Menjaga kebersihan dan fungsi alam sekitar adalah sangat penting untuk mengekalkan ekosistem dan habitat yang sihat. Kita semua sedia maklum bahawa alam sekitar seperti hutan belantara, gunung-ganang dan laut merupakan habitat atau tempat tinggal kepada flora dan fauna.
Makhluk yang diciptakan oleh Tuhan ini juga sebenarnya menyumbang kepada kehidupan kita tanpa kita sedari. Misalnya pokok yang mampu menyerap gas karbon dioksida dan melepaskan gas oksigen yang sangat diperlukan oleh darah kita untuk kekal hidup.
Atas keprihatinan terhadap penjagaan alam sekitar, Hard Rock Hotel Desaru baru-baru ini menyahut seruan dengan melaksanakan Earth Hour untuk memberi kesedaran dan ruang untuk para tetamu untuk sama-sama menjadikan aspek penjagaan alam sekitar sebagai amalan gaya hidup.
Hard Rock Hotel Desaru telah turut serta dalam kempen Earth Hour dengan memastikan sebahagian besar Hard Rock Hotel Desaru meminimakan penggunaan elektrik selama 1 jam dari jam 8.30 malam ke 9.30 malam. Kesemua lampu di bahagian lobi, restoran, bar dan kawasan umum dimatikan selama 1 jam.
Bertemakan “Shape Our Future”, rakan media telah dibawa melihat sendiri bagaimana Hard Rock Hotel Desaru mengaplikasi semangat kitar semula dan selamatkan alam sekitar untuk para tetamu lebih menghargai kepentingan memelihara alam semula jadi untuk generasi akan datang.
Sepanjang tempoh tersebut, para tetamu yang menginap di Hard Rock Hotel Desaru berpeluang melihat sendiri bagaimana baja organik atau semulajadi dihasilkan dengan menggunakan sisa makanan yang dibuang. Sekaligus, baju organik ini digunakan sebagai baja untuk tanaman herba-herba yang diusahakan secara kecil-kecilan oleh pihak hotel.
Apa yang menarik perhatian penulis ialah bagaimana Hard Rock Hotel Desaru membuat proses kitar semula cadar serta sarung bantal terpakai dan sudah tidak digunakan lagi untuk dijadikan bag tote dengan gabungan psychedelic art
dari
plant dyes. Para tetamu berpeluang membuat sendiri beg tote mereka mengikut kreativiti dan imaginasi masing-masing!
Tidak cukup dengan itu, Hard Rock Hotel Desaru turut melancarkan “Hornbill Villas”, sebuah projek untuk menggalakkan burung enggang datang ke persekitaran Hard Rock Hotel yang merimbun dengan pelbagai pepohon menghijau sekaligus menjadi sarang untuk burung istimewa tersebut bertelur dan seterusnya menambahkan lagi populasi burung istimewa tersebut. Projek istimewa tersebut telah disempurnakan oleh Pengurus Besar Hard Rock Hotel Desaru, Murray Aitken.
“Hard Rock Hotel Desaru Coast sentiasa menitikberatkan soal penjagaan alam sekitar dan projek ini adalah antara usaha kecil Hard Rock Hotel Desaru untuk memastikan kesinambungan hidupan semulajadi di kawasan Desaru ini sentiasa terpelihara sekaligus menjadi daya penarik untuk para tetamu berkunjung ke Hard Rock Hotel Desaru,” ujar Murray yang mempunyai pengalaman 30 tahun sebagai pengusaha hotel dan restoran yang profesional.
Murray juga menerajui dan membangunkan sebuah pasukan yang kuat, memacu strategi untuk pertumbuhan berterusan dan melaksanakan program yang mengutamakan kesihatan dan keselamatan para tetamu semasa mereka menginap di sini.
Selain itu, antara usaha yang wajar dijadikan pujian Hard Rock Hotel Desaru ialah di mana ia menggantikan penggunaan botol mineral plastik di dalam bilik penginapan dengan menggantikan dengan penggunaan flask tahan karat atau Stainless Steel Thermos Flask.
Untuk memudahkan para tetamu menikmati air minuman, ia menyediakan 25 stesen air di sepanjang koridor bilik tetamu sekaligus wajar dijadikan contoh untuk pengusaha hotel yang lain untuk menitikberatkan penjagaan alam sekitar dengan lebih serius!