Masihkah anda ingat dengan pasangan kembar yang pernah tular sekitar tahun 90-an, iaitu Abby & Brittany Hensel? Gadis kembar Siam yang pernah popular dengan siri realiti TV, Abby & Brittany di saluran TLC itu mempunyai dua kepala, berkongsi sepasang tangan dan kaki tetapi beberapa organ dalaman yang berasingan.

Sewaktu lahir, kembar ini pernah mempunyai satu lengan yang tumbuh di antara leher mereka. Lengan itu telah dibuang untuk memudahkan pergerakan. Walaupun sulit untuk kedua-duanya melakukan perkara yang disukai, namun mereka tetap memilih untuk hidup bersama sebagai pasangan kembar Siam.

Ads

Kini pada usia 27 tahun, mereka telah menerima suratan hidup itu dengan hati terbuka. Abby dan Brittany juga merupakan graduan Bethel University serta bekerja sebagai guru di sekolah rendah Mounds View.

Tiada Harapan Untuk Normal, Anak KEMBAR SIAM Berdepan Risiko Mati Jika Mereka Dipisahkan!

Tiada Harapan Untuk Normal, Anak KEMBAR SIAM Berdepan Risiko Mati Jika Mereka Dipisahkan!

Dikenali dengan istilah Dicephalic Parapagus Twin, kes seperti ini amat jarang berlaku akibat malformasi kongenital dalam kandungan.

Menurut rekod University of Maryland Medical Center, hanya satu dalam 200,000 kelahiran kembar di seluruh dunia adalah kembar Siam, dengan 40-60% daripadanya hidup manakala 35% lagi hanya bertahan selama sehari.

Jika biasanya kita melihat kembar Siam mempunyai fizikal tubuh yang bercantum, tapi berbeza kali ini apabila seorang ibu, Urmila Sharma, 28 melahirkan seorang bayi perempuan berkepala dua pada 13 Mac 2014.

Tiada Harapan Untuk Normal, Anak KEMBAR SIAM Berdepan Risiko Mati Jika Mereka Dipisahkan!

Bayi seberat 3.5kg yang dilahirkan di hospital swasta Cygnus JK Hindu, India Utara itu mempunyai dua leher, dua esophagus, dua trakea dan dua tulang belakang namun berkongsi satu tubuh, perut, hati dan paru-parunya seperti seorang manusia normal.

Menurut suami Urmila, Subhash Sharma, 32, sejak mereka diberitahu tentang keadaan bayi dalam kandungan, kedua-duanya cuma mampu berserah dengan takdir tuhan. Meskipun terkejut, namun tiada jalan penyelesaian yang boleh diambil. Subhash merupakan seorang buruh di sebuah kilang basikal di Sonepat.

Ads

Memetik kata-kata lelaki itu apabila pakar meragui peluang hidup sang bayi, “Sebagai ayah, saya sanggup melakukan apa saja untuk menyelamatkan nyawa mereka. Kami yakin mereka akan hidup.”

Tiada Harapan Untuk Normal, Anak KEMBAR SIAM Berdepan Risiko Mati Jika Mereka Dipisahkan!

Selepas dilahirkan, bayi kembar Siam itu diletakkan di bawah pengawasan rapi hospital All India Institute of Medical Sciences (AIIMS), Delhi.

Ads

Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan, namun bayi malang tersebut hanya mampu bertahan selama 20 hari, sebelum disahkan mati akibat masalah jantung lemah.

Sementara itu, pasangan kembar Siam dari Iran iaitu Laden Bijani dan Laleh Bijani pernah menggemparkan dunia apabila mereka meninggal dunia sejurus pembedahan memisahkan anggota tubuh dilakukan.

Tiada Harapan Untuk Normal, Anak KEMBAR SIAM Berdepan Risiko Mati Jika Mereka Dipisahkan!

Tiada Harapan Untuk Normal, Anak KEMBAR SIAM Berdepan Risiko Mati Jika Mereka Dipisahkan!

Bijak dan berfikiran terbuka, mereka berdua sepakat mengambil jurusan Undang-undang selama empat tahun di Tehran University. Namun sebenarnya Laleh bercita-cita ingin menjadi seorang wartawan, maka bermulalah keputusan untuk ‘dipisahkan’ demi mengejar impian tersebut.

Dalam pembedahan penuh kontroversi di Raffles Hospital, Singapura itu, kedua-dua wanita ini tekad ‘berpisah’ selepas 24 tahun hidup bersama. Masing-masing kritikal selepas kehilangan darah yang banyak akibat komplikasi pembedahan. Norzalina Mohd Alias

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI