Manis sungguh tengok Bunga Citra Lestari (BCL) berhijab ketika sambutan hari kelahirannya baru-baru ini. Tanggal 22 Mac setiap tahun pastinya penyanyi kesayangan Indonesia ini diraikan dengan penuh meriah. Bukan hanya dalam kalangan keluarga bahkan juga peminat.
Kembali bergelar isteri pada 2 Disember 2023 kepada kenalan lama, Tiko Aryawardhana, BCL tampil anggun berbusana rona maroon dengan hijab warna sedondon di majlis sambutan hari lahir di kediamannya.
Genap berusia 41 tahun, kelihatan ahli keluarga dan kenalan rapat hadir memeriahkan hari istimewa pelantun lagu Cinta Sejati ini.
Apatah lagi, tarikh berkenaan jatuh pada bulan penuh keberkatan bagi umat Islam iaitu Ramadan.
Selain memotong kek hari lahir, turut diadakan ialah majlis doa selamat di kediaman BCL. “41 chapters of life’s twists and turns, lost and love, each one shaping me into who I am today.
Thank you for every gift, flowers, cakes and well wishes from all of you. Hope the same kindness will return to you all. Here’s to embracing each day with courage, kindness and sprinkle of adventure ahead.“
Terdahulu, BCL mendirikan rumah tangga dengan pelakon kelahiran Malaysia iaitu Ashraf Sinclair pada 9 November 2008 dan turut dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Noah Sinclair yang bakal berusia 14 tahun.
Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020. Pun begitu, BCL masih jalin hubungan baik dengan keluarga mentua di Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kuku yang dirias tidak semestinya sihat dan kuat. Penjagaan rapi pada kuku juga amat penting kerana ia turut mencuri tumpuan saat berdampingan dengan orang lain.
Tentu ramai yang memilih penjagaan kuku paling mudah iaitu dengan berkunjung ke salun kecantikan dan mendapatkan khidmat medicure dan pedicure. Kalau ada bajet lebih, tak ada masalah. Tetapi, anda sendiri perlu rajin meneliti keperluan kuku anda,jangan hanya harapkan penata rias saja.
Setiap hari, perhatikanlah perubahan pada kuku anda. Gunakan kesempatan waktu yang ada untuk merancang rawatan kuku yang ingin anda lakukan pada hujung minggu nanti. Jom kita mulakan hari ini!
Sentiasa menjaga kebersihan
Sebelum mulakan rutin harian, sangat penting untuk anda pastikan kuku dan kulit sekitarnya bersih dari kotoran. Jika anda memakai pewarna kuku, bersihkan sisa pewarna yang comot pada jari dengan menggunakan pembersih kuku.
Atau, anda juga boleh mengambil berus gigi lama dan sabun. Gosokkan pada kuku dan kulit dengan perlahan untuk membersihkan kotoran serta menggalakkan pengelupasan kulit mati tanpa perlu menggunakan bahan kimia atau skrub mahal.
Sentiasa lembut
Kuku anda sangat halus. Membersihkan dengan cara yang kasar boleh menyebabkan kuku mudah rosak dan dijangkiti kuman. Anda tidak digalakkan menggunakan peralatan besi terlalu kerap di bawah kuku kerana ia boleh merosakkan kulit.
Trim kuku
Biasakan diri untuk trim kuku anda, sama seperti rambut. Luangkan masa sekurang-kurangnya dua minggu sekali untuk aktiviti trim kuku supaya kuku tumbuh cantik dan sekata.
Hargai kesihatan berbanding ukuran
Bagi sesetengah wanita, kuku yang panjang kelihatan cantik walaupun di sebalik cat warna itu, kuku anda merekah dan pecah! Kuku yang pendek sentiasa nampak kemas dan bersih. Ia juga membolehkan kuku tumbuh dengan lebih sihat dan cantic.
Tidak membuang kutikel
Tahukah anda kutikel pada kuku sebenarnya mempunyai fungsi untuk melindungi kawasan sekitar bawah kuku. Jika anda membuangnya, ia akan memudahkan bakteria untuk menjangkiti kawasan tersebut. Semakin anda membiarkan kutikel, semakin kuku anda menghargai anda.
Seminggu sekali selepas mandi, hanya tolakkan dengan perlahan kutikel dengan menggunakan kayu khas untuk kutikel dan sapu losen untuk membiarkannya lembut dan lebih kemas.
Kebersihan peralatan kuku
Penjagaan kebersihan pada peralatan kuku adalah sangat penting. Pastikan setiap kali membersihkan kuku, anda mencuci di celahan ketip kuku dan tweezer yang digunakan agar bakteria tidak membiak.
Sentiasa menjaga kelembapan
Setiap malam anda pasti tidak lupa untuk menyapu pelembap pada wajah kan? Begitu juga pentingnya kelembapan untuk melindungi kuku. Gunakan campuran minyak kacang almond dan avocado pada kuku dan kutikel agar ia sentiasa lembap dan berkilat.
Kawal diet
Tambahan vitamin dan supplemen seperti biotin, vitamin E dan minyak ikan dalam regimen harian anda boleh memberikan protein terbaik untuk kuku. Ada juga pakar berpendapat, kekacang dan ikan adalah sumber terbaik yang boleh anda amalkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali imbas memang iras wajah ibundanya, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kejelitaan yang dimiliki Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah ini ternyata diwarisi daripada kecantikan Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang. Penuh keayuan dan sejuk mata memandang!
YAM Tengku Puteri Jihan merupakan puteri bongsu kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
27 April lalu, puteri diraja ini genap meniti usia 22 tahun. Semakin menginjak usia, semakin anggun dan matang anakanda kesayangan Baginda.
Berkongsi momen indah bersempena ulang tahun keputeraan Tengku Puteri Jihan menerusi Instagram Air Tangan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah menzahirkan rasa syukur atas anugerah Allah SWT ini.
“Happiest birthday to my baby. My miracle child. Thank you for being the perfect beautiful daughter I could ever have asked for. May Allah SWT bless you always and guide you!
Love you with all my heart! My baby turned 22.”
Dalam foto yang dikongsikan kelihatan ibu dan anak ini bergambar mesra sambil berpelukan. Malah beliau turut berkesempatan memotong kek hari lahir dan disuap ibunda tersayang.
Terserlah sisi manja puteri bongsu Tunku Hajah Azizah dan Al-Sultan Abdullah ini!
Tunku Azizah berkahwin dengan Al-Sultan Abdullah pada 6 Mac 1986. Pasangan diraja ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Diam tak diam, sudah menginjak 12 tahun usia perkahwinan vokalis kumpulan Ungu, Sigit Purnomo Syamsuddin Said S.A.P. atau Pasha Ungu dengan isteri tersayang, Adelia Wilhelmina atau lebih mesra disapa Adel.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan empat orang cahaya mata. Selain itu, Adel juga menjadi “ibu sambung” (ibu tiri) kepada tiga orang anak Pasha dari perkahwinan pertamanya.
12 tahun berumah tangga dan melahirkan zuriat dalam jarak yang agak rapat membuatkan Adel sibuk menguruskan rumah tangga dan anak-anak. Namun begitu, Adel kini boleh menarik nafas lega apabila anak-anaknya, Dewa Hikari Zaidan Ibrahim, Sakha Dyandra Sultan Yusuf, Aliyan Akhtar Raja Sulaiman dan Princess Kayla Mutiara Pasha kini semakin membesar dengan baik dan memberikan ruang untuk dirinya melakukan perkara-perkara yang digemarinya.
Baru-baru ini, Adel memaklumkan dirinya dilantik menjadi Pengarah untuk jenama Tudung Sebawang yang turut memasuki pasaran Indonesia. Bermula sebagai individu yang mencuba jenama tersebut, rezeki Adel untuk membawa jenama dari Malaysia itu ke pasaran Indonesia.
“Saya bermula sebagai pelanggan yang mencuba tudung tersebut dan ternyata produknya bagus dan ramai di kalangan warga Indonesia yang bertanya mengenai hijab yang Adel gayakan. Jadi, saya tertarik untuk menjual produk tersebut di Indonesia. Apabila bertemu dengan pengasasnya, Nadea Fauzi, saya yakin untuk berkolaborasi dengannya.
Meskipun pasaran fesyen Muslimah di Indonesia agak maju dan variasi, tapi saya dapat melihat jenama ini berbeza dengan fesyen yang terdapat di Indonesia,” ujar Adel yang menjawat jawatan sebagai Pengarah di Sebawang Indonesia.
Lensa NONA sempat bertemu pasangan selebriti ini di Sebawang 1001 Malam Grand Launching baru-baru ini, Adel dan Pasha sempat meluangkan masa menghiburkan para tetamu yang hadir di majlis memperkenalkan Sebawang Indonesia di samping memperkenalkan koleksi terbaharu jenama tersebut.
Adel turut diajukan persoalan mengenai hubungan akrab dengan anak-anak tirinya yang disifatkan mempunyai hubungan yang akrab dengan mereka. Untuk rekod, Pasha mempunyai tiga orang anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Kiesha Alvaro Putra Sigit,Shakinah Azalea Napasha dan Nasha Anaya Putri Valentina Pasha.
Adel bersama 3 orang anak tiri serta bekas isteri Pasha, Okie Agustina
“Di Indonesia, ibu tiri digelar ibu sambung. Sememangnya hubungan saya dengan anak-anak memang akrab.Alhamdulillah, komunikasi juga baik dan anak-anak sudah semakin meningkat dewasa. Mereka juga menunjukkan minat dalam bidang seni dan komunikasi dalam keluarga juga baik,” ujar Adel yang turut membawa empat anaknya bercuti ke Kuala Lumpur selama beberapa hari usai majlis tersebut.
Ketika ditanya mengenai rahsia kecantikan, wanita berusia 34 tahun ini bertuah kerana memiliki wajah yang tidak bermasalah namun masih mementingkan penjagaan wajah dengan caranya yang tersendiri. Sambung Adel lagi, jika mempunyai waktu, dia akan mendapatkan rawatan wajah di klinik kecantikan namun lebih mementingkan penjagaan wajah mengikut rutin yang sesuai.
Minat Adel dalam dunia perniagaan turut mendapat sokongan suami yang memberi sokongan moral terhadap perniagaan yang diusahakan oleh isteri tersayang. Malah menurut vokalis Ungu ini lagi, dia memberi sokongan terhadap minat isterinya dan berterima kasih di atas pengorbanan Adel menguruskan keluarga dan rumah tangga sebaik mungkin.
“Hari ini, saya hadir memberi sokongan terhadap Adel dalam bisnes yang diceburinya. Mudah-mudahan sukses selalu. Saya kira tidak ada masalah untuk Adel menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan pada masa yang sama menguruskan rumahtangga,” ujar Pasha seraya mengakhiri perbualan.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada 27 Mac 2011 dan dikurniakan 4 orang cahayamata.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang gembira tengok kehidupan Faisal Halim sekeluarga sekarang. Selepas melalui episod hitam yang memberi kesan mendalam dari segi mental dan fizikal pada Mei 2024, kini tonggak utama Selangor FC tersebut bangkit menjalani kehidupan di samping isteri ...