Lucu dan menghiburkan! Itu reaksi pertama bila tengok kaum mak bersungguh-sungguh hendak mengabadikan momen hari raya tahun ini di samping suami dan anak-anak. Puaslah diajar anak pose bergaya depan kamera dan senyum… tapi tak berjaya juga. Sudahnya bukan saja terpaksa ambil berkali-kali ‘take’, yang si ayah pun jadi hilang fokus dan tidak bersedia.
Seperti anda, selebriti yang sudah berstatus mak orang ini pun tidak terkecuali berdepan situasi sama. Lebih-lebih lagi yang baru sahaja ‘dapat’ pangkat mak budak! Bila sudah lalui fasa tersebut, barulah faham betapa susahnya hendak dapat potret keluarga yang perfect.
Baik suami mahupun isteri… masing-masing berpeluh hendak pujuk anak supaya nampak mesra dan kemas dalam gambar. Bertabahlah ya mak ayah!
Bagi pasangan romantis, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel… meskipun ini bukanlah kali pertama mereka sambut raya dengan anak-anak namun kesukaran untuk ambil gambar bersama masih ada.
Bernikah pada 25 Februari 2012, Wawa dan Aeril dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ahmad Fakhtaruddin Attar berusia 6 tahun dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4 tahun. InshaAllah, raya tahun depan pasangan selebriti ini akan sambut berlima pula sebab Wawa kini hamil anak ketiga!
Situasi sama turut dialami finalis Dewi Remaja yang juga isteri Raf Yaakob, Mawar Rashid. Merupakan kali pertama meraikan Syawal sebagai ibu… Mawar yang berusia 23 tahun mengakui kompas hidupnya berubah sejak kehadiran Raden Muhammad Rafael pada Mac lalu.
Meskipun setiap gambar yang dimuatnaik di laman media sosialnya nampak sempurna dan cantik, namun di sebalik semua itu… realitinya dia juga tidak punya masa yang cukup untuk bermekap cantik, dandan rambut dan sebagainya seperti zaman anak dara dulu.
Sama juga senarionya bagi pelakon berwajah ayu, Ummi Nazeera dan suami, Dr Izzar Anwari. Walau bukan raya sekalipun, agak payah untuk mereka ambil gambar bersama anak perempuan kesayangan memandangkan Ayra Aneesah baru berusia 10 bulan.
Ummi dan suami selamat bernikah pada 23 Julai 2017 dan dikurniakan seorang bayi perempuan comel pada tanggal 22 Ogos lalu secara pembedahan.
Tengok foto ini saja sudah cukup jelas membuktikan betapa strugglenya Ummi dan Dr Izzar hendak mengabadikan kenangan raya tahun ini di samping anak tersayang.
Seorang lagi selebriti wanita yang baru sahaja bergelar mak ialah Betty Rahmad yang merupakan adik kepada Erma Fatima dan Datin Paduka Umie Aida.
Betty dan suami, Ardy Shafiq mendirikan rumah tangga pada 4 Februari 2018. Tidak lama selepas bernikah, pasangan ini dikurniakan rezeki anak dalam tempoh yang singkat dan bergelar ‘mak ayah’ apabila bayi lelaki comel yang diberi nama Ardy Wira selamat dilahirkan 19 Januari lalu.
This website uses cookies.