Berita

“Tetap Tarik Tangan Untuk Sama-Sama Cuba,” Farah Lee ‘Nervous’ Kembali Jadi Isteri Lepas 7 Tahun Bergelar Ibu Tunggal!

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Tujuh tahun bergelar ibu tunggal akhirnya aktivis dan pempengaruh media sosial, Farah Lee bertemu bahagia yang dicari. Tanggal 5 Januari lepas Farah atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli kembali menjadi isteri kepada jejaka pilihan, Mohamad Fuad Hashim.

Rata-rata followers setia Farah meluahkan rasa syukur dan gembira melihat kebahagiaan ibu berusia 34 tahun ini. Terdahulu, Farah pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara popular iaitu Ally Iskandar pada 20 Januari 2012 namun dikhabarkan berpisah pada 17 Ogos 2016.

Ketabahan Farah menempuh hidup sebagai ibu tunggal di samping anak perempuan iaitu Maream Esabel menjadi inspirasi.

Kredit Instagram @farahlee_
Kredit Instagram @farahlee_
Kredit Instagram @farahlee_

Di sebalik kesibukan Farah membesarkan cahaya mata, semangatnya membina empayar perniagaan dan menuntut ilmu meraih perhatian khalayak.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/saya-percaya-keberkatan-hidup-ni-dari-doa-mama-farah-lee-genggam-master-ada-bisnes-sendiri/

Artikel https://www.nona.my/master-dalam-genggaman-bisnes-makin-maju-kejayaan-farah-lee-cetus-inspirasi/

 

Dia memiliki ijazah kejuruteraan mekanikal dari Universiti Korea Selatan pada tahun 2013 dan mengenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leads, United Kingdom pada Mac 2022.

Berkongsi momen bahagia di media sosial, Farah tampil menawan dalam persalinan tradisi rona hitam sedondon dengan suami tercinta. Majlis pernikahan yang berlangsung secara sederhana namun meriah di Terengganu itu dihadiri ahli keluarga dan kenalan rapat pasangan pengantin.

Paling mencuri tumpuan ialah gaya Farah dan suami yang berpakaian tradisi dengan padanan kasut sneakers. Lain macam!

Kredit Instagram @farahlee_
Kredit Instagram @farahlee_
Kredit Instagram @farahlee_
Kredit Instagram @farahlee_

“My nikah was done on Friday, January 5th morning, in a very humble and simple setting, attended by only my family members, close relatives and few very close friends. Vibes was a bit gloomy masa akad nikah sebab I wish Papa was there to witness all these.

But I made sure Maream is fully involved so I gave her the honour to be the ring bearer.

Terima kasih semua yang hadir dalam cerita kami.

Yang tahu je tahu dramanya nak sampai ke sini. Few times nak give up je sebab tiba nervous gila pula but Alhamdulillah ala kulli hal. Masih nervous, sometimes doubting my ability as a wife, sometimes rasa not yet ready, sometimes trigger trauma lama.

Tapi terima kasih Fuad Hashim sebab tetap tarik tangan untuk sama-sama mencuba. Told him seorang FL is not easy sebab macam-macam dah dia lalui, tapi dia nak juga, so #goodluckFuad.”

Kredit Instagram @farahlee_
Kredit Instagram @farahlee_
Kredit Instagram @farahlee_
Kredit Instagram @farahlee_
Kredit Instagram @farahlee_

Usai diijab kabul, pasangan ini turut diraikan dalam sebuah majlis ringkas. Uniknya, pengantin baharu ini diiringi anak mereka menuju ke lokasi majlis dengan menunggang kuda. Sweet sangat!

Artikel https://www.nona.my/sertai-misi-kemanusiaan-di-yaman-farah-lee-bantu-agih-sumbangan-bantuan-kepada-pelarian/

Semoga rumah tangga Farah Lee dan Fuad berkekalan hingga ke Jannah.

 

Share
Published by
Suzi