tidaklah makan sarapan pagi yang besar. Hanya kami fokus persediaan anak-anak sebelum ke sekolah. Samalah seperti mana saya laksanakan dahulu sebelum berkahwin.”
Tambah Izzah lagi, walau suami sempat turun padang bersamanya hanya beberapa kali namun dia bersyukur kerana penyelidik kanan Institut Penyelidikan Khazanah berkenaan sentiasa menjadi tulang belakang.
“Bila saya memerlukan seorang sahabat, beliau sentiasa meluangkan masa. Kerna kami kenal lama dan kadang kala ada krisis politik atau isu Palestin kita nak meneliti dari segi dasar.
Beliau banyak membantu saya walaupun beliau bertugas dengan dapatan dan input. Bagi saya itu adalah sesuatu yang sangat bernilai because time you cannot buy.
Orang beli sesuatu untuk kita itu satu hal, tapi orang luangkan masa bila kita perlukan pada saat kita perlukan, itulah saya fikir ‘hadiah’ buat kita.”
Diaju pertanyaan mengenai rumah tangga, ibu kepada tiga cahaya mata ini berkata, “Make sure people yang berkahwin, saya pernah bercerai dan kahwin kali kedua, saya harus tekankan tiga benda ini.
Dalam perkahwinan kita perlu ada keinginan berkomunikasi, kemahiran untuk berkompromi dan berunding, serta ketiga adalah kesabaran.”
Izzah juga dalam pada itu melahirkan rasa syukur kerana mempunyai sistem sokongan yang baik terutamanya dari keluarga ketika diuji dengan perpisahan rumah tangga.
“Alhamdulillah walau pun banyak yang telah saya hadapi, saya fikir kita diberi peluang untuk bersama ibu, ayah dan adik-beradik dalam satu kepompong kasih sayang dan itu adalah suatu yang amat saya hargai.
Saya juga punya ibu mentua yang sangat memahami dan anak-anak,” ujarnya yang turut mendedahkan suami dan anak perempuan iaitu Nur Safiyah pandai memasak hidangan pasta.
Nurul Izzah pernah mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim dan dikurniakan dua anak masing-masing berusia 16 serta 14 tahun.
Dia kemudian sah bergelar isteri Yin Shao Loong yang pernah menjadi Pengarah Eksekutif Institut Pemikir Institut Rakyat pada Ogos 2022. Shao Loong turut mempunyai seorang anak iaitu Yu Zhou.
Moga rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan berkekalan hingga ke jannah.
Teks & Penyelaras : Suziana Abu Daud
Konsep & Penata Gaya : Norzalina Mohd Alias
Jurugambar & Juruvideo : Sharinizam Othman & Mohd Qaaf
Solekan & Dandanan : Ann Karim
Tajaan Lokasi: Terima kasih Commune Bangsar, Kuala Lumpur (Pegawai Perhubungan Awam – Inga Jawahir)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Datin Anne telah mendapat pujian kerana mengekalkan hubungan baiknya dengan bekas suami. Ini dapat dilihat apabila Datin Anne telah melawat isteri kepada bekas suaminya yang baharu sahaja melahirkan anak baru-baru ini.
Seperti yang diketahui umum Datin Anne Ngasri telahpun bercerai secara rasmi dengan suami pertamanya, Abdul Wafi Hassan pada 25 Mac 2010.
Hasil perkahwinan terdahulu bersama bekas suami, Abdul Wafi Hassan, mereka dikurniakan 3 cahaya mata, Abdul Warits, 13, tahun, Abdul Wafri, 11 tahun dan Nazharah Afrozah, 9 tahun.
Kemudian, Datin Anne Ngasri telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Mohd Sumali Reduan, 47, pada 22 Disember 2012. Menerusi perkahwinan itu, Datin Anne dan Sumali dikurniakan seorang seorang anak lelaki, Sufi Harraz yang kini berusia 6 tahun dan seorang anak perempuan yang lahir pada 28 Nov yang lalu.
Anak kelima pelakon yang pernah popular menerusi drama bersiri Cili Padi ini dilahirkan dengan berat 3.22kg rupa-rupanya lahir lebih awal daripada tarikh jangkaan doktor pada bulan Disember 2018.
Datin Anne atau nama sebenarnya, Ngasriah Ngasri, telah pun berkongsi berita gembira tentang kelahiran anak kelimanya di laman Instagramnya. Datin Anne juga telah memuat naik foto bersama bayi comel itu di samping suami dan anak-anaknya yang lain.
Kongsi Datin Anne selepas melahirnya anak kelimanya tempoh hari, “Allahuakbar dengan izin ALLAH saya telah selamat bersalinkan baby girl dengan berat 3.22 kg. Alhamdulillah terima kasih Ya ALLAH untuk rezeki yang ke-6 ini,” kongsi Datin Anne ketika memperkenalkan anaknya sedikit masa dahulu.
Tambah Datin Anne Ngasri, 35 tahun, yang kini bergiat aktif dalam bidang politik lagi, “Semoga kehadirannya menambah seri pada keluarga kami. Semoga kelahiran ini menjadi kebaikan pada agama kami. Semoga membesar dan mentaati tuntutan Ilahi,” tulis Datin Anne.
Kredit foto: Instagram @annengasri_official & @theyayanadiahs
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah sedekad rupanya ikon hijabi Asia tersohor, Neelofa berada dalam industri. Tempoh 10 tahun sudah cukup melambangkan kematangan perjalanan anak kelahiran Cik Siti Wan Kembang berusia 31 tahun ini. Patutlah Neelofa kini nampak makin tenang dan kurang kontroversi namun pengaruhnya tetap luar biasa!
Sehingga artikel ini ditulis, jumlah pengikutnya di Instagram mencecah 7.3 juta. Sama ada dipuji mahupun dikecam Neelofa tetap Neelofa. Seorang yang sentiasa positif dan optimis dengan setiap perkara yang dilakukan.
Tak pernah lelah untuk mencipta nama sampai ke pentas global, selain gigih mencipta portfolionya yang tersendiri, sekurang-kurangnya pemilik nama sebenar Noor Neelofa Mohd Noor ini telah membawa nama Malaysia dikenali di pentas fesyen antarabangsa dengan membawa imej Muslimah berhijab.
BUKAN MUDAH “Perjalanan ini bukan mudah, alhamdulilah segalanya berjalan dengan lancar. Saya sudah lama meletakkan sasaran untuk melangkah lebih jauh dalam karier. Saya perlu lebih produktif dan memberikan komitmen sepenuhnya terhadap karier.
Banyak pengalaman mematangkan saya. Segala kecaman mahupun pujian tidak mempengaruhi saya, sikit pun tak terkesan. Diam tak bermakna saya tak ambil peduli kerana saya mendengar apa yang orang kata selagi kecaman itu tak menjejaskan reputasi.
Saya bersyukur dan berterima kasih kepada mereka yang banyak menyokong selama ini terutama keluarga. Banyak lagi yang saya perlu belajar to achieve more great things,” kongsi Neelofa yang merupakan satu-satunya Muslimah berhijab yang terpilih menjadi ‘keluarga’ agensi modeling terkenal, Established Models (EST) yang terletak di kota London.
Tak sekadar sukses dalam industri fesyen, Neelofa juga cemerlang sebagai usahawan Naelofar Hijab. Maka tak hairanlah Neelofa sering dijadikan inspirasi khususnya di kalangan generasi muda.
TRENDSETTER
Sebut saja Neelofa kita pasti membayangkan penampilannya yang ‘mahal’ dan ekslusif membawa jenama-jenama terkenal antarabangsa. Apa jua yang ditonjolkan pasti mendapat perhatian.
“Untuk setiap penampilan baru adalah mengikut nasihat daripada penata gaya saya sendiri. Dalam masa sama, saya gemar mencabar diri untuk mencipta stail baru. Saya gemar melakukan eksperimen fesyen mengikut cita rasa sendiri.”
Impiannya dalam tempoh 5-10 tahun akan datang mahu meluaskan lagi empayar bisnes ke Eropah dan Timur Tengah. Neelofa juga mengimpikan untuk memiliki one-stop-centre bagi jenamanya seperti tudung, hotel, residen, agensi pelancongan, F&B, pusat kecantikan dan sebagainya. Semoga Neelofa terus berjaya di pentas fesyen antarabangsa dan juga pengacaraan serta lakonan.
Kredit Foto: Instagram @neelofa
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Diam tak diam, perkahwinan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam bakal menginjak usia setahun ...