‘Throwback’ Gambar Zain Saidin Ketika Muda, Kapsyen CHE TA Puji Diri Sendiri Bikin Dekah

Walaupun umur dah masuk 38 tahun, suami kepada pelakon jelita Rozita Che Wan atau Che Ta ini tetap nampak babyface!

Orang kata, lelaki ni kalau makin berusia makin kacak.

Sepadanlah dengan Che Ta yang anggun jelita.

Sempena ulang tahun kelahiran Zain Saidin yang ke-39 tahun pada 23 Februari 2023, Che telah memuat naik beberapa hantaran di Instagramnya.

Siap ‘throwback’ gambar-gambar lama Zain ketika muda lagi dengan kapsyen ‘nakal’ yang mencuit hati.

 

Ya Allah! Handsome nyer @zainsaidin23 Time ni la dia ngorat kiter wak.”

“Happy 38th Birthday sayang …”

Che Ta turut memuat naik gambar berduanya bersama Zain. So romantic!

Di sekali lagi menitipkan ucapan birthday buat suami tersayangnya itu sambil memuji dirinya sendiri: –

“Happy birthday to the man who has the best-looking wife in the world!

Ini pula respon para pengikut Che Ta di ruangan komen: –

Tiga jam kemudian, Che Ta memuat hantaran terbarunya: –

“Don’t worry, I brought you a fabulous gift: ME!

Untuk info, Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin

merupakan seorang pelakon dan model. Antara drama lakonan Zain ialah Kiah Pekasam daan Awan Dania 3.

Adik bongsu kepada Sasha Saidin ini berdarah campuran Melayu-Inggeris. Bapanya berketurunan Melayu manakala ibu warga British.

Zain berkahwin dengan Che Ta pada 13 Disember 2013.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang sangat cantik iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 9 tahun.

Menerusi perkahwinan terdahulu, Che Ta dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Aniq Ezra Azuar Effendy dan Ammar Effendy.

Semoga Zain dan Che Ta kekal bahagia sampai syurga.

Kredit Foto: Instagram Rozita Che Wan

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad