“Thank You Allah” Cecah Usia 53 Tahun DS NONISWARA Syukur Hidup Dipenuhi Cinta & Kasih Sayang Keluarga

1 April 2023 yang lalu genaplah usia dramatis jelita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini yang ke-53 tahun.

Bertuah sungguh Datin Sri Noniswara kerana masih kekal jelita dan berseri walau usianya kini dah mencecah angka 50an.

Di akaun Instagramnya, Datin Sri Noniswara berkongsi beberapa video pendek sambutan hari lahirnya bersama keluarga.

Tulisnya ringkas di ruangan kapsyen:

Happy Birthday Arien

Menerusi video yang berasingan, Datin Noniswara turut berterima kasih kepada keluarga dan anak-anak atas ‘kejutan’ yang dibuat sempena hari lahirnya itu.

“Thank you, children.

“Allah, thank you for this day that you granted me full of life and love.

” Thank you to all my lovely family, uncle, aunt, cousins & children. Love you, guys.”

 

 

Menurut Datin Sri Noniswara, beliau tidak mengamalkan sebarang petua sebaliknya konsisten dengan rutin asas sahaja untuk kekal cantik dan sihat.

Baginya apa yang penting elakkan stres yang menjadi punca penuaan awal.

“Bagi saya penjagaan kulit amat penting maka setiap hari saya akan pastikan menyapu pelembap pada kulit wajah bagi mengekalkan kelembapannya.

“Kulit yang kering akan mencepatkan proses penuaan. Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuklah sentiasa merasa gembira dan bahagia.”

NONA juga percaya selain konsisten dengan amalan rutin kecantikannya, kebahagiaan yang dikecapi bersama suami tersayang juga menjadi faktor kekal awet muda.

“Saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan.

“Berkat doa setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah,” ungkap ibu kepada 3 cahayamata ini.

Datin Sri Noniswara juga berharap agar Allah SWT sentiasa memberkati apa jua yang dilakukannya dan mengurniakan kesihatan serta rezeki yang berpanjangan.

Semoga Datin Sri Noniswara kekal bahagia bersama keluarga tersayang dan awet muda!

Kredit Foto: Instagram Datin Noniswara

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

 

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad